Saturday 6 November 2021

JINGGA13 BEAUFORT BERSAMA AMK BEUFORT ZIARAH KASIH CIKGU JAMALUL MANTAN NAIB KETUA KEADILAN CABANG BEAUFORT

Petang 4/11/2021 , Kordinator Jingga 13 Beaufort Komrad Ibrahim Musra bersama Bendahari AMK Beaufort , Sdr Ashraf Salleh berkunjung ziarah Kasih ke rumah Ckgu Jamalul Hj Duakim di Taman Bahang, Penampang , Kota Kinabalu . 

Ckgu Jamalul Hj Duakim adalah merua0kan Mantan Naib Ketua Cadang Beaufort yang sekarang sedang menjalani prosese emulihan selepas menjalankan Operasi di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu . Semoga beliau segera sihat dan sembuh . Amin




Thursday 4 November 2021

JINGGA13 MELAKA HULUR SUMBANGAN PRIHATIN SEMPENA DEEPAVALI KEPADA DUA PENERIMA PENGANUT HINDU DI BANDAR MELAKA

Pada 3hb November 2021 , sempena Perayaan Deepavali 2021, Jingga13 Melaka yang diwakili Komrad Shah Kesuma , Koordinator Jingga13 Melaka  menyumbang barangan runcit kepada 2 penerima penganut Hindu yang amat terkesan di bandar Melaka. 


En, Kumaraswamy, 61tahun, tidak bekerja dan merupakan pesakit kegagalan buah pinggang , beliau sekarang menjalani hemodialysis sebanyak 3 kali seminggu. 

Manakala En. Paneer Chelvam, 62tahun, pula adalah seorang "Reformis", bermula dari 1998 lagi , menjadi teman setia/rapat bersama Tokoh Reformis , Mendiang saudara S. Jayathas. Beliau kini mengalami " Right Foot Drop". 

Walaupun serahan sumbangan Jingga13 Melaka itu kecil, kami mengharapkan ia meringankan beban dan membawa senyuman sempena Pesta Cahaya buat mereka sekeluarga.

HAPPY DEEPAVALI KEPADA SEMUA PENGANUT HINDU DI MALAYSIA OLEH JINGGA13 MALAYSIA

 




JINGGA13 BANGI BERSAMA AMK BANGI DAN AHLI MAJLIS MPKj ZON KAJANG SANTUNI TEMAN-TEMAN KAUM INDIA SEMPENA DEEPAVALI

Tanggal 3.11.2021 , Jingga 13 Bangi bersama AMK Cabang Bangi , Sdr Syaipol dan Ahli Majlis MPKj Zon Kajang telah menyampaikan sedikit sumbngn kepada teman-teman kaum india mnyambut deepavali di sekitar Bandar Baru Bangi.

Semoga sumbangan tersebut mengembirakan dan menceriakan Deepavali mereka .






Tuesday 2 November 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM DAN PKR SIMPANG RENGGAM SAMPAIKAN SUMBANGAN SEMPENA DEEPAVALI

Jingga13 Simpang Renggam bersama Parti Keadilan Rakyat Cabang Simpang Renggam menghulurkan sumbangan keperluan asas kepada sebahagian masyarakat India disekitar Pekan Renggam untuk persediaan menyambut hari Deepavali.


Jingga13 Simpang Renggam diwakili oleh Komrad Sukri bin Zakaria dan Komrad Zaini , manakala pimpinan Keadilan Cabang Simpang Renggam pula diwakili oleh Uncle Wong Yun Chin (ketua cabang) dan sdr Faizul Abd Ghani (Penyelaras N27 Layang Layang). Turut hadir kepimpinan Keadilan Negeri Johor Puan Zulinah A.Johari (Timbalan Ketua Wanita Keadilan Johor) dan Noor Lyana Ahmad (Timbalan Ketua Srikandi johor).


Seramai 15 keluarga telah menerima sumbangan ini yang terdiri pelbagai latar belakang kehidupan masing-masing . Mereka adalah insan-insan yang hidup serba kekurangan namun bahagia bersama keluarga tercinta . 

Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban serta menceriakan lagi perayaan Deepavali yang akan disambut pada Khamis ini.

Penerima bantuan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan.


MUAFAKAT PRIHATIN BERANI


#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

#keadilanrakyatsimpangrenggam

#penyelarasdunlayang-layang

JINGGA13 BEAUFORT BERSAMA PKR CABANG BEAUFORT ZIARAH PRIHATIN DI KUALA PENYU , BEAUFORT , SABAH

 Aktiviti JINGGA 13 Beaufort Sabah tanggal 31/10/2021 ,  Ahad dengan mengadakan ziarah prihatin di Kuala Penyu . Turut bersama dalam ziarah prihatin yang dipimpin Koordinator Jingga13 Beaufort Komrad Ibrahim Musa ialah Puan Ernizan Idris Ketua Daerah Mengundi Palu Palu , Puan Erda Idris Setiausaha Wanita Keadilan Cabang Beaufort , Sdri Erna Amira,Timbalan Ketua Srikandi Keadilan Beaufort dan Sdra Ghani, Suin AJK Keadilan Cabang Beaufort .

Ziarah Prihatin 1 




Berziarah prihatin ke rumah Sdra Murni Juhara yang merupakan pesakit diabetis yang telah dipotong kaki kirinya . JInggq13 Beaufort menghukurkan sumbangan Bakul Makanan kepada Sdr Murni yang tinggal di Kg Palu Palu Kuala Penyu . Diharapkan sumbangan tersebut dapat mengembirakan hati mereka sekeluarga .

Ziarah Prhatin 2


Berziarah ke rumah Almarhumah Indu Mazlan Hj Machu di Kg Lubang Daroh Mansud di Kuala Penyu untuk mengucapkan takziah di atas pemergian Almarhumah Indu dan turut menyumbangkan Bakul Makanan bagi meringankan beban keluarga Almarhumah . Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Almarhumah Indu dan ditempatkan bersama-sama kekasih Allah SWT . Amin 

Ziarah Prihatin 3

Berkunjung prihatin ke Rumah Cikgu Juni Hj Machu Mantan Ketua Daerah Mengundi Mansud yang sedang sakit . JInggq13 BEAUFORT turut menyampaikan Bakul Makanan bagi mengurangkan bebanan beliau sekeluarga . Semoga Cikgu Juni akan secara sihat dan sembuh . Amin