Sunday 15 December 2019

JINGGA 13 PERLIS RAIKAN 51 ORANG ANAK- ANAK ASNAF DI PROGRAM BIJAK KE SEKOLAH JINGGA13 MALAYSIA

Tanggal 15 Disember 2019 , Jingga 13 Perlis menjayakan program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Malaysia peringkat negeri Perlis . Sejumlah 50 orang anak-anak asnaf di sekitar Padang Besar , Perlis menerima beg sekolah dan  baucer pakaian sekolah Syarikat Pakaian Hari-Hari oleh Jingga13 Malaysia .


Tetamu yang hadir pada majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran YB Noor Azam Karap, ADUN Kuala Perlis , Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perlis Sdr Amran Kamaruddin dan Tuan Khuzairi Khaizan Setiausaha YB Amin Ahmad Ahli Parlimen Kangar. Turut hadir ialah Sdr Amizudin Ahmat Pengarah Program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Malaysia dan Sdr Afzainizam Abdul Rahman Setiausaha Jingga13 Malaysia dan Sdr Khairudin Mohd Yusof  Koordinator Jingga13 Perlis .





Jingga13 Perlis turut menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada 5 keluarga asnaf di sekitar Padang Besar , Perlis .






Terima kasih dan penghargaan Jingga13 Perlis  kepada Puan Fadzilah Bt Othman , Guru Besar , Sekolah Kebangsaan Felda Mata Air ,  Perlis dan Cik Hairiah Bt Tarmuzi , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di atas komitmen kepada Jingga13 Perlis bagi menjayakan program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Malaysia .




























Jingga13 Perlis sentiasa mendoakan agar adik-anak asnaf yang menerima sumbangan ini supaya berjaya suatu hari nanti untuk membela agama bangsa dan negara serta sumbangan beg dan pakaian sekolah tersebut dapat meringankan sedikit bebanan ibu bapa .