Monday 24 January 2022

JINGGA 13 SABAH MELANTIK KOORDINATOR ANAK MUDA (jinggawan) DAN TIMBALAN KOORDINATOR JINGGAWAN SABAH BAGI SESI 2022/2023.


Jingga 13 Sabah mengangkat ideologi dan fahaman bahawa anak muda adalah pelapis bagi memimpin Negara ini pada masa hadapan seiring dengan pelaksanaan kerajaan ketika ini dimana undi 18 sudahpun diguna pakai memberikan lagi peluang dan harapan untuk anak mudah menyerlahkan diri dalam melakukan pilihan bagi membina sebuah negara yang baik .


justeru itu, Jingga 13 Sabah melihat bahawa Saudara Shaffiq dan Brain adalah Calon yang terbaik untuk diangkat bagi memimpin serta menerajui Perjuangan Jingga 13 Malaysia bagi negeri Sabah. 

Diharap dengan adanya lantikan ini suara anak muda khususnya bagi negeri Sabah akan terus diangkat serta dibawa bagi meneruskan legasi Kepimpinan yang ada di dalam Jingga 13.

Dengan ini Jingga 13 Sabah mengucapkan tahniah serta selamat menjalankan tugas kepada Saudara Syaffiq dan Brain.

#Jingga13Sabah

#MuafakatPrihatinBerani


Edzha Zaini

KOORDINATOR JINGGA 13 SABAH.

TIMBALAN JINGGAWAN JINGGA 13 MALAYSIA.


Muafakat • Prihatin • Berani