Tuesday 24 December 2013

Bantahan kenaikan harga barangan ke jalan raya - Keadilandaily

Bantahan kenaikan harga barangan ke jalan raya

(Basyar Abkadir)
BANTAH
KUALA LUMPUR 23 DIS: Kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga barangan disuarakan melalui flashmob di hadapan pusat membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam.

Peserta himpunan diketuai NGO Jingga 13 memakai baju serba hitam dan mengedarkan poster bantahan kenaikan harga barang kepada orang ramai di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India.
Pelbagai gaya ditunjukkan peserta, termasuk berbaring di atas jalan simbolik kehidupan rakyat miskin yang merempat di tepi jalan kerana tekanan kos sara hidup.
Ada juga peserta yang berjalan melutut bagi menunjukkan rakyat seolah-olah telah lumpuh akibat pemerintahan kerajaan minoriti Umno-BN.
BANTAH
Pemandu kereta dan motor tidak ketinggalan membunyikan hon tanda sokongan bersama membantah kenaikan keperluan harian.

Flash Mob tersebut berlangsung hampir dalam tempoh satu setengah jam, dan para peserta bersurai kira-kira jam 5.30 petang.
Penyelaras Jingga 13 Fariz Musa berkata, selain membantah kenaikan harga barang, flash mob juga diadakan bagi membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung akhbar mingguan The Heat.
“Ini pencabulan hak kepada media. Kita minta KDN tarik balik penggantungan The Heat.
“Kalau dia boleh buat pada media The Heat, pasti dia juga boleh buat kepada media-media yang lain,” kata Fariz.
Flash mob berlangsung hampir dua jam dan para peserta bersurai kira-kira jam 5.30 petang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57576