SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Tuesday, 11 March 2014

PRK N25 KAJANG: JINGGA13 RAYU PENGUNDI KAJANG MEMILIH CALON PARTI KEADILAN RAKYAY DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

11 Mac 2014

PRK N25 KAJANG: JINGGA13 RAYU PENGUNDI KAJANG MEMILIH CALON PARTI KEADILAN RAKYAT DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

JINGGA 13 Malaysia menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan ISMAIL sebagai calon PRK N25 Kajang bagi mewakili Parti Keadilan Rakyat Dan Pakatan Rakyat mengantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat bertanding ekoran keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman bersalah.

JINGGA 13 Malaysia yakin mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh Dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia ini akan mampu menjalankan tanggungjawab dan amanah rakyat Kajang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang serta membawa suara rakyat Kajang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Kepimpinan beliau tidak dapat disangkal lagi sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat sejak penubuhannya tanggal 4 April 1999 sehingga sekarang adalah merupakan wanita pertama dalam sejarah negara menerajui sebuah parti sehingga meletakkan Parti Keadilan Rakyat sebagai sebuah parti yang hebat dan digeruni oleh UMNO BN.

Sikap lemah lembut,keibuan dan konsisten dalam memperjuangkan kepentingan rakyat sudah pasti akan mampu memimpin rakyat Kajang. Ketabahan dan kesetiaan beliau bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun terus berdiri teguh menentang segala fitnah dan kezaliman yang dilakukan oleh UMNOBN terhadap suami dan parti pimpinan beliau menjadikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai ikon wanita waja berhati kental dan istiqamah.

JINGGA 13 Malaysia sekali lagi menyeru dan merayu kepada seluruh pengundi Kajang agar memberikan undi kepada calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah pada 23 Mac 2014.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Kootdinator
JINGGA 13 Malaysia