Monday 13 January 2014

Jingga 13 kempen sejuta tandatangan bantah kenaikan harga barang - keadilandaily

Jingga 13 kempen sejuta tandatangan bantah kenaikan harga barang

Jingga_13
Jingga 13 amat prihatin terhadap kesusahan yang ditanggung oleh rakyat akibat daripada kenaikan kos sara hidup yang berpunca daripada kenaikan berantai harga barang yang diumumkan oleh kerajaan di bawah UMNO selepas PRU 13.
Sehubungan itu, Jingga 13 akan mengadakan satu siri jelajah kempen bagi mengumpul 1 juta tanda tangan rakyat yang tidak berpuas hati dengan segala kenaikan ini ke seluruh negara termasuk di Sabah dan juga Sarawak .

Kempen ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat yang tidak bersetuju dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan .
Tanda tangan yang berjaya dikumpulkan nanti akan diserahkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebagai tanda protes rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup .
Siri jelajah ini akan bermula pada 11 Januari 2014 iaitu hari ini di Shah Alam, esok di Banting. Seterusnya Jingga 13 akan jelajah ke seluruh Negara berakhir pada akhir bulan March di Sabah‎
Rakyat juga boleh membuat bantahan secara online di laman sesawang di http://www.change.org/en-GB/petitions/rakyat-malaysia-bantah-barang-naik
Sempena kempen Bantah Kenaikan Barang Naik (BN), Jingga 13 menjual t-shirt khas Bantah Barang Naik (BN) yang boleh dibeli di lokasi jelajah dengan harga RM20 sehelai ataupun dengan secara online pada harga RM30 termasuk kos penghantaran untuk mengisi tabung Jingga 13 di http://jingga13malaysia.blogspot.com
Jingga 13 akan terus mendesak kerajaan di bawah UMNO BN untuk menurunkan segala kenaikan kos sara hidup ini supaya lebih memahami kesusahan yang rakyat alami akibat daripada kenaikan berantai ini dan bukan hanya terus melindungi kroni-kroni sahaja dengan memberi alasan yang tidak munasabah demi menghalalkan segala kenaikan tanpa memikirkan nasib rakyat terbanyak.
Muafakat, Prihatin, Berani
Amizudin Ahmat
Timbalan Koordinator
Jingga 13 Malaysia 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58227