Friday 12 February 2021

JINGGA13 KLUANG , KEADILAN KLUANG BERSAMA PERSATUAN KEBAJIKAN DEMI MASYARAKAT ANJURKAN MAKAN PETANG & PEMBERIAN ANGPAU KEPADA WARGA EMAS Di RUMAH ORANG TUA KLUANG SEMPENA TAHUN BARU CINA.

Ahad, 7 Feb 2021 yang laku , Keadilan Kluang bersama2 NGO Jingga 13 Kluang dan Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat membuat kunjungan ke Rumah Orang Tua, Jln Haji Manan, Kluang.

Menyampaikan makanan petang dan angpau raya sempena Tahun Baru Cina kepada semua penghuni rumah tua tersebut.

Hadir dalam program yang bermula seawal jam 4 petang, Sdr Kalytas Ketua Cabang Kluang , Sdr Jaafar Koordinator Jingga 13 Kluang , Sdr Nallatamby , Pengerusi Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat dan juga ajk Cabang Kluang.




JINGGA13 KOTA TINGGI MENZIARAHI SHAHNIZAM SEDOM KERANA TERBABIT KEMALANGAN

 Komrad Jingga13 Kota Tinggi Sdr SHAHNIZAM SEDOM yang terbabit dengan kemalangan baru-baru ini telah dibenarkan pulang kerumah.


( Bendahari Jingga 13 Kota Tinggi menyerahkan Sumbangan Para  penderma kepada Koordinator Jingga13 Kota Tinggi yan terkumoul di akuan beliau untuk disampaikan  kepada Saudara Sahnizam Sedom )

Alhamdulillah, Kecederaan beliau tidak begitu parah, hanya melibatkan patah tulang rusuk dan tulang bahu. Namun beliau diminta membuat rawatan ulangan kerana sukar bernafas.

Jingga13 Kota Tinggi yang diwakili Sdr Kamaluddin, Pn. Kamisah, Cik Aliza dan Sdr Salim telah menghulurkan sumbangan tunai. Sementara Sdr Fakharuddin Ketua AMK Kota Tinggi merangkap Koordinator Jinggawan juga hadir dah menyampaikan sumbangan berupa barang2 keperluan dapur.


Turut hadir Sdr Azahari bin Adam, Amil Baitulmal dan juga Sdr Salim Masron wakil peguam yang àkan membantu Sdr Shahnizam dalam hal2 tuntutan insuran dan yang berkaitan.

Jingga13 Negeri Johor merakamkam ucapan Takziah kepada Sdr Shahnizam Sedom atas kemalangan yang menimpanya dan mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala2nya.




#MuafakatPrihatinBerani.

Selamat Tahun Baru Cina daripada Jingga13 Malaysia

 Jingga13 Malaysia merakamkan ucapan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua anggota Jingga13 Malaysia yang berbangsa cina dan seluruh masyarkat berketurunan cina di Malaysia .




Thursday 11 February 2021

JINGGA13 KLUANG BERSAMA KEADILAN CABANG KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN PAMPERS DAN SUSU TEPUNG GLUCERNA BUAT WARGA EMAS SAKIT TERLANTAR.

Ahad lalu bertarikh 7 Feb 2021.  Keadilan Kluang bersama2 Jingga 13 Kluang menyampaikan sumbangan buat warga emas sakit terlantar. Menurut Sdr Basri, Ibu Mertuanya terlantar sakit kira2 4 tahun lamanya.

Menyampaikan sumbangan Susu Tepung Glucerna dan Pampers, terima kasih kepada YB Mohammad Said Jonit, Adun Mahkota dan SV Prohealth Pharmacy yang amat prihatin dengan memberi sumbangan wang tunai bagi membeli barangan tersebut.

Terima kasih kepada Sdr Zakaria, Naib Ketua Cabang, Sdr Jaafar Koordinator Jingga 13 Kluang bersama ajk Sdr Johan dan Sdr Kamarudin yang hadir dalam ziarah prihatin petang tadi.


#KamiPrihatin

Tuesday 9 February 2021

SDR SHAHRUNIZAM SEDOM KOMRAD JINGGA13 KOTA TINGGI DITIMPA MUSIBAH AKIBAT KEMALANGAN.

Sdr Shahrunizam bin Sedom  yang merupakan Komrad Jingga13 Kota Tinggi telah ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan dari Tiram ke Bukit Besar. Beliau yang memandu kereta sendirian telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah yang bertentangan. 

Sekarang ini, beliau dirawat di wad Hospital Sultan Ismail. Beliau telah mengalami Kecederaan dibahagian tengkuk, patah tulang rusuk dan luka-luka dibahagian muka. 

Jingga13 Kota Tinggi menyeru agar sama-sama dapat mendoakan kesembuhan buat beliau dan kiranya prihatin untuk membantu, bolehlah hubungi Sdr Kamaluddin Md Simpol selaku Koordinator Jingga13 Kota Tinggi untuk menyalurkan bantuan tersebut.

Keprihatinan Kalian sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

#MuafakatPrihatinBera

Monday 8 February 2021

Syabas Jingga13 Kluang !!! Pasangan warga emas makan sehari sekali dapat bantuan

Syabas Jingga13 Kluang mendapat liputan Sinar Harian . Teruskan usaha murni kalian membantu orang miskin . 

Pasangan warga emas makan sehari sekali dapat bantuan - https://www.sinarharian.com.my/article/122891/EDISI/Pasangan-warga-emas-makan-sehari-sekali-dapat-bantuan

JINGGA13 KOTA TINGGI MEMBANTU AMK KOTA TINGGI MENGAGIHKAN BANTUAN DARI NGO PEMANIS

 Sebuah lagi Badan Bukan Kerajaan NGO PEMANIS dengan usahasama Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Kota Tinggi dan AMK Kota Tinggi telah berganding tenaga demi membantu mangsa banjir dan golongan TERKESAN akibat pendemik COVID-19 dikawasan kampong dan beberapa Taman di Daerah Kota Tinggi.



Bantuan berupa barang keperluan harian dapur dan pakaian telah diagihkan kepada mangsa yang terbabit termasuk golongan ASNAF.

Sdr Fakharuddin selaku Ketua AMK Kota Tinggi merangkap Koordinator Jinggawan dan Sdr Kamaluddin Koordinator Jingga13 Kota Tinggi telah bebesar hati dengan usahasama NGO PEMANIS bergerak bersama dalam menjayakan program tersebut.




Usaha sebegini perlu diteruskan dan wajar dijadikan contoh dalam masyarakat. Keprihatinan Saling membantu golongan yang memerlukan sangat dipuji dan pihak Jingga13 Negeri Johor merakamkam ucapan tahniah dan syabas.




#MuafakatPrihatinBerani

Sunday 7 February 2021

SUMBANGAN PRIHATIN WARGA EMAS KEADILAN KLUANG BERSAMA JINGGA 13 KLUANG.

 Ahad, 7 Feb 2021 , Melawat sepasang warga emas yang tinggal menyewa sebuah rumah usang di Kg Sembrong Lapis, Kluang.

Pakcik Arshad Sukri, 75 tahun hanya tinggal berdua sahaja bersama isterinya, Makcik  Sadiah Kasim 76 tahun dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Keadilan Kluang bersama2 Jingga 13 Kluang menyampaikan sedikit sumbangan seperti barangan makanan, sepasang baju melayu, baju kurung, kain pelikat/batik, sabun mandi, hand sanitiser dan lain2.


Juga membelikan makanan untuk makam malam pasangan warga emas tersebut.

Hadir menyampaikan sumbangan, Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang bersama ajk, Pn Haryati, Ketua Wanita Kluang, Sdr Jaafar , Koordinator Jingga 13 Kluang bersama ajk.

Terima kasih kepada semua rakan2 yang menyumbang wang tunai bagi menjayakan program Sumbangan Prihatin Warga Emas.


Jaafar bin Matek

Setiausaha Cabang Kluang

Parti Keadilan Rakyat

AL-FATIHAH (DIBACA) BUAT ADIK MOHAMAD HASSANUDEN BIN ABDUL AZIZ.

Menerima khabar berita sedih, adik Mohamad Hassanuden yang menderita terlantar di katil akibat kemalangan kira2 8 bulan yang lalu telah pergi menghadap Ilahi.

Kami dari Jingga 13 dan Keadilan Kluang pernah melawat dan memberi sumbangan katil / tilam dan juga wang tunai yang di sumbangkan oleh YB Prihatin, YB Hajjah Natrah Ismail, Penasihat Jingga 13 Johor.

 Hari ini meluangkan masa melawat keluarga arwah dan juga menyampaikan sumbangan wang tunai dari YB Hajjah Natrah Ismail, Ahli Parlimen Sekijang dan juga Penasihat Jingga 13 Johor.

Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... Aamiin

#MuafakatPrihatinBerani

#Jingga13

#KeadilanKluang

#KamiPrihatin

KEADILAN KLUANG BERSAMA JINGGA13 KLUANG.SAMPAIKAN SUMBANGAN PRIHATIN KEPADA 2 FAMILI TERKESAN PKP

Pada Sabtu, 6 Feb 2021 , Keadilan Kluang bersama Jingga 13 Kluang melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 2 keluarga yang terkesan akibat perlaksaan PKP.


1- Pn Pauziah Binti Shariff

Tmn Saujana, Kluang

2- Pn Norhanita Binti Tukimin

Tmn Kluang Barat, Kluang

Sumangan telah disampaikan oleh , Sdr Kalytas (Ketua Cabang), Sdr Zakaria ( Naib Ketua Cabang), Sdr Jaafar, Sdr Rosli, dan Sdr Johan dari Jingga 13 Kluang.

Sumbangan barangan makanan dihulurkan, terima kasih kepada YB Chew Chong Sin, Adun Mengkibol yang turut menyediakan barangan sumbangan.

#KamiPrihatin

#KeadilanKluang

#Jingga13Kluang