Thursday 25 November 2021

JINGGAWANIS AGIH BARANGAN MAKANAN DAN TIKAR KEPADA 15 FAMILI MANGSA BANJIR LUMPUR TAMAN BUKIT BELACAN

Jinggawanis jingga13 Malaysia hari ini telah mengagihkan barangan makanan seperti beras , gula , gandum , kicap , sardin , teh , biskut serta tikar kepada 15 famili mangsa banjir lumpur di Taman Bukit Belacan , Ampang . 



Jinggawanis Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa banjir lumpur . Penghargaan buat Ahli Majlis Zon 2l, komrad-komrad Jingga13 dan orang-orang perseorangan yang telah menghulurkan sumbangan . Semoga sedikit sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan mereka semua . 

















Wednesday 24 November 2021

DAP PUSAT WAJIB AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP ADUN DAP BILUT ATAS KECELUPARANNYA!

Kenyataan Media

Jingga13 Pahang


23 November  2021


DAP PUSAT WAJIB AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP ADUN DAP BILUT ATAS KECELUPARANNYA!

Adun DAP Bilut harus sedar bahawa selama ini sekiranya PH kalah adalah kerana DAPPHOBIA dikalangan orang Melayu yang ditiupkan sentimen tersebut oleh UMNOBN dan sekarang ditambah pula  Perikatan Nasional ( PPBM dan PAS ) yang sememangnya Anti DAP, mereka membakar hati orang Melayu dengan  label anti Islam, anti melayu, komunis, anti hudud, rasis dan sebagainya. Malah Keadilan atau Amanah dituduh sebagai 'kuda tungganan DAP'. Sedarlah Adun Bilut bahawa orang Melayu tidak undi PH kerana DAP bukan kerana Anwar Ibrahim! 

Walaupun melayu UMNOBN atau PN terpalit dengan isu rasuah, penyelewengan dan skandal yang menjijikkan, namun orang melayu lebih sanggup memilih perasuah, penyangak dan penyamun asalkan jangan PH yang bersekongkol dengan DAP! Propaganda kalau undi PH , 'cina akan berkuasa' , 'cina akan jadi Perdana Menteri' atau  Ketua Menteri' dan macam-macam fitnah lagi dipercayai kerana orang Melayu telah dibuta dan dimomokkan sudah sekian lama terutama Melayu kampung. 

Inilah senjata ampuh yang digunakan oleh UMNOBN dan PN yang gagal ditangkis oleh DAP dan tidak membantu menafikan tohmahan dan fitnah yang sengaja dicipta agar orang Melayu menjauhi PH terutama apabila calon Keadilan dan parti Amanah yang bertanding atas tiket PH. di kawasan majoriti Melayu 

Sejauh manakah ADUN DAP Bilut telah mengambil inisiatif agar orang Melayu mampu menolak propaganda yang dimainkan oleh UMNOBN dan PN yang mendakwa mereka adalah parti Melayu Islam?

Fenomena DAPPhobia dikalangan orang Melayu yang ditanam sejak peristiwa 13 Mei 1969 oleh UMNO sehingga sekarang yang telah menyebabkan ada dikalangan orang Melayu menolak PH di PRN Melaka tetapi ADUN DAP Bilut berniat jahat menundingkan jari kepada DS Anwar Ibrahim. 

Adun DAP Bilut seharusnya sedar bahawa DAP yang menjadi liabiliti kepada PH. DAP sewajarnya berusaha menghapuskan persepsi negatif yang dimainkan oleh UMNOBN dan PN ini. Setiap kali PRU atau PRN isu ini akan terus diputarkan dan dinainkan kembali cerita yang sama membakar hati orang Melayu .

Ada dikalangan pimpinan DAP sengaja meniupkan sentimen perkauman sehingga menjadi bahan dan bukti sikap anti melayu dan anti Islam. Pimpinan DAP Pusat wajar berhati-hati, mendidik dan mendisiplinkan kepimpinan mereka daripada mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.



Jingga13 Pahang menggesa agar satu tindakan tegas harus diambil terhadap ADUN DAP Bilut tersebut yang dilihat tidak menghiraukan notis 24jam dari Keadilan serta enggan tarik balik kenyataan beliau. Tindakan ini adalah bagi menjernihkan semula hubungan dalam Pakatan Harapan Negeri Pahang dan Pusat yang agak tegang disebabkan isu ini! 

Nasihat Jingga13 Pahang kepada ADUN DAP Bilut, jangan sibuk hendak menuding jari kepada orang lain, sedarlah satu jari kamu tunding kepada orang lain, ada tiga jari kepada kamu. Kejayaan dan kekalahan PH harus dikaji dan diperbaiki. Bukannya sibuk mencari salah orang lain. PH bukan individu tetapi secara muafakat dan kolektif semua kepimpinan PH . 


Muafakat*Prihatin*Berani 


AHMAD SHAHRIL BIN ISMAIL

Koordinator 

Jingga13 Pahang

JINGGAWANIS AGIH NASI BUNGKUS DAN AIR MINERAL KEPADA 20 FAMILI MANGSA BANJIR LUMPUR DI TAMAN BUKIT BELACAN , AMPANG

Kejadian yang sangat menyayat hati berlaku pada 22 November 2021 apabila para penduduk Taman Bukit Belacan , Ampang , Selangor Darul Ehsan telah mengalami musibah banjir lumpur yang telah mengakibatkan rumah dan perabut yang rosak . 




Jinggawanis Jingga 13 Malaysia telah bertindak dengan penuh positif membantu 20 famili yang belum diberikan apa-apa bantuan dengan mengagihkan nasi bungkus dan air mineral untuk makan malam . 




Team JINGGAWANIS jibgga13 Malaysia 

Menurut Koordinator Jinggawanis , komrad Liny Obliza , " Setelah mebdapat informasi daripada salah seorang mangsa banjir lumpur tersebut di mana mereka memerlukan makan malam dan air bersih untuk minuman maka kami terus bertindak mendapatkan sumbangan dengan menyediakan nasi bungkus dan air mineral bagi meringankan kesengsaraan yang mereka alami , sungguh menyedihkan *.

Jinggawabis juga sedang berusaha untuk mendapatkan sumbangan alatan untuk membersih rumah yang mana rumah mereka perlu dibersihkan akibat banjir lumpur . 






Sekiranya ada warga prihatin yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Koordinator Jinggawanis Jingga13 Malaysia Komrad Liny Obliza di talian 0176896803 . 




















Video banjir lumpur di Taman Bukit Belacan , Ampang