Saturday 11 December 2021

JINGGA13 BEAUFORT ZIARAH PRIHATIN 3 FAMILI MANGSA BANJIR KILAT DI KG KERUKUN , KUALA PENYU , BEAUFORT

Tanggal 8 Disember lalu Jingga13 Beaufort telah mengadakan Ziarah Prihatin ke 3 buah rumah yang dilanda banjir kilat di Kg. Kerukun , Kuala Penyu , Beaufort , Sabah . 

Team Jingga13 Beaufort yang di pimpin KoordinatorNya Komrad Ibrahim dan AMK Beaufort Sdr Ashraf Salleh telah menyampaikan bakul makanan bagi meringankan beban 3 keluarga tersebut .



Situasi sewaktu banjir 




JINGGA13 PAHANG BANTU WARGA MAYA PERLU SUSU DAN PAMPERS UNTUK ANAK DI KUANTAN

Koordinator Jingga 13 Pahang telah di hubungi olh salah sorg sahabat alam maya yang memohon bantuan dari Jingga 13 Pahang untuk membantu satu keluarga yang berasal dari Kedah kini menetap di kuantan.

Pada awalnya agak meragukan kerana  yang pemohon yang menggunakan nama PuteriAyu melalui fb Grup Kedah sedangkan beliau berada di Kuantan. Setelah lakukan siasatan ringkas akhirnya kami yakin ini bukan penipuan dan perlu dibantu segera .

Atas sebab itu Kordiinator Jingga 13 Pahang Komrad Ahmad Shahril Ismail yang tangannya patah kerana kemalanga baru-baru ini bersama SU Jingga 13 Pahang Komrad Sanuzi Mohamad telah pergi ke tempat tinggal PuteriAyu di Taman Sri Mahkota dan menyerahkan sedikit sumbangan barangan yang diperlukan seperti susu,pampers bayi dan barangan dapur.

Terima kasih pada semua atas kepercayaan dan keyakinan anda terhadap kami. Semoga sumbangan tersebut dapat meringan bebanan PuteriAyu sekeluarga 


MUAFAKAT.PRIHATIN;BERANI.