SELAMAT DATANG

BLOG RASMI JINGGA 13 MALAYSIA [BLOG DIBINA SEJAK 22 NOVEMBER 2013] http://jingga13malaysia.blogspot.com

Friday, 3 January 2014

NGO, siswa isytihar sokong demo 'Pensel Merah' - Malaysiakini

NGO, siswa isytihar sokong demo 'Pensel Merah'
| 11:26AM Jan 3 2014

Kumpulan NGO dan mahasiswa mengisytiharkan sokongan masing-masing terhadap penganjuran perhimpunan sekumpulan wartawan bagi membantah membantah penggantungan The Heat dan menuntut kebebasan media pada Sabtu ini.

Mereka malah menyeru orang ramai mengambil bahagian dalam perhimpunan yang dijadual diadakan di depan Majlis Peguam di Leboh Pasar Besar Kuala Lumpur pada jam 2 petang.

JINGGA 13 berkata, langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu tidak tidak demokratik dan antikebebasan media, selari dengan Indeks Kebebasan Media yang semakin menunjukkan kemerosotan.

Pemantauan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Perancis menunjukkan kemerosotan dalam ranking Indeks Kebebasan Media dari kedudukan 145 pada 2013, berbanding 123 (daripada 179 negara) pada 2012.


"Kerajaan Umno-BN terus menggunakan undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan media," kata ketua koordinatornya Fariz Musa (kanan) dalam kenyataan semalam.

"Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dijadikan sebagai 'senjata' dan 'bom' untuk mengawal segala tindak tanduk media yang dilihat tidak memenuhi selera pimpinan Umno-BN."

Beliau juga mendakwa, selain KDN , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) juga dijadikan alat oleh kerajaan untuk mengugut pengamal media dan mengawal kebebasan dan hak bersuara.

Dalam protes kumpulan wartawan esok, mereka merancang memakai baju merah dan membawa pensel dengan warna sama untuk dipatahkan sebagai lambang matinya kebebasan media di Malaysia.

GERAMM mengemukakan lapan tuntutan, antaranya membatalkan penggantungan The Heat dan menyiasat semula dengan rapi insiden keganasan polis terhadap wartawan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Isu kepentingan awam

Sementara itu, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) juga menyatakan solidariti dan sokongan penuh mereka kepada GERAMM dan menyeru semua pihak menyokong protes itu.

"KAMI berpandangan, media harus bebas membuat liputan tentang apa sahaja isu khususnya yang melibatkan kepentingan awam dan masyarakat. 

"Ini kerana, segmen kenegaraan harus menjadi aspek yang paling penting dalam sesebuah penerbitan berita oleh pihak media," menurut kenyataan mereka semalam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.