Tuesday 25 January 2022

JINGGA13 MALAYSIA MENERUSKAN MISI PRIHATIN BANJIR DI PAHANG




22 Januari 2021 - Jingga13 Malaysia hari ini telah mengagihkan sumbangan seperti Toto, Bantal, Shower Gel, Ubat Gigi, Berus Gigi, Beras, Biskut, Mehoon, Al-Quran, Sejadah dll  kepada mangsa banjir di perumahan Bukit Rangin 2, Gading Jaya dan Bera.








Jingga13 Malaysia ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Yayasan Aman diatas sumbangan Al-Quran, pengankutan, sumbangan kepada keluarga Allahyarham Cikgu Fariz Musa juga terima kasih tak terhingga kepada YB Fuziah Salleh kerana menyediakan sarapan pagi dan tengahari, kepada YB Azan Ismail yang menyambut baik kedatangan Jingga13 Malaysia di Terengganu dengan menyediakan makan malam kepada komrad-komrad Jingga13 Malaysia dan Saudara Nizam Toha wakil YB Dr. Siti Mariah diatas sumbangan Test Kit COVID-19.










Juga kepada penyumbang yang lain MySurf, Abdul Rahman Bin Abdullah dari FS Faridah Enterprise, Encik Santhakumar dari Persatuan Sai Shine Malaysia, Encik Muhammad dari MAD Touch Builders, Komrad-Komrad dan penyumbang persendirian.


Tidak dilupa ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jingga13 Malaysia Komrad Mikhael, Pemangku Koordinator Jingga13 Malaysia, Komrad Ajai, Setiausaha Agung Jingga13 Malaysia, Komrad Zainudin, Bendahari Agung Jingga13 Malaysia, Komrad Liny, Koordinator Jinggawanis Jingga13 Malaysia, Komrad Joe, Komrad Black, Komrad Maz, Komrad Yat, Komrad Rahman.













Dan yang akhir terima kasih dan tahniah kepada Jingga13 Pahang, Khususnya Komrad Shahril, Koordinator Jingga13 Pahang, Komrad Bala selaku Koordinator Bera, My Care Pahang, Keadilan Cabang Paya Besar, Kak Lela dan Abang Lie sekeluarga atas hidang makanan tengahari, Kak Zariah wakil di Jaya Gading dan semua sukarelawan.

Semoga Allah SWT juga yang dapat membalas kebaikan dan semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga Mangsa.


J
azakallah Khairan Khatirah

Liny Obliza

Koordinator Jinggawanis