Wednesday 11 February 2015

NOMBOR TALIFON BIMBIT DI GODAM LANGKAH DESPERADO UNTUK MEMFITNAH DAN MENGEKANG GERAKERJA RAKYAT HAKIM NEGARA

Kenyataan Media

9 Februari 2015

NOMBOR TALIFON BIMBIT DI GODAM LANGKAH DESPERADO UNTUK MEMFITNAH DAN MENGEKANG GERAKERJA RAKYAT HAKIM NEGARA

Pada 8 Februari 2015, bermula jam 6.02 ptg sehingga sekarang , talifon bimbit saya dihujani beratus talifon dan SMS oleh orang yang saya tidak kenali ekoran daripada satu pesanan SMS yang saya tidak tahu apa-apa dan membinggungkan saya.

Akhirnya setelah memohon penjelasan daripada beberapa orang yang menghubungi saya dengan nada yang penuh marah dan tidak puas hati akhirnya  ianya terjawab. Mereka telah menerima satu pesanan SMS daripada nombor talifon bimbit saya berbunyi " Bila maw byar hutang wa arr .. Lu jgn bikin panas.. Parang wa dh lme x mkn olang..call Wa blk!!!"

Justeru pada jam 7.38 ptg, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara,Petaling Jaya setelah menyedari bahawa nombor phone saya telah digodam oleh orang yang saya tidak kenali yang bertujuan memfitnah dan menginaya saya dan terganggu dengan hujanan bertalu-talu talifon dan SMS daripada orang yang saya tidak kenali marah,memaki dan sebagainya yang boleh menjejaskan nama baik dan keselamatan saya apabila melihat pesanan ringkas yang telah diprintskrinkan kepada saya berunsur satu jenayah yang boleh saya diambil tindakan undang-undang ke atas saya melalui nombor talifon bimbit milik saya.

Hujanan talifon dan SMS saya terima sehinggalah ke sekarang ini dengan nada kemarahan, makian serta ugutan dan saya juga turut dihubungi oleh anggota dan  Pegawai penyiasat daripada Balai Polis Dang Wangi bahawa ada terdapat banyak laporan polis terhadap saya sebagai pemilik nombor tersebut.

Tindakan mengodam nombor talifon bimbit saya adalah tindakan desperado yang saya yakin oleh pengodam daripada UMNOBN apabila juga turut digodam ialah nombor talifon bimbit YB Rafizi Ramli,Naib Presiden merangkap Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat pada masa yang sama dan turut menghadapi masalah yang sama seperti saya, difahamkan tidak berbaur jenayah .

Saya yakin ini adalah tindakan bertujuan menginaya dan memfitnah kami agar dapat menghilangkan fokus kepada gerakerja program Rakyat Hakim Negara dan hari penentuan keputusan fitnah liwat 2 terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari 2015 di Istana Kehakiman,Putrajaya.

Walaupun tertekan dengan ratusan talifon dan ratusan SMS termasuk laporan polis terhadap saya sebagai pemilik nombor tersebut , langsung tidak mematahkan semangat dan gerakerja saya bagi meneruskan mobilisasi dan gerakerja Rakyat Hakim Negara dan Hari Penentuan 10 Februari 2015 Keadilan Untuk Anwar Ibrahim.

Kesempatan ini saya menyeru seluruh rakyat Malaysia Untuk hadir ke program Grand Finale Bicara Anwar yang turut dihadiri pimpinan PR di Padang Timur ( hadapan Amcorp Mall,PJ) jam 9 mlm dan hari penentuan pada 10 Februari 2015 di istana Kehakiman,Putrajaya pada jam 9 pagi.

Lawan tetap lawan !!!

FARIZ MUSA
Ketua Setiausaha Pengelola
Parti Keadilan Rakyat

Ketua Koordinator
jingga 13 Malaysia