SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Thursday, 27 March 2014

JINGGA 13 KECAM HUKUMAN MATI KE ATAS 529 PENYOKONG MORSI

Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

27 Mac 2014

JINGGA 13 KECAM HUKUMAN MATI KE ATAS 529 PENYOKONG MORSI

Jingga 13  Malaysia mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Mesir hari ini ke atas 529 orang penyokong Presiden Mesir yang dipilih secara sah menerusi pilihanraya,Dr.Mohamad Morsi Al - Ayyat.

Sesungguhnya hukuman ini merupakan pelanggaran hak – hak asasi manusia dan sistem demokrasi,yang mana El-sisi telah ,merampas kuasa dengan menggunakan tentera lalu melakukan kezaliman keatas penyokong Morsi yang membantah rampasan kuasa yang membelakangkan sistem demokrasi.

Hukuman ini jelas merupakan rentetan daripada langkah kuku besi yang didalangi oleh regim Adly Mansour dan El-Sisi untuk mengukuhkan cengkaman kuasa mereka. Cengkaman itu meliputi memberikan kuasa yang lebih besar ke atas Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) yang bertindak mengekang kebebasan serta hak rakyat Mesir untuk bersuara!

Setelah sekian kalinya rakyat mesir khususnya penyokong Ikhwanul Muslimin turun ke jalanraya tanpa senjata membantah secara aman tindakan kudeta El-sisi yang yang secara jelas memperkosa nilai – nilai demokratik ,setelah banyak nyawa terkorban akibat dari tindakan ganas aparat – aparat regim pemerintah.

Jingga 13 Malaysia melihat hukuman mati yang dikenakan itu merupakan campur tangan regim pemerintah untuk mengugut warga Mesir menjelang pilihanraya Presiden Mesir tidak lama lagi. Selasa 25 Mac 2013, seramai 700 lagi saki baki daripada kira-kira 1200 para penyokong Morsi pula yang akan dibicarakan atas dakwaan mencetuskan huru hara serta mengancam ketenteraman awam.

Jingga 13 Malaysia menegaskan bahawa kemelut politik Mesir ini adalah polemik sejagat yang bakal menjejaskan kestabilan politik dunia. Kebangkitan rakyat Mesir merupakan simbol kebangkitan demokrasi berinspirasikan rakyat yang tertindas. sejak sekian lama. Sikap membisu serta menutup mata masyarakat antarabangsa merupakan pengkhianatan terhadap demokrasi itu sendiri!

Justeru Jingga 13 Malaysia menggesa rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa untuk menyuarakan dengan protes mereka dengan lantang terhadap kezaliman ini. Demi ke arah memartabatkan Kebebasan demokratik,hak Asasi,agama Islam dan Keadilan sejagat.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

AMIZUDIN AHMAT
Timbalan Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia