Thursday 16 December 2021

JINGGA13 SEKIJANG BERSAMA PEJABAT MP SEKIJANG HULUR BAKUL MAKANAN KEPADA 5 FAMILI KUARANTIN COVID19

Tanggal 15.12.2021 , Rabu jam 11 pagi:, Koordinator Jingga13 Sekijang Komrad Khair , Setiausaha Jingga13 Sekijang  komrad Surya Syasharena Daid , komrad Mashitah serta Pegawai YB  Ahli Parlimen Sekijang En Fahmi telah bersama-sama menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa covid19 di jalan Pemuda . 


Sebanyak 5 buah rumah yang dikuarantin . Terdapat 6 penghuni rumah daripadanya telah didapati positif covid19 . 

Semoga dengan sumbang yang dihulurkan dapat meringan sedikit sebanyak keperluan mereka serta bebas DRP virus Corona tersebut .



Sunday 12 December 2021

JINGGA13 JOHOR BERSAMA YB HASSAN KARIM ZIARAH KASIH SENIMAN MAT SENTOL

JINGGA13 JOHOR yang dipimpin Koordinatornya Komrad Zabidie Abas telah mengadakan lawatan dan Ziarah Kasih kekediaman Pelakon Vateran dan juga Pelawak Seniman MAT SENTOL yang turut dihadiri bersama YB Hassan Abd Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang.





Masih ramai lagi yang mengenali dan meminati beliau. Beliau kelihatan berpakaian kemas dan sentiasa mengenakan topi sebagai identiti istimewa beliau. Tahap kesihatan beliau, Alhamdulillah sentiasa sihat.Cuma faktur usia sahaja yang membataskan pergerakan beliau. Tiada sebarang penyakit yang beliau tanggung, hanya lutut beliau sahaja yang kekurangan pelincirnya. 


Seniman Mat Sentol 

Jingga13 Johor telah merebut peluang ini dengan menghulurkan sumbangan tunai kepada beliau. Sementara YB Hassan Abd Karim pula berbesarhati menyumbangkan barang makanan, pemakanan kesihatan, susu kesihatan dan pelbagai lagi yang layak untuk beliau.



Jingga13 Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh para penyumbang atas keprihatinan kalian. Moga Allah jua yang akan membalasnya.

Kami juga mendoakan agar  Seniman Mat Sentul terus sihat dan dipanjangkan umur .... Aamiin