Monday 20 January 2014

Selamatkan Petani dan Pesawah Miskin! Petani Dan Pesawah Bantah Menteri Pertanian dan Asas Tani

Kenyataan bersama BelaTani dan Badan Bertindak Pesawah Malaysia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Pihak Kami (BelaTani dan Badan Bertindak Pesawah Malaysia) telah meneliti pengumuman yang dilakukan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri AsasTani Malaysia yang diadakan pada 16 Januari 2014 selepas melancar Jihad Memerangi Orang Tengah Dalam SubSektor Padi dan Beras di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Puteri Saadong, Binjai, Kelantan.

Antara perkara yang telah diteliti dan ingin diketengahkan semula oleh kami selepas pengumuman oleh Menteri adalah seperti berikut:-

1. Kenyataan Menteri: 
"Menyeragamkan harga pembelian padi di Semenanjung kepada RM1,200 setan metrik "
Tuntutan BelaTani dan BBPM :  
a. Menolak tindakan kerajaan menyelaraskan dan menetapkan harga RM1.20/kg tanpa boleh lagi diapungkan berdasarkan penawaran seperti sebelum ini.
b. Menuntut  sekurang-kurangnya meningkatkan harga lantai kepada RM1.35/kg dan harga selebihnya terus diapungkan untuk memberi keuntungan lebih kepada petani yang mungkin dapat mencapai sehingga RM1.50/kg jika kualiti padi yang dikeluarkan semakin bermutu dengan ini akan menggalakkan pemain industri padi dari gilongan anak muda menceburkan diri. 

2. Kenyataan Menteri:
"berkuat kuasa musim penuaian akan datang" (harga padi)
Tuntutan BelaTani dan BBPM :  
Menuntut agar dilaksanakan kenaikan RM1.50/kg harga lantai padi pada musim penuaian ini dan bukan musim penuaian  akan datang, kerana kebanyakkan kenaikan lain yang melibatkan beberapa kerat konglomerat diumum hari ini, 12.01 tengah malam sudah dinaikkan, tetapi mengapa tidak kepada para petani yang miskin ini.

3. Kenyataan Menteri:
"bagi menghapuskan peranan 'orang tengah', kesemua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) digerakkan bagi membeli padi terus daripada pesawah dan membawanya ke kilang memproses padi"
Tuntutan  BelaTani dan BBPM :  
Kami melihat kaedah ini tidak akan memberi apa-apa jaminan petani akan memperolehi apa keuntungan lebih dari segi jangka panjang, bahkan akan lebih menyukarkan. Ianya kelihatan baik dari segi teori dan akan gagal dari segi pratiknya, yang memang sudah sejak sekian lama telah dibuktikan gagalkan sebelum ini di atas kerenah birokrasi. Selain itu kemudahan-kemudahan asas baru terpaksa dibuat oleh yang berkenaan. 

4. Kenyataan Menteri
Penentuan mutu sebenar padi di pusat pembelian padi yang dikendalikan oleh PPK, Kada dan Mada itu akan melibatkan PPK, Petani dan Padiberas Nasional Berhad (Bernas), dan pemutuan sebenar padi turut diwajibkan di kilang padi swasta.
Tuntutan  BelaTani dan BBPM : 
Menuntut agar pemutuan padi diletakkan tahap siling iaitu 18% (bermaksud pemotongan tidak boleh melebihi 18%, tetapi kurang tidak mengapa). Selama ini kilang swasta telah sanggup memotong di bawah 18%, tetapi malangnya dihalang oleh kawal selia kerana jika potongan kurang menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan lebih banyak subsidi berdasarkan berat padi kepada para petani yang mengeluarkan padi yang berkualiti.  

5. Kenyataan Menteri
"memantapkan lagi pengagihan jualan beras subsidi ST15 kepada golongan berpendapatan rendah, pengagihan beras itu kepada petani akan dilaksanakan di Pusat Belian Padi, PPK dan kilang beras Bernas mulai 1 April ini.
     
Beras itu juga tidak akan dipasarkan di pasar raya besar sebaliknya hanya dijual di kedai berdekatan golongan sasar seperti Kedai Agro Bazar, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai TUKAR, Kedai Peladang, Kedai Koperasi, Kedai e-kasih, Kedai Felda, kedai runcit di perumahan awam kos rendah dan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) serta kedai runcit di kawasan luar bandar.

Kampit beras ST15 akan dilabelkan dengan "Kegunaan Isi Rumah Warganegara Malaysia Sahaja" dan pembelian dihadkan kepada dua kampit untuk satu keluarga, katanya."
Tuntutan  BelaTani dan BBPM : 
Hidupkan kembali program "Subsidi Beras Untuk Rakyat" (SUBUR) yang dilancarkan pada 1 Disember 2009 dan mati tanpa di ketahui dimana kubur dan batu nisannya. Sedangkan tujuan SUBUR dilaksanakan adalah untuk mengelak ketirisan sebanyak RM27 juta sebulan yang ditelan oleh jerung industri beras seperti yang diberi taklimat kepada Pengerusi dan Urus setia Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) pada 12 Oktober 2009

Oleh kerana kami masih tidak berpuashati terhadap pengumuman yang dibuat Menteri, kami dari  BelaTani dan Badan Bertindak Pesawah Malaysia (BBPM) akan meneruskan kempen tandangan di seluruh Malaysia dengan kaedah bertemu dan menjelaskan hak dan jasa para petani dalam menjaga kepentingan jaminan keselamatan makanan negara terhadap 27 juta rakyat Malaysia, sehingga tawaran yang lebih munasabah tercapai demi kebajikan keluarga petani seluruhnya.

17 Januari 2014

Mohd Subri Said
Pengerusi BelaTani

Hj Mohd Fuad Yaakob
Pengerusi Badan Bertindak Pesawah Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.