Wednesday 18 December 2019

82 anak-anak Orang Asli daripada 200 orang anak asnaf terima sumbangan barang persekolahan Ceria Ke Sekolah TNB/BBC bersama Jingga13 Pahang/Malaysia di Felda Sg Koyan 1 , Cameron Highland

Usai Program Ceria Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Janda Baik , Pahang , penyampaian program Ceria Ke Sekolah TNB/BBC bersama Jingga13  Pahang/Malaysia diteruskan pula di Parlimen Cameron Highland , jam 300 petang bertempat di Dewan Serbaguna JKKK Felda Sg Koyan 1, Cameron Highland , Pahang .


Program Ceria Ke Sekolah TNB/ BBC bersama Jingga13 Pahang/Malaysia dihadiri oleh YBhg Profesor Rasid Muhamad (Pegawai Khas YB Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri ) , Puan Hajah Huzaifah Bt Ahmad Nasir , Pengurus Perkhidmatan Pelangan TNB Negeri Pahang , Sdr Amizudin Ahmat , Pengarah BKS Jingga13 Malaysia , Sdr Khairudin Kordinator Jingga13 Negeri Sembilan dan Sdr Razali , Timbalan Koordinator Jingga13 Pahang .



Sejumlah 200 orang anak-anak asnaf telah menerima sumbangan barangan persekolahan yang mana 82 orang adalah anak-anak Orang Asli . Mereka turut menerima beg sekolah  pakaian sekolah , kasut , stokin dan sebagainya sebagai persiapan mereka masuk ke sekolah pada tahun 2020