Saturday 22 February 2020

JINGGA13 DESAK HENTIKAN POLEMIK DAN POLITIK JIJIK, TERIMA KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN PH

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

22 Februari 2020

JINGGA13 DESAK HENTIKAN POLEMIK DAN POLITIK JIJIK, TERIMA KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN PH

Jingga13 Malaysia menerima dengan hati terbuka terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bersidang pada 21 Februari 2020 berkaitan dengan isu peralihan kuasa yang telah pun diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu selepas daripada Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ( APEC ) yang akan menghentikan segala polemik dan usaha yang bertujuan untuk menggagalkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Jingga13 Malaysia yakin tidak akan ada lagi wujud usaha untuk mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri sehingga sepenggal sepertimana desakan YB Azmin Ali.

Tidak ada usaha lagi  yang bertujuan untuk "menangguk di air keruh" yang bertujuan merosakkan suasana iaitu cadangan undi percaya sebagaimana yang hendak dibawa oleh PAS dalam Parlimen serta usaha pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal serta konspirasi pihak tertentu termasuk pembentukan "Kerajaan Pintu Belakang" oleh PAS, UMNO dan segelintir daripada KEADILAN dalam usaha mengagalkan peralihan kuasa tersebut. 

Keputusan telah pun dibuat dan mesti dihormati oleh semua pihak malah sifat berlapang dada, sabar dan jiwa besar Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar dipuji bahawa keutamaan kepada rakyat dan negara itu yang lebih penting dan utama,  bukan hanya kepada isu peralihan kuasa semata-mata serta memberikan ruang kepada Tun Dr Mahathir menjalankan tanggungjawab dan tugas sehingga selesai persidangan APEC dengan menyerahkan tarikh, hari dan masa kepada Tun Dr Mahathir untuk membuat keputusan.

Segala polemik mesti dihentikan, apa lagi politik jijik dan kotor oleh pihak-pihak tertentu. 

Jingga13 Malaysia dan majoriti rakyat mengharapkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad mengotakan janji dan merealitikan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden dan Konvensyen Pakatan Harapan selepas persidangan APEC kepada peralihan kuasa yang aman dan harmoni. 

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia