Tuesday 24 December 2013

JINGGA 13 TERENGGANU SAMPAIKAN SUMBANGAN WARGA PRIHATIN 50 KAMPIT BERAS 5KG UNTUK MANGSA BANJIR DI DUNGUN

Jingga 13 Malaysia telah salurkan sejumlah RM650 untuk 50 kampit beras 5kg kepada Jingga 13 Terengganu bagi menghulurkan bantuan beras kepada mangsa-mangsa banjir di Dungun . 50 kampit beras tersebut ialah hasil sumbangan orang ramai melalui akaun yang telah dibuka bagi tujuan menghantar pasukan Prihatin Jingga 13 ke Chukai, Kuantan dan Pekan serta menghulurkan barang makanan, dan alat tulis kepada mangsa banjir . 

Pada 18 Disember 2013 , Komrad Wan Mohd. Azziadi Koordinator Jingga 13 Terengganu telah menghantar sejumlah 50 kampit beras 5kg di Pusat Operasi Banjir Pas Kawasan Dungun untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Dungun ekoran keperluan beras dan barang makanan kepada 600 orang mangsa banjir di Dungun . 



Insyaallah Jingga 13 Malaysia akan mengagihkan 150 sejadah kepada setiap rumah mangsa banjir pada 28-29 Disember daripada lebihan wang sumbangan warga prihatin yang terus menghulurkan wang mereka bagi membantu mangsa banjir . Agihan sejadah tersebut akan dilakukan di Chukai Kemaman terutama mangsa banjir mengalami bencana banjir yang teruk khususnya di Kg. Bukit Mentok yang melibatkan kerosakan dan kemusnahan harta benda . 

JINGGA 13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada warga prihatin yang telah menghulurkan sumbangan wang mereka demi membantu mangsa banjir yang memerlukan pertolongan. Segala sumbangan warga prihatin telah digunakan penuh amanah dan telah berjaya menghantar Team Prihatin membantu mangsa-mangsa banjir di Chukai,Kuantan dan Pekan serta membeli barang makanan , beras dan alat tulis untuk diagihkan kepada mangsa-manGsa banjir . Jazakallah .