SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Thursday, 20 March 2014

Tragedi FMFA: Calon MCA Kajang menuding jari tanpa akal

Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

20 Mac 2014

Tragedi FMFA: Calon MCA Kajang menuding jari tanpa akal

JINGGA 13 Malaysia menyelar kenyataan Calon MCA di DUN N25 Kajang, Datin Paduka Chew May Fun yang jelas menuding jari tanpa menggunakan akal apabila menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Selangor sebagai punca insiden kematian 6 remaja dalam sambutan Future Music Festival Asia, (FMFA) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sepertimana laporan The Malay Mail Online berjudul "Pakatan To Blame For Drug Deaths At Music Festival Says MCA's Chew" di pautan 
http://m.themalaymailonline.com/index.php/malaysia/article/pakatan-to-blame-for-drug-deaths-at-music-festival-says-mcas-chew .

Kenyataan beliau memperlihatkan sifat peribadi beliau yang suka menuding jari secara sembarangan apabila mengaitkan Kerajaan PR Negeri Selangor dengan tragedi itu, sedangkan seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa penganjuran FMFA sebuah program yang mendapat sokongan dan dokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau.
 
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah menyempurnakan majlis pelancaran senarai artis FMFA 2014 pada 17 Oktober 2013. Malah Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menganggap FMFA 2014 sebagai acara penting Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ia merupakan penganjuran yang mendapat dokongan dan sokongan Kerajaan UMNOBN melalui Program Transformasi Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Razak.

Penganjuran FMFA tersebut bukan sahaja menjana ke arah keruntuhan moral generasi muda Malaysia , malah telah mengakibatkan kematian dan memperlihatkan penggunaan dadah di kalangan generasi muda secara berleluasa dan ternyata penganjur dan kerajaan UMNOBN wajar bertanggungjawab .

JINGGA13 Malaysia mendesak agar Datin Paduka Chew May Fun memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan PR Negeri Selangor di atas kenyataan liar dan tidak beretika tersebut , malah mengaitkan dengan isu yang tiada kaitan iaitu kewujudan rumah urut dan cybercafe di Selangor. 

Datin Paduka Chew May Fun harus  sedar rumah urut dan cybercafe wujud sejak zaman Kerajaan Barisan Nasional memerintah Negeri Selangor. Malah polisi Kerajaan PR Negeri Selangor tidak meluluskan penubuhan rumah urut dan cybercafe baru sejak mengambilalih Kerajaan Negeri Selangor. JINGGA13 Malaysia mencabar Datin Paduka Chew May Fun membuktikan kenyataan beliau.

JINGGA13 Malaysia menyeru seluruh pengundi Kajang MENOLAK Calon BN N25 Kajang Datin Paduka Chew May Fun  kerana telah mempamerkan sikap sebenar beliau yang sanggup mengeluarkan kenyataan dan tuduhan sesuka hati serta memutarbelitkan kenyataan semata-mata untuk menang dalam Pilihanraya Kecil N25 Kajang. Sudah pasti sikap yang sama akan dilakukan kepada rakyat Kajang sekiranya beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang.

Rakyat Kajang tidak memerlukan seorang wakil rakyat yang tiada integriti dan kredibiliti seperti Datin Paduka Chew May Fun.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia

Merangkap

Penyelaras NGO
PRK N25 Kajang
Parti Keadilan Rakyat