Saturday 4 December 2021

JINGGA13 SEKIJANG HULUR SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN UNTUK MANGSA POSITIF VIRUS CORONA

Tanggal 29.11.2021 lalu ,  Isnin jam 5 ptg , Jingga13 Sekijang telah melaksanakan Program Bantuan Prihatin . Misi bantuan tersebut dipimpin Koordinator Jingga13 Sekijang Komrad Khair , Setiausaha Jingga13 Sekijang Komrad Surya Syasharena Said serta Ketua Jinnggawanis Komrad Mashitah ke rumah mangsa positif covid19 di Kampung Jawa , Segamat.

Menurut Komrad Surya Syasharena , " Jingga13 Sekijang telah menghulurkan sumbangan barangan makanan seperti ayam , ikan dan sayur-sayuran . Selain daripada barangan makanan turut menyumbang pempes serta susu untuk anak mangsa .  Keluarga kecil ini telah dikuarantin dari 25.11.2021 sehingga 4.12.2021 ".

Semoga  sumbangn ini dapat meringankan bebanan mereka dan segera sembuh . Insyaallah , amin .


Thursday 2 December 2021

JINGGA13 MALAYSIA BERSAMA NGO SERAH MEMORANDUM BANTAHAN KENAIKAN HARGA BARANG MAKANAN KEPADA YB KETUA PEMBANGKANG

Hari ini, 2 Disember 2021, 10.40 pagi bertempat di pintu utama Parlimen Malaysia telah diadakan majlis penyerahan Memorandum Bantahan Kenaikkan Harga Barang oleh NGO kepada Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim.

 Jingga13 Malaysia diwakili Komrad Afzainizam Abd Rahman, Setiausaha Agung Jingga13 Malaysia.


Ekoran kenaikan harga barang makanan yang melambung tinggi sudah pasti yang terkesan adalah rakyat jelata . Justeru kehadiran NGO terdiri daripada Gabungan  Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia ( GBMRM ) , Otai Reformasi , Jingga13 Malaysia dan Gerak 98 memohon agar YB Ketua Pembangkang membawa isu ini ke parlimen mendesak agar kerajaan di bawah pimpinan YAB DS Ismail Sabri mengambil tindakan segera . 







JINGGA13 KLUANG MEWAKILI ADUN MAHKOTA BANTU SDR SAMAD YANG DIKUARANTIN KERANA COVID19

Tanggal 1/12/2021 Alhamdulillah hari ini Jingga 13 Kluang mewakili Adun Mahkota YB.Md.Said Jonit untuk menyampaikan bakul makanan kepada Saudara Samad yang tinggal di Taman Murni , Kluang . Beliau di kuarantin di rumah kerana dikenalpasti kontak rapat kes Covid19 . 

Bersama Koordinator Jingga13 Komrad Rosli , turun membantu Komrad Johan Ariff bersama Naib Ketua R Keadilan Kluang Saudara Zakaria dan tidak lupa terima kasih juga kepada Saudara Abd.Hamid yg sudi membantu. 

                

#MUAFAKAT PERIHATIN BERANI.             

#JINGGA 13KLUANG 

Monday 29 November 2021

JINGGA13 PAHANG BERSAMA DI PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAH ADUN BILUT

Jingga13 Pahang yang diwakili Koordinatornya komrad Ahmad Shahril Ismail bersama beberapa Konrad Jingga13 Pahang telah hadir bersama di Pejabat ADUN Bilut bagi membantah kenyataan yang di buat oleh ADUN DAP tersebut yang ternyata biadab dan kurang ajar mempertikaikan kredibiliti DS Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan ekoran kekalahan PH di PRN Melaka . 


Memorand Bantahan tersebut telah dipimoin SDR Wan Faizuddin NS yang turut dihadiri aktivis parti Keadilan dan NGO . Walaupun ADUN tersebut telah menutup pejabatnya bantahan tetap diteruskan dan menurut agar ADUN Bilut tersebut memohon maaf kepada DS Anwar Ibrahim di atas jebiadaban beliau .