Monday 18 November 2019

Jingga13 Terengganu rayu sumbangan/sedekah bangunkan Surau Raudah Cahaya

Allah SWT berfirman yangbermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Jingga13 Terengganu merayu seluruh umat Islam yang prihatin dan ingin bersedekah bagi tujuan membangunkan Surau Raudah Cahaya , Padang Negara , Kuala Ibai , Kuala Terenggnau .


Surau Raudah Cahaya selain menjadi tempat solat , akan dijadikan tempat kanak-kanak belajar mengaji, tempat nursery warga emas, tempat pameran atau contoh warisan melayu dan muzium.Surau Raudah Cahaya diasaskan oleh DR. AZHAR ALI .




Menurut Azhar Ali , tapak Surau Raudah Cahaya sudah diserah kepada Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Terenggnau   ( MAIDAM ) . Selain itu juga sekitar kawasan Surau Raudah Cahaya akan dibina wakaf, kantin dan tempat sembelihan daging-daging korban.


Bahan binaan Surau Raudah Cahaya sepenuhnya menggunakan kayu Chengal dan pintu berkaca serta akan dipasang penyaman udara untuk keselesaan jemaah  





Keluasan kawasan  Surau Raudah Cahaya ialah berkeluasan 17 ekar dan kos kewangan yang diperlukan membangunkan kawasan tersebut ialah RM1.7 juta.



Jingga13 Terengganu merayu sumbangan/sedekah boleh disumbangkan pada akaun 3816585320 (SURAU RAUDAH CAHAYA) - Public Bank



Sebarang pentayaan boleh menghubungi pengasas Surau Raudah Cahaya iaitu DR.AZHAR ALI (019-9899468) atau Bendahari CIKGU KHARIL (013-9274278)

Semoga sumbangan dan sedekah tersebut menjadi saham akhirat selama-lamanya .