Saturday 24 October 2020

MENJUNJUNG KASIH ATAS PERTIMBANGAN KDYMM SPB YDPA UNTUK TIDAK MEMPERKENANKAN DARURAT MAHUPUN PROROG PARLIMEN MALAYSIA.

 Kenyataan Media Gabungan Reformis Malaysia (GRM).

24 Oktober 2020

MENJUNJUNG KASIH ATAS PERTIMBANGAN  KDYMM SPB YDPA UNTUK TIDAK MEMPERKENANKAN DARURAT MAHUPUN PROROG PARLIMEN MALAYSIA.

Terlebih dahulu, sekali lagi Gabungan Reformis Malaysia (GRM) dan seluruh rakyat Malaysia melafazkan rasa syukur kehadrat ALlah swt atas kurniaan kesihatan dan keselamatan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

GRM sekali lagi menjunjung kasih atas pertimbangan  KDYMM Tuanku untuk tidak memperkenan perintah darurat mahupun prorog Parlimen diistiharkan di Malaysia dalam pendekatan menangani covid 19. GRM berkeyakinan KDYMM Tuanku telahpun membuat pertimbangan yang cukup bijak dalam menangani keresahan rakyat akibat kemungkinan perintah prorog Parlimen apatah lagi darurat. GRM sekali lagi menjunjung kasih atas kebijakan KDYMM Tuanku.

GRM berpandangan prorog Parlimen apatah lagi darurat akan mengakibat ekonomi menjadi parah yang amat dahsyat sehingga sukar untuk dipulihkan kembali terutamanya dalam menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.

GRM berpendirian dengan pelbagai perkembangan mutaakhir ini, jelas membayangkan Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional telah hilang kredibilitinya untuk mentadbir negara ini terutamanya dalam menangani kemelut politik yang ada, kemelesetan ekonomi yang ketara serta pandemik Covid 19 yang terus mengancam. Visi dan strategi konkrit secara menyeluruh dalam mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang mampan dan futuristik gagal diketengahkan. Manakala rakyat terus gelisah menghadapi kos sara hidup dan ketidakpastian masa depan.

GRM menyeru seluruh rakyat Malaysia terus bertenang dengan ikhtiar kehidupan diteruskan, memperbanyakkan doa dan solat hajat agar ALlah swt menganugerahkan keselamatan dan kesihatan  KDYMM Tuanku. Marilah kita bersama-sama terus mendoakan keselamatan, keamanan dan kemakmuran buat negara dan rakyat Malaysia seluruhnya serta diselamatkan daripada pandemik Covid-19.

GRM juga secara khusus meminta para reformis menjunjung tinggi institusi Raja Berperlembagaan Malaysia serta menghayati semangat baharu "Reformis sedia berkhidmat, Reformis terus berjasa".


MUSTAFFA KAMIL AYUB

Presiden,

Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT) merangkap

Penyelaras/Jurucakap GRM.


DR BADRUL AMIN

Pengerusi

Pro98 Reformis


DR IDRIS AHMAD

Pengerusi 

Otai Reformis.


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator

Jingga 13 Malaysia


KHAIRUL ANUAR OTHMAN

Presiden

Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM)


BRIG. GEN.(B) DATO ABDUL HADI ABDUL KHATAB

Presiden

Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN)


AZIZAN MEMALI

Presiden 

Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM)


MOHD BUSTAM OMAR

Pengerusi

Persatuan Media Sosial (PEMASSA)


EDDIE  ARMAN MOHD YUNOS

Pengerusi

Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (GASAK)


MEJAR (B) RAZALI ALIAS

Presiden 

Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN).


MUSTAFA MANSOR Presiden

Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSA).


KAPT (B) ZULKEFLY OTHMAN

Setiausaha GRM.