Tuesday 31 December 2019

Jingga13 Johor ziarahi Baby Alesha (8 bulan) yang derita jantung berlubang , saluran penafasan sempit dan kaki tidak boleh dibengkokkan

Jingga 13 Johor hari ini berkesempatan melawat Baby Alesha Lezarah berumur 8 bulan di Kg Nelayan, Benut



Baby Alesha Lezarah menghidap penyakit jantung berlubang , saluran penafasan sempit dan kaki tidak boleh dibengkokkan , dan sudah pasti Baby Alesha  memerlukan dana yang banyak untuk kos perubatanya

Jingga13 Johor turut sampaikan sedikit  sumbangan wang tunai hasil sedekah/ sumbangan komrad-komrad Jingga13 buat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga tersebut .



Turut bersama dalam lawatan tersebut, En Zabidie, En Rosman , En Kamal dan rakan-rakan lain daripada Jingga13 Johor .


Terima kasih kepada semua  komrad menyumbang

Muafakat Prihatin Berani

Perutusan Tahun 2020 Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia

31 Disember 2019

Alhamdulillah pertamanya  saya merapatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan salam kepada junjungan Rasulullah SAW di atas luang dan ruang  berada  di Tahun 2019 dan di ambang tahun 2020 yang akan menjelma tidak lama lagi .

Bagi pihak seluruh anggota Sekretraiat Jingga13 Malaysia , kami merakamkan ucapan selamat menyambut tahun baru 2020 kepada seluruh warga Malaysia khususnya semua anggota Jingga13 Malaysia di seluruh Malaysia di mana saja berada dengan harapan tahun baru ini memberikan impak yang positif kepada semua khususnya kepada negara Malaysia yang lebih hebat dan cemerlang di bawah kerajaan baru insya-Allah akan kekal selamanya.

Saya juga sudah pasti mengimpikan dan merealitikan Tahun 2020 ini , Malaysia akan  mempunyai Perdana Menteri baru dengan  perlantikan Penaung Jingga13 Malaysia merangkap Ketua Umum  Pakatan Harapan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke 8 yang baru memimpin Malaysia ke arah yang lebih cemerlang .

Syukur Tahun 2019,  Jingga13 terus bergerak aktif di seluruh Malaysia selepas pendaftaran Pertubuhan  Malaysia Kebajikan Jingga13 Malaysia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan m(ROS) menjadikan  Jingga13 sebagai sebuah NGO yang sah di Malaysia . Malah kini Jingga13 Malaysia telah mendaftar diri sebagai NGO di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA ) Jabatan Perdana Menteri dalam membantu mangsa banjir dan bencana , malah kita juga telah berjaya membentuk Jingga13 Rescue Team (J13RT) di beberapa buah negeri .

Jingga13 Malaysia lahir pada 13 Mei 2011 bergerak secara aktif serta memberikan khidmat bakti kepada golongan fakir miskin asnaf serta penglibatan aktif dalam politik. Kini Jingga13 Malaysia fokuskan kepada agenda utama iaitu membantu golongan fakir miskin , asnaf serta mereka yang berada dalam kesusahan.

Saya bangga kerana  Jingga13 negeri dan parlimen telah bergerak begitu aktif dalam menjalankan aktiviti terutama membantu golongan fakir miskin dan asnaf di negeri dan parlimen masing-masing  semoga terus kekal istiqomah dalam menjalankan kerja ini secara sukarela bukannya dibayar oleh sesiapa.

Sebagai sebuah NGO yang sah di sisi undang-undang dan negara, Jingga13 berhak berada di mana sahaja , bertemu dengan sesiapa sahaja dan melakukan aktiviti apapun tanpa memerlukan kebenaran daripada sesiapa selagi tidak melanggar undang-undang negara.


Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan membantu Jingga13 Malaysia dalam menjalankan aktiviti di seluruh negara ini. semoga komitmen ini akan berterusan dan sebagai sebuah NGO sudah pasti mengharapkan dan memerlukan sumbangan khususnya dari segi kewangan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti terutama dalam gerak kerja membantu golongan fakir miskin Asnaf OKU , anak yatim dan sebagainya.

Saya merakamkan tahniah dan syabas kepada kejayaan semua dalam menjayakan Program Bijak Ke Sekolah dan seramai 2500 anak-asnaf , orang asal dan miskin mendapat sumbangan barangan ke sekolah . Tahniah dan syabas kepada Pengarah BKS Jingga13 Malaysia Sdr Amizudin Ahmat dan team BKs serta koordinator negeri-negeri dan team yang bertungkus-lumus menjayakan program julung kali Jingga13 Malaysia adakan . Terima kasih tidak terhingga kepada
YAB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail , YAB Menteri besar Selangor , YAB Menteri Besar Negeri Sembilan , Yayasan Taqwa , Yayasan Kebajikan Negara ,Yayasan Aman , BBC/TNB dan semua pihak yang telah menyumbang bagi menjayakan program tersebut . Terima kasih daun keladi , lain kali berilah lagi .

Sebagai Ketua Koordinator sudah pasti ingin melihat Jingga13 Malaysia terus membangun dan bergerak aktif terutama dalam menghadapi tahun 2020 dan serterusnya . Komitmen , kerja berpasukan , kerjasama , toleransi , kesetiaan dan persaudaraan adalah menjadi intipati kepada sebuah perjuangan .

Semoga Jingga13 Malaysia , negeri dan Parlimen akan terus bergerak aktif dalam usaha  menjadikan Jingga13 sebagai NGO yang hebat dan cemerlang terutama dalam membantu golongan fakir miskin, OKU , anak yatim  ibu tunggal , warga emas  , orang yang sakit serta dalam menjalankan aktiviti  ekonomi , pendidikan dan sebagainya  .

Motto MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI akan tersemat di dhomir setiap anggota Jingga13 dia seluruh Malaysia . Semoga kita terus muafakat dalam satu keluarga Jingga13 Malaysia . janganlah hal-hal titik bengit merosakkan susu sebelanga yang memecahkan kita semua . Andai ada salah silap sama-samalah kita bermaafan . Ambil yang jernih buangkanlah yang keroh .

Selamat tahun baru 2020 .

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Monday 30 December 2019

JINGGA13 KLUANG PRIHATIN TERHADAP ANAK-ANAK ASNAF YANG MASIH BELUM ADA PAKAIAN SEKOLAH

Setelah mendapat maklumat bahawa ada terdapat 3 orang pelajar masih belum membeli pakaian sekolah kerana ibubapa tidak berkemampuan dan kesempitan kewangan untuk menyediakan semua itu kepada 3 orang anak--anak mereka .


Alhamdulillah, Jingga13 Kluang telah mengambil tindakan segera membelikan pakaian sekolah untuk anak-anak tersebut . 


Selain itu juga Jingga13 Kluang turut menyampaikan sumbangan barangan persekolahan Bijak Ke Sekolah kepada satu keluarga yang memiliki 5 orang anak yang akan bersekolah pada tahun 2020. 

Sumbangan tersebut diharapkan meringankan beban ibubapa mereka dan mengembirakan anak-anak tersebut kerana beg dan  pakaian sekolah mereka sudah ada untuk menjalani persekolahan yang lebih baik .

Sunday 29 December 2019

Tahun 2020 , Jingga 13 Bakri , Johor dan Tadika Alif Ria, Muar akan berkolabrasi ajar bahasa cina untuk murid-murid tadika

Jingga13 Bakri akan mengadakan kolaborasi dengan Tadika Alif Ria dalam pengajaran Bahasa Cina untuk murid-murid tadika pada setiap hari Ahad. Ianya sebagai tambahan dlm aktviti ko-kurikulum.



Buat masa ini terdapat 22 orang murid di dalam tadika ini dan keseluruhan berbangsa melayu.

Terdapat 2 orang tenaga pengajar dan seorang pemilik tadika tersebut .


Jingga 13 Bakri bertindak sebagai sukarelawan dlm aktiviti ko-kurikulum untuk mengajar bahasa cina kepada murid-murid berbangsa melayu ini.

Kolabrasi ini akan bermula pada Januari 2020,
in shaa allah.

Tenaga Pengajar ialah Ahli Jingga 13 Bakri (Melayu) dan akan menerima elaun  RM150/bln yang mana akan digunakan untuk aktviti Jingga 13 Bakri .

Jingga13 Perlis sertai Program Khidmat Masyarakat Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Sena Selatan DUN Sena

Pada 28 Disember 2019' bertempat di Kg. Padang Behor, Kangar . Program Khidmat Masyarakat Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Sena Selatan DUN Sena, Perlis dengan kerjasama Persatuan Penduduk Padang Behor Perlis, Jingga13 Perlis bersama Penduduk Kg. Padang Behor telah berjaya dilaksanakan pada hari tersebut.


Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengecat rumah dan meratakan batu dihalaman rumah seorang penduduk bangsa India iaitu Pn. Meena. Kemudian menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada 3 orang penduduk asnaf di kampung tersebut.



Hadir sama menjayakan program ini ialah YB ADUN Sena, Tuan Asrul Nizan Abd Jalil.


Terima kasih kepada semua AJK serta wakil Jingga13 yang telah hadir menjayakan program pada hari ini.



"Penggerak Komuniti Berinformasi"
"Sena Selamat Sihat Sejahtera"

Jingga13 Kota Tinggi ziarahi 2 anak yatim , sampaikan sumbangan barangan dan baucer Bijak Ke Sekolah



Bersama Anak yatim yang baru kematian ayah tercinta. Anak sulong Putri Anisa Farhana (10tahun) dan adiknya Putra Aiman Shah (8tahun).


Jingga13 Kota Tinggi sekali lagi hadir menziarahi anak anak arwah Osman Hasbullah dengan tujuan untuk menghulurkan sumbangan beg sekolah dan voucher bernilai RM 80 setiap seorang bagi membeli pakaian dan peralatan sekolah.


Setibanya kami dirumah beliau, kami dimaklumkan yang mereka sedang mengemas barang untuk dibawa pindah ke Felda Air Tawar 4. Ibu mereka sedang sibuk menguruskan pemindahan sekolah ke Sek Keb Felda Air Tawar 4.


Rumah mula dikosongkan. Mungkin hari ini adalah hari terakhir mereka berada dirumah itu. Selamat bersekolah di tempat baru, Jingga13 ucapkan. Moga kalian menjadi anak yang solleh dan solehah, berjaya dunia dan akhirat.

Jingga13 Johor mangucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh penyumbang yang perihatin. Moga Allah membalas kebaikkan yang kalian hulurkan.

ANUAR TERIMA SUMBANGAN KATIL BOLEH LARAS , JINGGA13 PERLIS RAKAM JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PENDERMA


Tanggal 22 Disember 2019 , Jingga13 Perlis ada melawati Sdr Anuar seorang pesakit kanser tulang dan sakit buah pinggang  di Kampung Abi Behor Kebal ,  Bintong  , Perlis yang memerlukan katil boleh laras ( katil seperti hospital ) sepertimana dalam artikel berjudul JINGGA13 PERLIS RAYU BANTU ANUAR , DERITA KANSER TULANG DAN SAKIT BUAH PINGGANG , PERLUKAN KATIL BOLEH LARAS .

Jingga13 Perlis telah mendapat maklumat bahawa Sdr Anuar telah menerima sebuah katil boleh laras sepertimana yang dihajati daripada penderma yang budiman dan prihatin terhadap kesengsaraan Sdr Anuar .


Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan  oleh penderma tersebut semoga dapat memberikan keselesaan serta meringankan penderitaan yang ditanggung oleh Sdr Anuar . Semoga Allah membalas jua jasa penderma tersebut dan memberikan kesembuhan kepada Sdr Anuar ..


Menurut Koordinator  Jingga13 Perlis , Sdr Khairudin Mohd Yusof , " Jingga13 Perlis akan membuat lawatan susulan ke rumah Sdr Anuar tidak lama lagi ". 

Saturday 28 December 2019

Program Back To School di SK Felda Chemomoi, Bentong dan Penubuhan Jingga13 Bentong

Bertempat di Sekolah Kebangsaan Felda Chemomoi , Bentong , Pahang diadakan program Back To School anjuran Jingga13 Bentong .


Seramai 102 anak asnaf menerima sumbangan berbentuk Baucer RM80 Syarikat Pakaian Ten Ten daripada Yayasan Kebajikan Negara , manakala 30 orang pula menerima sumbangan barangan persekekohan daripada BBC/TNB . Terdapat 3 orang pelajar cemerlang turut menerima sumbangan tersebut .



Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia , Sdr Fariz Musa telah diberikan penghormatan sebagai tetamu utama program tersebut yang turut dihadiri Sub Inspektor Zulkefli OCS Balai Polis Manchis,Cikgu Zainal Afendi Penyelaras KPDNKK Bentong ,  Imam Masjid Felda chemomoi Tuan Hj Nawawi ,P Pengerusi PIBG SK Felda Chemomoi Tuan Hj Jaafar, KWC Wanita Bentong Pn Kamariah,Ketua Wanita PPBM Bentong Pn Norsamsura ,Wakil  Manchis enMasyarakat Tinghua Mr Chong dan wakil MPKK Felda Chemomoi Pn Hazarina serta Sdr Ahmad Shahbuddin , Koordinator Jingga13 Pahang dan Sdr Isa bin Ahmad , Koordinator Jingga13 Bentong.








Sdr Isa Ahmad turut menyerahkan borang keanggotaan Jingga13 Bentong kepada Sdr Ahmad Shahbuddin Koordinator Jingga13 Pahang dan disaksikan  oleh Sdr Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia .