Saturday 15 January 2022

Jingga13 Simpang Renggam menjejaki dan membantu asnaf yang ditinggalkan.

Atas maklumat dari aktivis dan masyarakat setempat Jingga13 Simpang Renggam yang diwakili Koordinator Sukri Bin Zakaria telah ke lokasi rumah En Kandan A/L Raman yang tinggal berseorangan di situ hampir 50 tahun di jalan utama Sungai Sayong, Jalan Renggam, Kluang Johor.







Apa yang dimaklumkan oleh En Kandan sendiri beliau sudah 2 hari tidak makan kerana tiada bahan untuk di masak, keadaan beliau yang sudah berumur lebih 80 tahun serta ada masalah kesihatan menyukarkan beliau untuk berkerja bagi  menampung keperluan makanan dan sebagainya.





Jingga13 Simpang Renggam telah memberi sumbangan barangan keperluan asas bagi En Kandan untuk bertahan dalam seminggu dan bantuan lain akan menyusul kemudian.


Kami akan cuba menghubungi pihak Kebajikan Masyarakat untuk bincangkan apa bantuan yang layak dan sesuai untuk En Kandan, difahamkan anak dan isteri tidak bersama beliau lagi.


Kami juga cuba membantu untuk menyemak dan mendaftar untuk mendapatkan bantuan dari bantuan kerajaan secara online,tetapi ada sedikit kesukaran kerana En Kandan tiada kad pengenalan (hilang dan sudah buat report di balai polis yang berdekatan), tiada nombor telefon untuk dihubungi dan tiada nombor akaun bank, Hal ini kami akan bincangkan dengan biro kebajikan (JPKK) bagi penyelesaian.


Semoga En Kandan tambah menghadapi dugaan ini.


MUAFAKAT PRIHATIN BERANI.


#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

#muafakatprihatinberani

Ziarah Kasih Jingga13 Jasin


Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Jasin telah mengadakan program "Ziarah Kasih" kepada 12 jemaah umrah  yang dikenakan kuarantin di rumah akibat jangkitan Covid-19 baru-baru ini.








Program ziarah diadakan di Kampung Chincin, Kampung Sempang Kerayong dan Sempang Bekoh. Antara yang hadir bersama menjayakan agihan "Bakul Makanan" ialah saudara Prasanth Kumar Brakasam  (Ketua Amk Cabang Jasin),Saudara Shah Kesuma Jaya  (Ketua Koordinator Jingga13 Negeri Melaka),Saudara Ammar Ghadafi  (Ketua Koordinator Jingga 13 kawasan Jasin) Tuan Latip Ahmad dan Komrad Busu Lee (Jingga13 Jasin). 






Terima Kasih kami ucapkan kepada YB Prof Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu) yang berbesar hati memberikan sumbangan untuk menjayakan program ini. Harapan kami agar semua penerima sumbangan bebas Dan selamat Dari Ancaman Covid-19.

#MuafakatPrihatinBerani

Friday 14 January 2022

Selamat Menyambut Hari Ponggal kepada Masyarakat India/Hindu di Malaysia.

 

Ponggal merupakan Perayaan/Pesta Menuai yang disambut selama empat hari pada bulan Thai di dalam kalendar Tamil. Thaiponggal merangkumi Surya(Mentari) Ponggal, Mattu(Lembu) Ponggal dan Kanni(Anak Dara) Ponggal. dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Matahari(cuaca), Bumi(tanah) dan ternakan ladang yang membantu pengghasilan pertanian yang lumayan melimpah!

Kepada semua masyarakat India/Hindu saya berharap semoga tahun ini membawa rezeki yang diberkati seperti ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" தை பிறந்தால் வழி பிறக்கும் bererti "Kelahiran Thai membuka Jalan/Peluang Baru".


Saya berharap semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar  belakang agama/kaum mengambil peluang ini untuk memahami dan mendekati kepelbagaian kita sebagai rakyat Malaysia.



தைத்திருநாளில் வளமுடன் வாழ, அன்பு பொங்க உங்கள் அனைவருக்கும் இனிய பொங்கல் நல்வாழ்த்துக்கள்!



Wishing you a prosperous and joyful Ponggal Festival.


Hope this special day marking the start of a Bountiful Harvest Season, be happy and successful for you in every way and brings with it prosperity, good luck and moments to cherish. 


Happy Ponggal.

Shah Kesuma Jaya 

Ketua Ko-ordinator

Jingga13 Negeri Melaka.

Tuesday 11 January 2022

Jingga13Johor bersama YB Hassan Karim melawat ZALEHA HAMID Penyanyi era 80 an

 

ZALEHA HAMID Penyanyi Dangdut era 80an dan pernah popular dikalangan penggemar irama Dangdut kini sedang diuji dengan penyakit stroke. Beliau yang kini terlantar telah dijaga oleh suami dan anaknya.






Kami dari Jingga13Johor bersama YB Hassan Karim MP Pasir Gudang hadir menziarahi beliau sambil menghulurkan sumbangan berbentuk barangan dan sumbangan tunai. Kami disambut oleh beliau dengan tangisan dan rasa duka. Betapa pilunya hati ini bila ada peminat beliau yang datang ziarah. 







Inilah dunia, kita dijulang semasa kita diatas, namun semasa kita tak punya apa-apa, hanya keluargalah kekal bersama kita.


Buat sahabat2 semua, sudilah kiranya mendoakan kesembuhan dan kurniaan terbaik buat Puan Zaleha Hamid.

Zabidie Abas

Koordinator

Jingga 13 Johor

#MuafakatPrihatinBerani


Sunday 9 January 2022

JINGGA 13 SABAH TERUS KOMITED MENGANGKAT ISU KESIHATAN DAN KEBAJIKAN SEBAGAI MATLAMAT UTAMA.

 


Tahun 2022 bukan sahaja memperlihatkan kita dengan keadaan pendemik yang sudah menjalar didalam komuniti masyarakat malah banyak pihak yang terlepas pandang mengenai hak kesihatan yang patut diberikan  kepada setiap insan, mungkin tumpuan diberikan kepada masalah pendemik ini tetapi ramai yang lupa bahawa banyak lagi insan diluar sana yang masih tidak mendapat akses kepada kepada kesihatan ini sendiri.














Dengan itu, Jingga 13 Sabah , bersama Belia Bawah Bayu, Undi Sabah , Sekolah ALTENATIF , AhLim Cincau Cafe , BORNEO KOMRAD dan mahasiswaUMS telah bersama berganding bahu dalam menjayakan program kesedaran kesihatan kepada penduduk Teluk Layang.

Pada program 8 Januari tersebut, Sukarelawan kesihatan ini telah melakukan pemeriksaan asas kesihatan kepada hampir 40-50 orang penduduk Kg. teluk layang yang serba kekurangan daripada akses kesihatan.











Kami melihat bahawa isu kesihatan ini haruslah dipandang serius kerana tanpa kesihatan yang baik susahlah seseorang insan itu untuk meneruskan kehidupan dengan selesa.


Kami berharap agar program ini membuka mata ramai pihak mengenai isu ini dan berharap agar program ini diteruskan.


Muafakat Prihatin Berani

Mohd Syahrul Shaffiq Bin Mohd Hanip

KOORDINATOR JINGGAWAN JINGGA 13 SABAH

*SUMBANGAN IKHLAS MANGSA BANJIR DI PAHANG.*

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.


Kami Jingga13 Malaysia ingin memohon sumbangan ikhlas bagi membantu mangsa banjir di Pahang yang telah melanda Negeri itu sejak bulan lepas.


Kami mendapat maklumat masih ada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan keperluan bantuan rumah seperti :-


- Toto

- Selimut

- Tuala

- Bantal

- Ubat Gigi

- Berus gigi

- Shampoo

- Sabun badan

- Ubat Nyamuk

- Pampers Dewasa

- Al-Quran

- Sejadah

 

Kami menerima sumbangan berbentuk barangan atau sumbangan ikhlas boleh di salurkan ke acc :- 


1644 9027 1233

Maybank

Zainudin Awang Omar

(Bendahari Agung Jingga13 Malaysia)


Jazakallah Khairan Khatirah


Liny Obliza

Koordinator Jinggawanis, Jingga13 Malaysia.





C.C 

Mikhael Ishkaandar

Pemangku Koordinator Jingga13 Malaysia


C.C 

Afzainizam Rahman

Setiausaha Agung Jingga13 Malaysia