Friday 25 October 2019

Jingga13 Terengganu lawati Pakcik Hamid menderita stroke dan amnesia di Bukit Payong, Marang selepas mendapat info daripada Jingga13 Perlis

Setelah mendapat info daripada Jingga13 Perlis semalam berkaitan seorang Pakcik rayu bantuan daripada Terengganu .


Jingga13 Terengganu telah mengambil tindakan mengubungi anak Pakcik Ab. Hamid bin Mat Hussin bagi mendapatkan maklumat serta lokasi rumah Pakcik Hamid .

Hari ini Jingga13 Terengganu telah mengadakan ziarah prihatin ke rumah pakcik Hamid tersebut di Bukit Payong , Marang .


Sdr Faizal , Setiauasha Jingga13 Terengganu bersama Pak Awi Koordinator Panatia Kebajikan dan Prihatin Jingga13 Terengganu telah mengambil inisiatif menziarahi Pakcik Hamid yang merupakan seorang pesakit stroke selama 7 tahun dan amnesia di alamat 10612 A Kg Macang Lada , Bukit Payong (PPRT) Marang , 21600 Kuala  Terengganu .



Jingga13 Terengganu turut membawa Pampers , susu dan barang-barang makanan bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga .

Pakcik Hamid tinggal bersama anak beliau .  Anak beliau sebelum ini bekerja sebagai Pengawal Keselamatan terpaksa berhenti bekerja kerana menjaga ayah beliau .

Pakcik Hamid adalah merupakan seorang bekas peneroka FELCRA hanya mendapat hasil RM200 sebulan serta mendapat bantuan kebajikan daripada JKM sejumlah RM200 sebulan . Sudah pasti tidak mencukupi untuk menyediakan keperluan Pakcik Hamid terutama dalam menyediakan keperluan seperti Pampers dan susu . Selain daripada itu mereka terpaksa membayar sewa rumah PPRT sejumlah RM250 sebulan   .


Menurut anak pakcik Hamid , sepatutnya pakcik Hamid diberikan susu khas yang disyorkan oleh doktor  tetapi memandangkan beliau tidak mampu hanya menyediakan  susu yang mampu dibeli sahaja . Malah Pakcik Hamid perlu berulang-alik ke Hospital USM Kubang Kerian , Kelantan kerana beliau mengalami darah beku di kepala yang menyebabkan beliau menjadi amnesia .

Jingga13 Terenggnau merayu kepada sesiapa yang sudi membantu dapatlah menghulurkan bantuan samada berbentuk barangan atau kewangan dengan  datang menziarahi Pakcik Hanid di alamat di  atas atau memasukkan sedekah di akaun bank Bank Simpanan Nasional 1100341000073407 di atas nama AB. HAMID BIN MAT HUSSIN

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Sdr Faizal , Setiausaha Jingga13 Terengganu di talian 011- 39142018 sekiranya ingin menghulurkan sumbangan / sedekah untuk Pakcik Hamid atau Jingga13 Terengganu sampaikan dalam misi jejak asnaf seterusnya .