SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Saturday, 21 September 2019

Jingga13 Negeri Sembilan Santuni Asnaf , OKU Dan Ibu Tunggal Di Linggi Dan Teluk Kemang

Jingga13 Negeri Sembilan telah mengadakan Jejak Asnaf iaitu menyampaiksn sumbangan barang makanan kepada dua (2) Org asnaf ,  dua (2) orang OKU  dan dua (2) orang ibu  tunggal di sekitar Linggi dan Teluk Kemang , Port Dickson , Negeri Sembilan.



Seramai 6 orang komrad Jingga13 Negeri Sembilan yang di pimpin Koordonator Negeri Sembilan , Sdr. Mohd. Khairuddin Hashim . Diharapkan sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka . 













Jingga13 Perlis Rayu Bantu Pakcik Shaari

Tanggal 20 September 2019 , Jingga13 Perlis telah menziarahi Pakcik Shaari di No. 2, Lorong Haji Hassan, Batu 1/2, Jalan Raja Syed Saffi, 01000 Kangar, Perlis.


Pakcik Shaari yang tinggal bersama bapa tirinya itu telah menghidap penyakit asma dan kabur penglihatan manakala bapa tirinya juga menghidap sakit tua.

Pakcik Shaari telah menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 350.00 sebulan akan tetapi daripada jumlah berkenaan sebanyak RM 300.00 telah dibelanjakan untuk membayar sewa rumah yang didiami mereka.

Untuk makan mereka hanya bergantung kepada ihsan rakan-rakan dan jiran sekeliling untuk meneruskan hidup.

Kami telah dimaklumkan oleh Pakcik Shaari bahawa beliau tidak mampu untuk bekerja dan yang menyedihkan beliau telah diabaikan oleh anak-anak beliau yang sudah berumah tangga.


Kepada seluruh rakyat Malaysia yang baik hati, Jingga13 Perlis ingin merayu sumbangan bagi meringgankan beban Pakcik Shaari ini.

Sumbangan boleh disalurkan terus melalui akaun seperti butiran berikut:

Nama: Encik Shaari Bin Yahya
No. Akaun: 1005182000023843 Bank: AGROBANK.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kordinator Jingga13 Perlis Sdr KHAIRUDDIN MOHD YUSOF ditalian 0146899091 untuk bantuan berupa makanan harian.




Friday, 20 September 2019

Shaiful Redzuan pimpin Sekretariat Jingga13 Kelantan

Jingga13 Kelantan telah membentuk Sekretariat Jingga13 Kelantan bagi menjana aktiviti khususnya dalam membantu fakir miskin dan asnaf di Negeri Kelantan Darul Naim .

Berikut adalah Seketariat Jingga13 Kelantan :

Koordinator
SHAIFUL REDZUAN B. MOHD SUFIAN

Timbalan Koordinator
CHE AZUWAN BIN CHE MUD

Setiausaha
NOR FARAH AFIQAH BINTI RAMLI

Bendahari
SITI NURFAUZAN BT HISHAMUDDIN

Jinggawan
MOHD ZULAIMAN B. RUSLAN

Jinggawanis
SYAMEELA RADHIAH BT. MOHD SUFIAN

AJK
MUHAMMAD TAUFIQ BIN RUSLAN

Semoga Jingga13 Kelantan terus sukses .

Jingga13 Kluang bergerak aktif di bawah pimpinan Sdr Jaafar Matek

Jingga13 Kluang adalah paling aktif di Malaysia dengan aktiviti keprihatinan , kebajikan dan pendidikan di Parlimen Kluang dan Sembrong , Johor Darul Takzim .

Boleh dikatakan setiap minggu Jingga13 Kluang terus bergerak menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan asnaf termasuklah orang asal, malah lebih membanggakan gerakerja mereka mendapat kerjasama beberapa pasaraya dalam menyediakan sumbangan barang-barang makanan .

Menurut Sdr Jaafar Matek , Koordinator Jingga13 Kluang , " Bukan sahaja aktiviti kebajikan  , kami juga turut mengadakan aktiviti pendidikan seperti seminar peperiksaan kepada pelajar-pelajar PT3 dan SPM dengan kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ) Kluang ".

Berikut adalah Sekretariat Jingga13 Kluang :

Koordinator : Jaafar Bin Matek

Timbakan Koordinator  : Mohd Fazli Bin Mohd Yusof

Setiausaha: Murni Binti Shawal

Bendahari:  Liaw Kim Juan

Jinggawanis: Murni Binti Shawal

Jinggawan : Md Yunus Bin Rusni

AJK :
1. Rosli Bin Safie
2. Mohd Sukhaimi Bin Bahari
3. Ishak Bin Ismail
4. Sharifah Rukiah Binti Abu
5. Roslina Binti Sapuan
6. Zainon Binti Hanapiah
7. Kamaruddin Bin Kasimon
8. T.Nalathamby A/L Thiacarajan
9. Teh Ben Siang
10.Simon Ng
11. Zainal Bin Saron
12. Mohamad Nasir Bin Md Salleh

Diharapkan kerja-kerja murni mereka akan teruskan dan mendapat komitmen daripada masyarakat di Kluang .




Thursday, 19 September 2019

Pak Arshad perlukan kaki palsu , Jingga13 Pahang rayu sumbangan rakyat Malaysia

Jingga 13 Pahang merayu kepada warga Malaysia yg pemurah agar dapat membantu Pak Arshad yang  beralamat di No87 Lorong 4 Taman PAKR Bandar Baru Jerantut Pahang merupakan seorang OKU yang mengalami kecacatan kaki akibat daripada dipotong kerana kanser tulang pada tahun 1997 .


Beliau yang menyara hidup menjadi penjual pisang goreng serta mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan serta bantuan Zakat  sejumlah RM200 sebulan . Beliau juga menyewa rumah dengan bayaran RM350 sebulan.

Menurut Sdr Ahmad Sharibuddin Ismail , Koordinator Jingga13 Pahang , Pak Arshad telah menukar kaki palsunya sebanyak 6 kali hasil bantuan dari orang ramai namun terakhir pada tahun lepas sumbangan dari orang ramai kaki palsu yang kurang berkualiti menyebabkan apabila melakukan kerja sering terjatuh dengan sendiri akibat tidak sesuai dengan kakinya.

Justeru Pak Arshad  memohon jasa baik dan keperihatinan mereka yang sudi untuk membantu  mendapatkan kaki palsu yang baru agar beliau boleh melakuka kerja harian bagi menyara keluarganya.

Kos kaki palsu yang diperlukan oleh Pak Arshad ialah RM 7,200 yang qj. dibekalkan oleh Pusat Pemulihan Biomedic Sdn Bhd , Ampang , Kuala Lumpur .


Warga Malaysia yang prihatin bolehlah menghulurkan derma kepada Pak Arshad di nombor akaun CIMB 7620120508 di atas nama Arshad Bin Mohd Noh

Sekretariat Jingga13 Terengganu ditubuhkan gandingan lama dan baru

Jingga13 Terengganu terus mengorak langkah  dan telah menubuhkan Sekretariat Negeri Terengganu . Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh Sekretariat seperti Jejak Asnaf , Jejak Penarik Beca dan lain-lain. Sekretariat Jingga13 Terenggnau dipimpin oleh Sdr. Shahrul Nizam Md Shah .

Berikut adalah Sekretariat Jingga13 Terengganu :

Koordinator : Shahrulnizam Md Shah
Timbalan koordinator : Mohd Yuhairi Omar Bin Mohd Yusof
Setiausaha : Muhamad Faizal Yusri Bin Mohd Shazali
Bendahari : Aidil Noorfitri Bin Mohammed
Jinggawanis : Nurul Tantiana binti Abdullah
Jingawan : Ahmad Noor Othman

AJK : Sulong Bin Ali (Pak Awi)
AJK : Abdul Rahman Bin Abdullah (Pok Mang)
AJK : Mohd Aiman Bin Ngah
AJK : Mohammad Amaluddin Bin Mohd Pauzi

Jingga13 Terenggnah akan terus mengorak langkah terbaik untuk membantu golongan fakir miskin dan asnaf .



Syabas Jingga13 Perlis bentuk Sekretariat Negeri , Khairuddin Koordinator Negeri

Syabas kepada Jingga13 Perlis yang telah berjaya membentuk Sekretariat yang pertama Jingga13 Perlis ,di pimpin Khairuddin bin Mohd Yusuf .

Berikut adalah senarai Sekretariat Jingga13 Perlis :

Koodinator:  Khairuddin bin Mohd Yusof

Setiausaha: Hasparizal bin Hassan

Bendahari: Nur Liyana binti Marzuki

Jinggawanis:
Nurul Farah Hanim binti Zailani

Jinggawan :
Dzairi Asrul bin Dzainol

AJK :
1. Asni bin Saad
2. Muhammad Nashriq bin Othman
3. Amar bin Abdul Jalil
4. Nur Annuar bin Abu Talib
5. Nur Kamila Hazwani binti Marzuki

Diharapkan Jingga13 Perlis akan terus mantap dan terus bergerak aktif .


Wednesday, 18 September 2019

JINGGA13 NEGERI SEMBILAN AGIH BARANGAN KEPADA ASNAF, GOLONGAN MISKIN

Jingga13 Negeri Sembilan menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian kepada tiga buah keluarga asnaf di kawasan Port Dickson, hari ini.


Sdr Mohd Khairudin Hashim selaku Koordinator Negeri Sembilan bersama empat ahli yang lain sudah mengenalpasti golongan miskin dan asnaf bagi membolehkan sumbangan disalurkan kepada mereka sebagai bantuan untuk meringankan beban golongan itu di negeri ini.

Inisiatif ini dilaksanakan Jingga13 Negeri Sembilan dalam usaha untuk mendekati golongan tidak berkemampuan sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Diharap bantuan ini akan meringankan beban penerima disamping membuktikan keprihatinan Jingga13 Negeri Sembilan dalam mendekati dan membantu golongan yang memerlukan.








Syabas Jingga13 Kedah bentuk Sekretariat Negeri Kedah Darul Aman

Tahniah kepada Jingga13 Kedah yang telah berjaya membentuk Sekretariat Negeri  Kedah tanggal 17 September 2019 bertempat di Baling , Kedah . Turut hadir di hari bersejarah tersebut mewakili Sekretariat Jingga13 Malaysia ialah Komrad Amizudin Ahmat , Bendahari Pusat .

Berikut adalah senarai Sekretariat Jingga13 Kedah :

Koordinator - Idris Othman
Setiausaha - Ku Zilalularsyi Ku Mohammad

Bendahari - Samsudin Osman

Jinggawan - Badrul Hisham Mustaffa
Jinggawanis - Norhaya Elyyas


AJK -

1. Zahiri Hj Bahari
2. Mohd Zaini Mohd Zain

3. Fadzil Ishak
4. Mohd Saad Ahmad

5. Suffian Saidin



Menurut Sdr Idris Othman yang lebih dikenali Tok Yah Idris , " Semua komrad berikrar untuk terus memberi kerjasama yang jitu demi keperihatinan kepada  golongan asnaf yang fakir miskin dan sebagainya di dalam membentuk imej Jingga 13 yang sentiasa bermuafakat , perihatin dan berani di dalam apa jua keadaan serta mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih d atas sokongan kebanyakkan merupakan ahli MPKK di kawasan Kedah ini terutama Baling yg sentiasa menadah tangan memberi kerjasama kepada Jingga 13 ".


Semoga Jingga13 Kedah akan terus sukses dan bergerak dengan lebih aktif lagi .






Tuesday, 17 September 2019

JINGGA13 RAYU KEMBALIKAN SEMANGAT MA63 DALAM PERBINCANGAN ISU MINYAK & GAS SARAWAK

Kenyataan Media
Jingga13 Sarawak

17 September 2019

JINGGA13 RAYU  KEMBALIKAN SEMANGAT MA63 DALAM PERBINCANGAN ISU MINYAK DAN GAS SARAWAK.

Minyak dan Gas, dari Jawatankuasa Kabinet telah jatuh ke tangan dua lelaki iaitu Tun Mahathir dan Abang Johari.

Adakah kita tidak belajar dari kesilapan PDA74? "The law that created Petronas".

Kerajaan pusat dan kerajaan negeri harus transparen dalam soal perbincangan ini kerana rakyat Sarawak tidak mahu sejarah hitam 1974 diantara Tengku Razali Hamzah dan Tun Rahman Yaakub berulang kembali.

Jingga13 Sarawak merayu dikembalikan semula rundingan ke meja Jawatankuasa Pemandu agar ianya transparen dan terhindar dari salahguna kuasa. Serapkanlah semangat MA63 di mana pungutan suara rakyat dilakukan untuk membentuk MA63 (Suruhanjaya Cobbold).

Jingga13 Sarawak tidak redha menyerahkan masa depan negeri kami didalam tangan dua individu sahaja.

Lebih penting lagi, rakyat Sarawak berhak untuk mengikuti perkembangan perbincangan Minyak & Gas demi masa depan mereka. Kita juga berharap tidak berlaku perjanjian rahsia seperti tahun 1974 yang mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat Sarawak apabila PDA74 diwartakan.

Nikson Abdillah
Koordinator
Jingga 13 Sarawak

Monday, 16 September 2019

Selamat Hari Malaysia daripada Jingga13 Malaysia

Jingga13 Malaysia merakamkan selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bersama-samalah kita membina negara bangsa yang kuat dan utuh serta hidup aman damai .

Jingga13 Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia menolak budaya politik sempit yang bertujuan mewujudkan ketegangan dan pertelingkahan kaum demi memenuhi nafsu serakah kepentingan politik jijik mereka.

Malaysia negara kita cintai !


Sempena Hari Malaysia , Jingga13 Kota Tinggi Sertai Program Bersih Sungai Kota Tinggi

Sempena Hari Malaysia Jingga 13 Kota Tinggi serta membersih Sungai Kota Tinggi yang dicemari dengan sampah sarap , ranting-ranting kayu dan sebagainya . 

Menurut Ain Nur Shaddiq bin Zabidie , Koordinator Jingga13 Kota Tinggi , " Program tersebut dianjurkan Majlis Kota Tinggi bertujuan memupuk kecintaan kepada sungai sempena sambutan Hari Malaysia "

Pasukan jingga13 Kota Tinggi tidak mengecewakan apabila telah dianugerahkan sebagai Juara dalam kategeri Kutipan Sampah terbanyak berjumlah 180 kg.