Tuesday 15 March 2022

TELAH KEMBALI KOMRAD JINGGA13 KOTA TINGGI SDR ZULKIFLI ABD RAHMAN KERAHMATULLAH.


Perkhabaran duka dan sadis komrad Jingga13 Kota Tinggi Sdr Zulkifli Abd Rahman telah kembali kepada Sang Pencipta awal malam tadi.



Beliau meninggal dunia secara tiba-tiba semasa berada di dalam kereta. Beliau pergi ke Maybank Bandar Tenggara bersama anak beliau. Anak beliau hanya masuk ke Mesin ATM untuk urusannya. Sekembalinya ke kereta, Anak beliau dapati ayah beliau sudah tidak sedarkan diri. Dan arwah disahkan telah meninggal dunia.



Arwah sangat aktif bersama Jingga13 Kota Tinggi dan kerap menghulurkan sumbangan kepada Jingga13 Kota Tinggi. 



Seluruh komrad Jingga13 turut merasa sedih atas kehilangan beliau dan sentiasa mendoakan semoga beliau agar diampunkan segala dosa, diterima amal kebaikkan beliau, diluaskan kubur untuk beliau serta dijadikan kuburnya sebagai sebahagian Taman Syurga.




Salam Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat handai khususnya komrad-komrad Jingga13 Kota Tinggi atas kehilangan beliau. Semoga kita semua tabah dan sentiasa mendoakan untu arwah. Tenanglah dikau disana dan dimasukkan ke dalam Syurga Firdausi.



Alfatehah 🤲