SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Wednesday, 14 October 2015

JINGGA13 DESAK HENTIKAN BEBANAN PADA RAKYAT DENGAN KENAIKAN KADAR TOL 2015

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

13 Oktober 2015

JINGGA13 DESAK HENTIKAN BEBANAN PADA RAKYAT DENGAN KENAIKAN KADAR TOL 2015

Hari ini rakyat dikejutkan dengan kenaikan kadar tol yang akan berkuatkuasa tanggal 15 Oktober oleh Kerajaan UMNOBN adalah merupakan siri tekanan dan bebanan berterusan terhadap rakyat yang berdepan dengan GST dan kenaikan kos sara hidup khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin.

JINGGA13 Malaysia mengecam pengumuman kenaikan kadar tol di 11 lebuh raya (lapan di Lembah Klang) iaitu membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Kenaikan ini melibatkan peningkatan kadar tol di antara 20 sen dan RM 3.

DS Najib Dan Kerajaan Malaysia sehingga kini gagal menjelaskan kepada rakyat berkaitan skandal 1MDB , wang derma RM2.6 billion dan pelbagai kepincangan dalam tatakelola mengurus tadbir dan ekonomi akhirnya terus memberikan tekanan dan bebanan kepada rakyat melalui kenaikan kadar tol baru.

Dasar Kerajaan UMNOBN terus dilihat memperkayakan kroni tanpa merasa bersalah benar-benar memperlihatkan kezaliman berterusan kepada rakyat ekoran daripada kenaikan kadar tol tersebut yang sudah pasti akan berlaku kenaikan kepada harga barang-barang makanan dan keperluan berlipat kali ganda , apa lagi ekoran mata wang ringgit yang semakin merudum.

JINGGA13 Malaysia mendesak DS Najib dan Kerajaan UMNOBN menghentikan dengan segera tindakan tersebut demi kepentingan rakyat yang semakin tertekan. Tindakan DS Najib dan Kerajaan UMNOBN terus menghukum rakyat serta menutup pelbagai skandal adalah merupakan tindakan desparado politik yang bakal menaikkan kemarahan dan kesabaran rakyat.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia