Wednesday 11 December 2013

Misi Prihatin : Team Prihatin Ketua dan Team Timbalan Ketua Koordinator Ke Chukai , Kuantan dan Pekan

Ketua dan Timbalan Koordinator Jingga 13 Malaysia bersama Team Prihatin Jingga 13 Malaysia akan bertolak ke Chukai pada jam 3 pagi ini bagi menjalankan Misi Prihatin ke Chukai , Kuantan dan Pekan . 



Menurut Koordinator Jingga 13 Malaysia Sdr. Fariz Musa , Misi Prihatin ke Chukai , Kuantan dan Pekan membawa barang makanan seperti beras, biskut , gula , milo dan meggi ke Chukai sejumlah 25 set serta alatan membersih rumah . Manakala Misi Prihatin ke Kuantan bagi tujuan mengagihkan 50 kampit beras 5kg dan 100 kampit beras 5kg di Pekan . 

Semua sumbangan tersebut adalah hasil daripada sumbangan orang ramai yang prihatin kepada mangsa-mangsa banjir yang sedang berdepan dengan pelbagai masalah ekoran daripada banjir . 

Turut bersama ialah Sdr. Amizudin Ahmat , Timbalan Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia dan Ahli Sakretariat Jingga 13 Malaysia iaitu Komrad Affendi , Komrad MK , Komrad Mawar , Komrad Hamizah Dija , Komrad Zahar dan Komrad Badong serta Sdri Afy Adriamie Ketua Koordinator Panatia Jinggawanis.

Team Prihatin ini akan bergabung dengan Team Prihatin Jingga 13 Malaysia yang sekarang bertugas di Chukai, Kemaman di bawah pimpinan Setiusaha Jingga 13 Malaysia Komrad DK Vicky sejak 8 Disember 2013 . 

Team Prihatin juga akan bersama Team Prihatin Jingga 13 Pekan bagi menyampaikan sumbangan beras di sekitar Parlimen Pekan .