Thursday 17 March 2022

JINGGA13 KOTA TINGGI MENZIARAHI KELUARGA ARWAH ZULKIFLI ABD RAHMAN DAN MENGHULURKAN SUMBANGAN


Jingga13 Kota Tinggi yang di ketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol telah menziarahi keluarga Almarhum Zulkifli Abd Rahman dan menyampaikan sumbangan Jingga13 kepada Isteri beliau.











Sumbangan tersebut adalah daripada sumbangan komrad2 Jingga13 Kota Tinggi yang prihatin dan sudi menghulurkan sumbangan. 



Turut hadir sama adalah Sdr Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Johor, Sdr Fakharuddin Moslim mantan calon Dun Pasir Raja, Sdri Allyz Bendahari Jingga13 Kota Tinggi, Sdri Kamisah, Sdr Shaddiq dan Sdr Hakim.



Salam takziah dan salam kedukaan kami iringi buat keluarga arwah atas pemergian beliau. Bersabarlah atas ujian ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau. Doa dari kami semoga arwah ditempatkan di Syurga bersama para Mukminin dan diredhai Allah.


Kepada para penyumbang diucapkan ribuan terimakasih atas keprihatinan kalian semua. Semoga Allah jua yang akan membalasnya.


Alfatehah 🤲

Tuesday 15 March 2022

TELAH KEMBALI KOMRAD JINGGA13 KOTA TINGGI SDR ZULKIFLI ABD RAHMAN KERAHMATULLAH.


Perkhabaran duka dan sadis komrad Jingga13 Kota Tinggi Sdr Zulkifli Abd Rahman telah kembali kepada Sang Pencipta awal malam tadi.



Beliau meninggal dunia secara tiba-tiba semasa berada di dalam kereta. Beliau pergi ke Maybank Bandar Tenggara bersama anak beliau. Anak beliau hanya masuk ke Mesin ATM untuk urusannya. Sekembalinya ke kereta, Anak beliau dapati ayah beliau sudah tidak sedarkan diri. Dan arwah disahkan telah meninggal dunia.



Arwah sangat aktif bersama Jingga13 Kota Tinggi dan kerap menghulurkan sumbangan kepada Jingga13 Kota Tinggi. 



Seluruh komrad Jingga13 turut merasa sedih atas kehilangan beliau dan sentiasa mendoakan semoga beliau agar diampunkan segala dosa, diterima amal kebaikkan beliau, diluaskan kubur untuk beliau serta dijadikan kuburnya sebagai sebahagian Taman Syurga.




Salam Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat handai khususnya komrad-komrad Jingga13 Kota Tinggi atas kehilangan beliau. Semoga kita semua tabah dan sentiasa mendoakan untu arwah. Tenanglah dikau disana dan dimasukkan ke dalam Syurga Firdausi.



Alfatehah 🤲