Friday 30 December 2022

DONATE

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Jingga13 adalah NGO berdaftar dengan Rakan NADMA. Bagi meneruskan serta memenuhi permohonan daripada Saudara kita di Pantai Timur dan Sabah. 


Kami melancarkan derma kilat  untuk bantuan Pasca Banjir/Bencana:


HUBUNGI BENDAHARI AGUNG - 0199833885 ATAU MASUK KE AKAUN BANK ISLAM 14041010093156 DI ATAS NAMA PERTUBUHAN KEBAJIKAN JINGGA13 MALAYSIA


Kami turut merekrut sukarelawan yang sudi bergerak bersama turun berganding bahu.


Semoga atas sumbangan dan perkongsian Saudara Saudari dibalas Allah dengan sebaik-baik balasan. Amat kami hargai.


Muafakat-Prihatin-Berani

Afzainizam Rahman

Setiausaha Agung

+60182756187

Saturday 3 December 2022

Misi Bantuan Banjir Jingga 13 Malaysia





Alhamdulillah, hari ini selesai sudah program penyerahan peralatan bantuan untuk misi menyelamat mangsa banjir bagi kawasan Kuantan, Pahang.

Bantuan merupakan sebuah bot berserta enjin dan juga 10 helai life jacket dan lain lain peralatan. Semua peralatan ini telah diserahkan kepada Komrad Syahril ,Koordinator Pahang  sebagai amanah daripada Pengurusi Yayasan Aman, Dato' Seri Dr Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail sambil disaksikan oleh YB Tuan Sim Chon Siang yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi DUN Teruntum serta sebahagian Team Jingga 13 Malaysia.

Jingga13 Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung budi kepada Yayasan Aman yang turut prihatin terhadap nasib mangsa banjir. 

Thursday 24 November 2022

#PM10


 Syukur Alhamdulillah. 
Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia dan ribuan terima kasih kepada semua komrad yang bertungkus Lumus mengerakkan Islah Reformasi. 

Inn Sha Allah berita baik ini akan terpahat menjadi sejarah negara. 

Al Fatihah kepada semua pejuang pejuang REFORMASI yang telah meninggalkan kita. 

Takbiirr...

Wednesday 15 June 2022

ZIARAH KASIH SAUDARA KAMALUDDIN MD SIMPOL DI FELDA BUKIT BESAR, KULAI, JOHOR


15/6/2022 : Team Jingga 13 Negeri Johor yang diketuai oleh Cip Zabidie Abas selaku koordinator Jingga 13 Negeri Johor beserta jawatankuasa dan komrad Jingga 13 Negeri Johor hari ini ke Felda Bukit Besar, Kulai, Johor bagi menziarahi sahabat kami iaitu saudara Kamaluddin Md Simpol yang telah menerima serangan jantung pada bulan Mei yang lalu. 







Sedikit sumbangan berupa wang tunai telah disampaikan oleh Saudara Murad Jailani, Timbalan Koordinator Jingga 13 Negeri Johor yang merupakan sumbangan dari rakan-rakan komrad Jingga 13 telah disampaikan kepada Saudara Kamal. 

Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Kamal dalam pelbagai urusan perubatannya dan kami dari seluruh Jingga 13 Negeri Johor mendoakan semoga saudara Kamal diberi kesembuhan dan kesejahteraan serta kesihatan dan dipermudahkan segala urusannya. Amin. 


#Jingga13NegeriJohor

#MuafakatPrihatindanBerani

#ZiarahKasihJingga13

Tuesday 26 April 2022

Sumbangan dari Dato' Seri Dr Wan Azizah untuk Koordinator Jingga13 Melaka yang terkena serangan jantung.

26 April 2022

Alhamdulillah, wakil Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada  Yayasan Aman Sdr Mikhael Ishkhandaar menyampaikan bantuan kewangan bagi meringankan beban beliau kepada kakak Sdr Shah Kesuma jaya. 


Saudara Shah Kesuma Jaya abang kepada arwah pejuang reformis Jayathas. 


Kini Shah Kesuma Jaya berada di hospital besar Melaka. Beliau terkena serangan jantung dan dialisis. Beliau masih berada di wad ICU. Sekiranya sudi menghulurkan bantuan sila lah hubungi beliau sendiri di talian 

+60129727392 


Nama Islam : Shah Kesuma Jaya Bin Sirkunavelu. Ic belum tukar lagi.


Nama Resmi: Jeyamuralee a/l Sirkunalvellu 


Nama Bank: Bank Simpanan Nasioal


No Acct : 1012 6410 0003 9677


Wednesday 20 April 2022

Program Bubur Lambuk dan Agihan Sumbangan pada asnaf oleh Jingga 13 Pahang

Bertarikh 15hb dan 16hb April 2022 yang lepas JINGGA 13 PAHANG telah mengadakan 4 program serentak iaitu memasak, mengedar bubur lambuk dan ziarah prihatin asnaf serta mengedarkan pek bakul makanan kepada asnaf yg telah di kenalpasti.

Program di mulakan dgn acara memasak 2 kawah bubur lambuk di Kampung Kurnia, Kuantan dan berhasil mendapat sebanyak 550 bekas untuk diagih-agihkan di kawasan Kampung Selamat dan Tanjung Api. Sebanyak 120 bekas bubur disedekahkan di 2 masjid di kampung tersebut.





Dalam pada masa yg sama program ziarah prihatin turut di adakan sebanyak 30 pek makanan di agihkan di 3 kawasan iaitu Tanah Putih Baru,Perkampungan Sungai Isap Perdana dan Tanjung Api.







Jingga 13 Pahang merasa amat berbesar hati dan ucapan terima kasih kepada Yb Sim Choon Siang(ADUN Teruntum) kerana dpt luangkan masa beliau utk bersama2 kami mengagihkan bubur lambuk di persimpangan lampu isyarat Pantai Selamat.

#MuafakatPrihatinBerani

Tuesday 19 April 2022

Salam Nuzul Al Quran 2022 (1443H)



Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s.


Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w  ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.


Seterusnya al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w beransur-ansur melalui perantaraan Malaikat Jibril Alaihissalam selama 23 tahun, iaitu 13 tahun diturunkan di Mekah dan 10 tahun di Madinah. 

Ayat yang mula-mula sekali diturunkan adalah lima ayat daripada Surah Al-Alaq.


Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Nuzul al-Quran merupakan peristiwa penting yang memperlihatkan keagungan dan mukjizat baginda Rasulullah s.a.w.


Memperingati peristiwa Nuzul al-Quran bukanlah sekadar mengetahui sejarah dan tarikh penurunannya. Bahkan, apa yang lebih penting adalah menginsafi matlamat ia diturunkan dan melaksanakannya.


Al-Quran merupakan  satu-satunya kita yang kekal terpelihara sehingga kini. Allah tidak menjadikan sebarang jaminan kepada kitab Taurat dan Injil, lalu ia diubahsuai oleh manusia. Tetapi Allah telah menjamin al-Quran ini terpelihara hingga hari kiamat. 


Pun begitu, al-Quran bukan hanya untuk disimpan sebagai perhiasan dinding atau dalam almari serta bukan juga sebagai selingan ketika sunyi atau menghadapi gangguan makhluk halus. 


Sebaliknya, al-Quran adalah panduan harian kita, yang membimbing kita dalam menghadapi masalah dan cabaran kehidupan kita. Bahkan sebagai panduan hidup bermasyarakat dan bernegara. Barulah kita benar-benar menghargai al-Quran dan memahami tujuan ia diturunkan oleh Allah SWT.


Semoga pada tahun ini kita terus menghayati peristiwa yang bersejarah ini.


Salam Nuzul al-Quran.


MUAFAKAT PRIHATIN BERANI.


#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia



Monday 18 April 2022

PROGRAM BERBUKA PUASA / IFTAR RAMADHAN JINGGA 13 MALAYSIA

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.


Pada hari ini bertarikh 16 April bersamaan 14 Ramadan 1443H, telah diadakan PROGRAM BERBUKA PUASA / IFTAR RAMADHAN oleh NGO JINGGA13 MALAYSIA sesama komrad di Restoran Maharani, Kota Damansara.



Turut dihadiri ahli keluarga pengasas koordinator JINGGA13 , Al-Marhum Cikgu Fariz Musa. Selain itu, beberapa tokoh reformis dan PKR hadir sama dalam majlis ini antara nya YB SHAHKIRI ( KOTA DAMANSARA), YB SHAMSUL ( ADUN TAMAN MEDAN), TUAN HAJI MUSTHAPA KAMIL AYUB ( Pengerusi GRM MALAYSIA).




Di akhir majlis, acara penyampaian sijil penghargaan disampaikan oleh  KAPTEN TUAN  ZULKEFLY OTHMAN  (SETIAUSAHA GRM MALAYSIA) dan Saudara Mikhael Iskandar, Ketua Koordinator JINGGA13

Sdri LINY KOORDINATOR JINGGAWANIS.

Sdr AJAI S/U JINGGA13 Malaysia.




















#Jingga13

#MuafakatPrihatinBerani