Wednesday 20 April 2022

Program Bubur Lambuk dan Agihan Sumbangan pada asnaf oleh Jingga 13 Pahang

Bertarikh 15hb dan 16hb April 2022 yang lepas JINGGA 13 PAHANG telah mengadakan 4 program serentak iaitu memasak, mengedar bubur lambuk dan ziarah prihatin asnaf serta mengedarkan pek bakul makanan kepada asnaf yg telah di kenalpasti.

Program di mulakan dgn acara memasak 2 kawah bubur lambuk di Kampung Kurnia, Kuantan dan berhasil mendapat sebanyak 550 bekas untuk diagih-agihkan di kawasan Kampung Selamat dan Tanjung Api. Sebanyak 120 bekas bubur disedekahkan di 2 masjid di kampung tersebut.





Dalam pada masa yg sama program ziarah prihatin turut di adakan sebanyak 30 pek makanan di agihkan di 3 kawasan iaitu Tanah Putih Baru,Perkampungan Sungai Isap Perdana dan Tanjung Api.







Jingga 13 Pahang merasa amat berbesar hati dan ucapan terima kasih kepada Yb Sim Choon Siang(ADUN Teruntum) kerana dpt luangkan masa beliau utk bersama2 kami mengagihkan bubur lambuk di persimpangan lampu isyarat Pantai Selamat.

#MuafakatPrihatinBerani

Tuesday 19 April 2022

Salam Nuzul Al Quran 2022 (1443H)



Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s.


Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w  ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.


Seterusnya al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w beransur-ansur melalui perantaraan Malaikat Jibril Alaihissalam selama 23 tahun, iaitu 13 tahun diturunkan di Mekah dan 10 tahun di Madinah. 

Ayat yang mula-mula sekali diturunkan adalah lima ayat daripada Surah Al-Alaq.


Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Nuzul al-Quran merupakan peristiwa penting yang memperlihatkan keagungan dan mukjizat baginda Rasulullah s.a.w.


Memperingati peristiwa Nuzul al-Quran bukanlah sekadar mengetahui sejarah dan tarikh penurunannya. Bahkan, apa yang lebih penting adalah menginsafi matlamat ia diturunkan dan melaksanakannya.


Al-Quran merupakan  satu-satunya kita yang kekal terpelihara sehingga kini. Allah tidak menjadikan sebarang jaminan kepada kitab Taurat dan Injil, lalu ia diubahsuai oleh manusia. Tetapi Allah telah menjamin al-Quran ini terpelihara hingga hari kiamat. 


Pun begitu, al-Quran bukan hanya untuk disimpan sebagai perhiasan dinding atau dalam almari serta bukan juga sebagai selingan ketika sunyi atau menghadapi gangguan makhluk halus. 


Sebaliknya, al-Quran adalah panduan harian kita, yang membimbing kita dalam menghadapi masalah dan cabaran kehidupan kita. Bahkan sebagai panduan hidup bermasyarakat dan bernegara. Barulah kita benar-benar menghargai al-Quran dan memahami tujuan ia diturunkan oleh Allah SWT.


Semoga pada tahun ini kita terus menghayati peristiwa yang bersejarah ini.


Salam Nuzul al-Quran.


MUAFAKAT PRIHATIN BERANI.


#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia



Monday 18 April 2022

PROGRAM BERBUKA PUASA / IFTAR RAMADHAN JINGGA 13 MALAYSIA

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.


Pada hari ini bertarikh 16 April bersamaan 14 Ramadan 1443H, telah diadakan PROGRAM BERBUKA PUASA / IFTAR RAMADHAN oleh NGO JINGGA13 MALAYSIA sesama komrad di Restoran Maharani, Kota Damansara.



Turut dihadiri ahli keluarga pengasas koordinator JINGGA13 , Al-Marhum Cikgu Fariz Musa. Selain itu, beberapa tokoh reformis dan PKR hadir sama dalam majlis ini antara nya YB SHAHKIRI ( KOTA DAMANSARA), YB SHAMSUL ( ADUN TAMAN MEDAN), TUAN HAJI MUSTHAPA KAMIL AYUB ( Pengerusi GRM MALAYSIA).




Di akhir majlis, acara penyampaian sijil penghargaan disampaikan oleh  KAPTEN TUAN  ZULKEFLY OTHMAN  (SETIAUSAHA GRM MALAYSIA) dan Saudara Mikhael Iskandar, Ketua Koordinator JINGGA13

Sdri LINY KOORDINATOR JINGGAWANIS.

Sdr AJAI S/U JINGGA13 Malaysia.




















#Jingga13

#MuafakatPrihatinBerani