SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Saturday, 22 February 2020

JINGGA13 NAFI TERLIBAT DENGAN PENGANJURAN PERHIMPUNAN REFORMASI 2020 SIAP SIAGA


Jingga13 Malaysia sekali lagi menyatakan pendirian menafikan terlibat dengan sebarang penganjuran perhimpunan sepertimana poster yang viral dalam media sosial iaitu Himpunan Reformasi 2020 Siap Siaga pada 23 Februari 2020 di Sogo. 

Ini adalah satu usaha yang berniat jahat serta politik jijik dan kotor bagi tujuan memburukkan nama Jingga13 Malaysia , Otai Reformasi dan AIC serta individu-individu tersebut yang bertujuan mrngagalkan peralihan kuasa  Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim .

AFZAINIZAM ABDUL RAHMAN
Setiausaha
Jingga13 Malaysia

22 Februari 2020


JINGGA13 KOTA TINGGI BERSAMA AMK CABANG KOTA TINGGI DAN MPKK FELDA AIR TAWAR 3 ADAKAN PROGRAM UNTUK ASNAF, OKU DAN MASYARAKAT

Jingga13 Kota Tinggi bersama AMK Kota Tinggi dan MPKK Felda Air Tawar 3 dan telah berjaya menganjurkan Program bersama asnaf, OKU dan masyarakat setempat.


Program telah dimulai dengan sesi ucapan oleh Pengerusi MPKK Felda Air Tawar 3 Tok Ahmad Asraf. ,
kemudian ucapan oleh Ketua AMK Kota Tinggi, Sdr Fakharuddin bin Moslim merangkap Timbalan Ketua Jinggawan Kota Tinggi . Diikuti pula ucapan Koordinator Jingga13 Johor Sdr Zabidie Abas.



Seterusnya ceramah dan penerangan tentang Kad Sihat oleh Sdr Chegu Osama. Warga asnaf dan golongan B40 samada bujang, janda mahupun duda berpeluang menikmati kelebihan yang kerajaan PH berikan. Setelah mendapat penerangan lengkap dan keistimewaan yang kerajaan tawarkan, semua yang hadir sekitar 100 orang terus mendaftar untuk memohon Kad Sihat tersebut.





Hadirin juga di sajikan dengan ceramah motivasi bertajuk Memacu Ekonomi Anak Muda oleh Sdr Omar bin Mokhtar Ketua Penerangan AMK Johor. Beliau menekankan bagaimana  cara merebut peluang untuk meningkatkan ekonomi dan usaha untuk keluar dari garia kemiskinan. Beberapa tip dan nasihat berguna telah dikongsikan serta kata kata  perangsang buat peserta yang hadir.



Mengakhiri majlis tersebut, satu taklimat penerangan berkaitan Asnaf dan bantuan zakat oleh Tuan Imam Fariz Muhamad .  Beliau mengkhususkan untuk penduduk Felda Air Tawar 3 sahaja. Ini bagi memastikan pengagihan zakat sempena Aidilfitri nanti dapat diagihkan dengan lebih telus dan teratur.




Turut hadir ialah Tok Penghulu Mukim Kota Tnggi, Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Jingga13 Kota Tinggi dan Sdr Mond Syaamil Sobri Koordinator Jinggawan Kota Tinggi serta jawatankuasa Jingga13 Kota Tinggi.

Jingga13 Johor mengucapkan tahniah kepada Jingga13 Kota Tinggi kerana berjaya menjalinkan usahasama dengan AMK dan MPKK dalam menjayakan Majlis tersebut. Kami sentiasa menyokong dan bersedia bekerjasama dengan semua pihak selagi ianya memberi manfaat kepada masyarakat dan golongan miskin.


JINGGA13 DESAK HENTIKAN POLEMIK DAN POLITIK JIJIK, TERIMA KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN PH

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

22 Februari 2020

JINGGA13 DESAK HENTIKAN POLEMIK DAN POLITIK JIJIK, TERIMA KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN PH

Jingga13 Malaysia menerima dengan hati terbuka terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bersidang pada 21 Februari 2020 berkaitan dengan isu peralihan kuasa yang telah pun diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu selepas daripada Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ( APEC ) yang akan menghentikan segala polemik dan usaha yang bertujuan untuk menggagalkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Jingga13 Malaysia yakin tidak akan ada lagi wujud usaha untuk mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri sehingga sepenggal sepertimana desakan YB Azmin Ali.

Tidak ada usaha lagi  yang bertujuan untuk "menangguk di air keruh" yang bertujuan merosakkan suasana iaitu cadangan undi percaya sebagaimana yang hendak dibawa oleh PAS dalam Parlimen serta usaha pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal serta konspirasi pihak tertentu termasuk pembentukan "Kerajaan Pintu Belakang" oleh PAS, UMNO dan segelintir daripada KEADILAN dalam usaha mengagalkan peralihan kuasa tersebut. 

Keputusan telah pun dibuat dan mesti dihormati oleh semua pihak malah sifat berlapang dada, sabar dan jiwa besar Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar dipuji bahawa keutamaan kepada rakyat dan negara itu yang lebih penting dan utama,  bukan hanya kepada isu peralihan kuasa semata-mata serta memberikan ruang kepada Tun Dr Mahathir menjalankan tanggungjawab dan tugas sehingga selesai persidangan APEC dengan menyerahkan tarikh, hari dan masa kepada Tun Dr Mahathir untuk membuat keputusan.

Segala polemik mesti dihentikan, apa lagi politik jijik dan kotor oleh pihak-pihak tertentu. 

Jingga13 Malaysia dan majoriti rakyat mengharapkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad mengotakan janji dan merealitikan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden dan Konvensyen Pakatan Harapan selepas persidangan APEC kepada peralihan kuasa yang aman dan harmoni. 

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Friday, 21 February 2020

Jingga13 Malaysia nafi penyebaran poster demonstrasi - Sinar Harian

Jingga13 Malaysia menafikan penyebaran poster fitnah di media sosial.

SHAH ALAM - Jingga13 Malaysia menafikan penyebaran poster fitnah berhubung penganjuran demonstrasi Menuntut Peralihan Kuasa PM 8 yang dijadualkan berlangsung pada hari ini.

Setiausahanya, Afzainizam Rahman berkata, demonstrasi yang didakwa berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana itu merupakan satu usaha jahat pihak tertentu yang terdesak sehingga sanggup melakukan tindakan fitnah.
Beliau berkata, tindakan ini juga bertujuan bagi merosakkan nama baik dan reputasi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.
"Permainan politik desperado, jijik dan kotor ini adalah bagi mewujudkan dan mencipta ketegangan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dengan niat menggagalkan peralihan kuasa berlaku dengan aman," katanya dalam satu kenyataan.
Menerusi poster tersebut, demonstrasi berkenaan didakwa dianjurkan oleh Otai Reformasi, Jingga 13 Malaysia dan Anwar Ibrahim Club (AIC).
Selain itu, gambar bekas Senator Mohamad Ezam Mohd Nor; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad; Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong turut dipaparkan dalam poster berkenaan .

https://www.sinarharian.com.my/article/70964/BERITA/Nasional/Jingga13-Malaysia-nafi-penyebaran-poster-demonstrasi

PENUBUHAN SEKRETARIAT JINGGAWANIS CAMERON HIGHLAND , SEMUA WANITA MUDA ORANG ASAL

Tahniah Komrad Watie Koordinator jingga 13 Cameron Highland telah berjaya mewujudkan Sekretariat  Jinggawanis Csmeron Highland ,yang menariknya beliau melantik Jinggawanis dari kalangan Orang Asal.


Jingawanis Jingga 13 Cameron Highlands

Ketua Jingawanis : Anisa a/p Ramli

Timbalan Ketua Jinggawanis : Fazira a/p Laksamana

Setiausaha : Wan Nor Eliza binti Wan Nor Ahmad

Bendahari : Suzisuzanti bt Atan

AJK
1. Rosni a/p Jantan
2. Siren a/p Alip
3. Judiana a/p Ramli



JINGGA13 MALAYSIA NAFI PENGANJURAN DEMONSTARI AMAN DI YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA

Kenyataan Media
Jingga 13 Malaysia

21 Februari 2020

JINGGA13 MALAYSIA NAFI PENGANJURAN DEMONSTARI AMAN DI YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA.



Jingga13 Malaysia menafikan sekeras-kerasnya terhadap penularan poster fitnah dan palsu yang disebarkan dalam media sosial bahawa satu demontrasi MENUNTUT PERALIHAN KUASA PM 8 pada 21 Februari 2020 bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya yang dianjurkan oleh Otai Reformasi, Jingga 13 Malaysia dan Anwar Ibrahim Club ( AIC) dengan menampilkan gambar Datuk Mohamad Ezam Mohamad Nor, YB Dr Idris Ahmad, Sdr Fariz Musa, YB Wailliam Leong dan Sdr Khairul Anuar @Jonah .

Ini adalah satu usaha jahat dan tidak bertanggunjawab mereka yang semakin terdesak sehingga sanggup melakukan satu tindakan fitnah bagi tujuan merosakkan nama baik dan reputasi Dato' Seri Anwar Ibrahim dan individu-individu serta NGO yang berdiri teguh bersama beliau bagi tujuan memburukkan suasana dan hubungan baik antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad .

Permainan politik desperado , jijik dan kotor mereka ini adalah bagi mewujudkan dan mencipta pertembungan , ketegangan dan perselisihan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato" Seri Anwar Ibrahim agar menggagalkan peralihan kuasa PM 8 berlaku dan berlangsung dengan aman dan harmoni.

Muafakat*Prihatin*Berani

AFZAINIZAM ABDUL RAHMAN
Setiausaha
Jingga 13 Malaysia

Tuesday, 18 February 2020

JINGGA13 JOHOR TERIMA SUMBANGAN REHAL DARIPADA HAMBA ALLAH DAN TELAH SEMPURNAKAN AMANAH KE MASJID

Hari ini, 18/2/2020 Saya telah didatangi oleh seorang yang ingin menghulurkan sumbangan. Beliau tidak mahu identitinya dipaparkan kepada umum. Bukan kewangan yang ingin dihulurkan ataupun barang makanan.


Beliau ingin menghulurkan sumbangan REHAL. Permintaan beliau agar rehal tersebut diserahkan kepada masjid atau surau atau pusat pusat tahfiz. Ini adalah hasil kerja tangan beliau sendiri. Beliau menyatakan yang beliau tak punyai kewangan untuk disumbangkan, cuma barangan inilah yang beliau mampu..




Saya mewakili Jingga13 Johor menyambut baik hasrat itu dan rasa amat terharu atas niat suci beliau. Sungguh murni keperibadian beliau. Saya bersama Sdr Shamsir Amri wakil Jingga13 Kulai telah menyerahkan Rehal tersebut ke sebuah masjid yang kami fikirkan sesuai.


Kami Jingga13 Johor telah menunaikan amanah yang beliau inginkan. Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan untuk semua kariyah dan penduduk setempat.

Jingga13 mengajak diri kami sendiri dan rakan semua mendoakan agar Penyumbang ini dikurnikan kebaikkan daripada Allah dan mendapat rezki yang melimpah ruah..

Zabidie Abas
Koordinator
Jingga13 Johor

JINGGA13 KOTA TINGGI HADIR TAKLIMAT E-KASIH, I-SURI, PEKA-B40, MY-SALAM,TAKAFUL WARGA EMAS , KEBAIKAN KERAJAAN PH UNTUK RAKYAT

18/2/2020 , Jingga13 Kota Tinggi telah diundang oleh YB Roslailee Jauhri ADUN Johor Lama hadir ke Majlis Taklimat dan Pendaftaran i-SURI KWSP Dan Pengupayaan Ekonomi Golongan B40 DUN Johor Lama.



Alhamdulillah, kehadiran yg agak ramai walaupun keadaan hujan lebat. Program ini telah berjaya memberi peluang rakyat ketahui peluang2 tersedia oleh Kerajaan Johor dan Kerajaan Pusat.

Taklimat
Jabatan Penerangan
Isu Covic19 dan PEKA B40

BAITULMAL MAIJ KT
Bantuan Sara Hidup, Pembiyaan Keusahawanan, Perubatan dan Asnaf

E-Kasih
Pendaftaran dan Pengesahan

i-SURI
Semakan dan Pendaftaran.

BSN
Pembayaran / Simpanan
(Caruman)

Jingga13 Kota Tinggi yang dihadiri oleh Kamaluddin Md Simpol selaku Koordinator, Rosilah Abu Bakar Bendahari, Hj Johari Leman Panatia dan juga ketua Kampong Kg Kelantan. Sdr Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Johor juga hadir berikan sokongan. Mereka juga membawa beberapa orang asnaf untuk mendaftar dan memahamkan maklumat agar mereka boleh membantu asnaf yang lain.



Masih ramai rakyat yang tidak tahu tentang peluang ini dan kurang mendapat pendedahan, walaupun mereka layak memohon.



Diakhir majlis tersebut, Kami telah bertemu YB Roslailee dan memperkenalkan Jingga13 kepada beliau serta ingin menjalinkan kerjasama untuk kebaikkan semua pihak.



YB menyambut baik hasrat kami dan bersedia untuk saling bekerjasama. Beliau akan melibatkan Jingga13 dalam setiap program beliau yang akan datang. Beberapa plan telah disusun untuk kami jalankan bersama.




Demi manfaat masyarakat, kami akan berganding bahu memastikan hasrat Kerajaan PH tercapai.

Monday, 17 February 2020

PERLANCARAN JINGGA13 KOTA TINGGI, SDR KAMALUDDIN DILANTIK KOORDINATOR

Pada 16/2/2020 ,  Majlis Perlancaran
Jingga13 Kota Tinggi telah berjaya diadakan. Sdr Kamaluddin Md Simpol telah dilantik sebagai Koordinator Jibgga13 Kota Tinggi . Disamping itu Ahli Sejretariatnya dibarisi dengan anggota yang mantap .


Sdr Steven Ketua Cabang Keadilan Cabang Kota Tinggi bersama Sdr Saliman Naib Ketua Cabang Kradilan kota Tinggi hadir memberikan sokongan dan berjanji akan sentiasa bekerjasama bagi menggerakkan aktiviti demi membantu golongan miskin dan asnaf di kawasan Kota Tinggi.



Sdr Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Johor telah hadir dan merasmikan Majlis Perlancaran Jingga13 Kota Tinggi. Beliau melahirhan rasa bangga atas kesungguhan komrad Jingga13 Kota Tinggi yang begitu aktif menjalankan aktiviti dan menyantuni golongan asnaf sejak beberapa bulan yang lalu.


Turut hadir sama Sdr Jaafar SU Jingga13 Johor, Sdr Fadzli Bendahari Jingga13 Johor, Sdr Rosli dan Sdr Jaafar Yunus selaku Panatia Jingga13 Johor. Sdr Fakharuddin Ketua AMK Kota Tinggi dan Sdr Syaamil Ketua AMK Tenggara juga turut hadir dan telah dilantik sebagai Sekretariat Jingga13 Kota Tinggi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Sekretariat yang dilantik. Sebagaimana mantapnya senarai Jawatankuasa, begitulah diharapkan agar aktiviti Jingga13 Kota Tinggi terus mengungguli gerakan rakyat dan perihatin terhadap golongan miskin, asnaf, oku dan masyarakat yang seharusnya dibantu.


Beberapa perancangan aktiviti  telah diaturkan dan disusunkan bagi menggerakkan Jingga13 Kota Tinggi. Muafakat, Perihatin dan Berani menjadi dasar utama dalam setiap pergerakan Jingga13.

Berikut adalah senarai anggota Sekretariat Jingga13 Kota Tinggi :

Koordinator: Kamaluddin Md Simpol
Timb Koordinator: Noorjefri Mohd Jailani
Setiausaha: Haliza binti Mohamad
Bendahari: Rosilah binti Abu Bakar
Koordinator Jinggawan: Mohd Syaamil bin Sobri
Timbalan Koordinator Jinggawan : Mohd Fakharuddin bin Moslim
Koordinator Jinggawanis:  Rozita binti Abu Bakar
Timbalan Koordinator Jinggawanis : Kamisah binti Paidin

Ahli Jawatakuasa:
Ain Nur Shaddiq bin Zabidie
Salim bin Masrom
Abu Hanif bin Ibrahim
Rosdi bin Othman
Hj Johari bin Leman
Fauziah binti Abd Ghani
Mustafa bin Abd Rahman
Arman bin Sabhan
Sumali bin Ali


Tahniah dan Syabas..

JINGGA13 PASIR GUDANG BERSAMA YB HASSAN KARIM DI PROGRAM KAUNTER BERGERAK ADUAN RAKYAT BIRO KEBAJIKAN PARLIMEN PASIR GUDANG

Pada 16 Februari 2020 .Komrad Jingga 13 Pasir Gudang mengiringi YB Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang dalam program Kaunter Aduan Rakyat Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang yang telah diadakan di Pasar Malam Permas Jaya 12.


Walaupun dalam keadaan cuaca yang hujan lebat pada awalnya, namun program mendapat sambutan daripada para pengunjung di sekitar Pasar Malam Permas Jaya 12.



Komrad Jingga 13 Pasir Gudang juga tidak ketinggalan dalam mengedarkan risalah-risalah kepada para pengunjung mengenai insentif kerajaan Pakatan Harapan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Peka B40, I-Suri, Skim MySalam, Skim Warga Emas dan Kad Sihat Johor.



InshaAllah program ini akan diperluaskan lagi di dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Jingga 13 Pasir Gudang akan bersama-sama dalam program Kaunter Aduan Rakyat ini.