Saturday 30 October 2021

PENYAMPAIAN BARANG SUMBANGAN DARI JINGGA13 JOHOR KEPADA JINGGA13 SIMPANG RENGGAM UNTUK AGIHAN SETEMPAT

Jingga13 Johor mengucapkan Tahniah kepada Sdr Faizul Abd Ghani kerana telah dilantik sebagai Penyelaras DUN Layang-Layang bagi mengantikan Uncle Wong agar dapat memantapkan gerak kerja dan aktiviti di DUN dan cabang tersebut.


Semalam dalam satu majlis yang ringkas , Jingga13 Johor telah menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada Jingga13 Simpang Renggam bertempat di Kedai Makan Sukri , Pekan Renggam .

Jingga13 Johor melalui Sdr Murad Jailani dengan kerjasama YB Hassan Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang yang diwakili Sdr Zabidie Abas , Koordinator Jingga13 Johor telah menghulurkan sumbangan barang makanan tersebut kepada Jingga13 Simpang Renggam yang diwakili Koordinatornya Sdr Sukri Zakaria  untuk dimanfaatkan bersama Sdr Faizul dan Uncle Wong untuk menggerakkan aktiviti.




Semoga dengan usaha kecil ini, dapat membantu golongan yang memerlukan di Dun Layang-Layang dan memudahkan serta merancakkan aktiviti agar dapat menawan hati pengundi setempat. Juga diharapkan agar beroleh kemenangan dalam PRU15 akan datang. 









#MuafakatPrihatinBerani

#jingga13malaysia 

#jingga13johor 

#jingga13simpangrenggam

Friday 29 October 2021

PROJEK EKONOMI JINGGA13 JOHOR TERNAKAN IKAN AIR TAWAR - TALAPIA MERAH

Jingga13 Negeri Johor melebarkan lagi skop bidangnya dengan memulakan Ternakan Ikan Air Tawar. Ini adalah projek permulaan dengan usaha sama komrad Jingga13 Kota Tinggi Sdr Amat Jaafar.


Pihak kami merasakan usaha kearah ekonomi seperti ini, sangat penting kerana ianya bakal mendidik komrad-komrad menjadi berdikari dan mampu mengubah tahap kehidupan kepada yang lebih baik.

Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan sumber pendapatan. Sekurang2nya keuntungannya kelak bolehlah kami membelikan barangan bantuan kepada golongan susah dan yang memerlukan. Kami akan manfaatkan demi kebajikan masyarakat dan dapat membantu sesama sendiri.



Pihak kami juga sedan mengintip peluang-peluang lain yang akan dijadikan projek ekonomi untuk membantu kegiatan kami Jingga13 seluruh Johor.

Semoga usaha ini menemui kejayaan dan memperolehi pendapatan kepada komrad-komrad Jingga13 yang turut mengusahakannya.

Jingga13 Malaysia merakamkan ucapan jutaan TAHNIAH dan SYABAS kepada Jingga13 Johor di bawah kepimpinan  Koordinatornya Komrad Zabidie Abas yang berjaya memulakan satu projek ekonomi iaitu menternak ikan talapia merah bagi tujuan menjana ekonomi . 

Semoga usaha murni ini dapat menjadi contoh kepada cawangan JInggq13 di seluruh Malaysia . 















Thursday 28 October 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM HULUR KOTAK MAKANAN KEPADA IBU TUNGGAL

Atas maklumat aktivis masyarakat setempat, sumbangan barangan asas telah disempurnakan oleh Koordinator Jingga13 Simpang Renggam Komrad Sukri bin Zakaria dan diserahkan kepada Puan Fatimah yang merupakan ibu tunggal 3 anak.

Semoga Puan Fatimah dipermudahkan segala urusan dan sihat selalu.

Puan Fatimah berterima kasih kepada jingga13 Simpang Renggam atas sumbangan tersebut .


MUAFAKAT PRIHATIN BERANI.


#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia 

Wednesday 27 October 2021

JINGGA13 PAHANG BERSAMA PENYELARAS DUN PANCING SAMPAIKAN SUMBANGAN KERUSI RODA DAN BAKUL MAKANAN BUAT NAEZMUDDIN

Sudah lebih 2 tahun Saudara Naezmudin Kamaruddin menderita sakit stroke yang menyebabkan beliau lumpuh sebelah badan . Beliau yang tinggal di Taman TAS , Kuantan kini dijagai oleh ibu dan adiknya . Ini menyebabkan beliau tidak dapat bekerja dan menjalani kehidupan seperti orang lain .

Di atas dasar keprihatinan , Jinggla 13 Pahang bersama Puan Haslinda Hashim Penyelaras DUN Panching telah hadir ke rumah beliau bagi menyampaikan sumbangan kerusi roda dan bakul makanan dari penyumbang kepada saudara Naezmuddin bagi meringankan beban beliau sekeluarga .

Menurut Komrad Ahmad Shahril Ismail , Koordinator Jinggaq3 Pahang * Kami juga turut membantu saudara Naezmuddin dan keluarganya mengisi borang permohonan JKM , amat sedih sekali selama lebih 2 tahun beliau tidak perbah mendapat sumbangan daripada JKM atau mana-mana agensi bagi meringankan bebannya ".

Jingga13 Pahang amat mengharapkan dengan sumbangan kerusi roda tersebut tersebut Saudara Naezmuddin dapat  bergerak lebih selesa dengan dibantu oleh ahli keluarganya .

Jingga13 Pahang merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang. bermurah hati membantu Saudara Naezmuddin sekeluarga . 


Monday 25 October 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI MENZIARAHI DAN MENGHULURKAN BANTUAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA RUMAH TERBAKAR

Sebuah rumah teres di Taman Ahmad Perang, Kota Tinggi telah ditimpa musibbah rumah terbakar. Ketua keluarga En Zainal memberitahu Jingga13 Kota Tinggi bahawa rumah mereka telah musnah keseluruhannya dijilat api pada pagi itu.  Ianya berpunca dari gas yang bocor. Tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku. Namun semua peralatan rumah musnah terbakar. 


Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol bersama komradnya Sdri Aliz, Sdri Kamisah, Sdr Shaddiq telah turun menziarahi keluarga tersebut.

Sedikit bantuan dan sumbangan dapat dihulurkan kepada mereka bagi meringankan penderitaan mereka. Bantuan tersebut berupa barangan makanan kering dan basah, bantal, selimut, tikar, pakaian dan pelbagai makanan ringan.


En Zainal amat terharu dengan kehadiran kami dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak Jingga13 Kota Tinggi. Semoga En Zainal dan keluarga tabah dengan ujian ini. Insyaallah pihak berwajib akan segera membantu keluarga mereka.

Tahniah Jingga13 Kota Tinggi atas keprihatinan kalian.💖






#MuafakatPrihatinBerani

Sunday 24 October 2021

JINGGA13 MELAKA MENJUNJUNG DEMOKRASI : RAKYAT MELAKA HARUS MEMILIH PEMIMPIN BERINTEGRITI DAN MENOLAK POLITIK JIJIK

 Kenyataan Media 

Jingga 13 Melaka 


24 Oktober 2021


JINGGA13 MELAKA MENJUNJUNG DEMOKRASI : RAKYAT MELAKA HARUS MEMILIH PEMIMPIN BERINTEGRITI DAN MENOLAK POLITIK JIJIK 

Jingga 13 Melaka yang sentiasa bersama rakyat Melaka, akur dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya ianya adalah kehendak rakyat yang melihat pilihanraya sebagai jalan terakhir dan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri ini. Hal ini, meskipun wabak Covid 19 masih lagi menunjukkan data kes harian yang tidak stabil khasnya di negeri Melaka sendiri.

Sekiranya PRN tetap diteruskan tanpa mengambilkira pandangan dan keresahan rakyat, maka Jingga 13 Melaka  mengambil ketetapan seperti berikut :

1. Jingga 13 Melaka akur dan setuju dengan mana-mana pemimpin yang dipilih selaku calon untuk mewakili Dewan Undangan Negeri Melaka namun calon harus diteliti dan dipastikan kesetiaan dan kejujuran calon itu kepada nilai dan perjuangan bersama. Aktiviti melompat parti adalah permainan jijik  yang merendahkan maruah serta integriti seseorang pemimpin dan tidak disenangi rakyat. Justeru, Jingga 13 Melaka mencadangkan agar satu Akuan Bersumpah(SD) Ikrar taat setia bertulis perlu dilaksanakan dan dihebahkan.

Biarlah rakyat melihat dan menjadi saksi secara umum kepada maruah pemimpin itu sendiri. Maruah pemimpin adalah pada janji yang dikotakan dan nilai-nilai yang ditegakkan, yang mana ia tidak dihakis oleh janji-janji manis pihak lawan dan asakan umpan dan ugutan. Tindakan bermaruah  berpaksi teguh dengan pendirian untuk menjaga rakyat yang mengundi dan menggantung harapan kepada mereka. 

Ikrar Aku Janji adalah sumpah setia amanah calon-calon atau bakal Wakil Rakyat kepada Tuan2 mereka iaitu para pengundi2. Individu2 yang tidak mahu melafazkan ikrar Aku Janji ini tidak usahlah berangan menjadi calon dalam pilihan raya Negeri Melaka. Sebagai rujukan, tindakan "Langkah Sheraton"  dan Insiden Pecah Amanah/Mandat Rakyat menumbangkan Kerajaan Pilihan Rakyat Negeri Melaka pada Pru-14 2018, yang telah menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik sehingga kini.

2. Jingga 13 Melaka mengingatkan semua pihak agar tidak cuba menangguk di air yang keruh dalam isu politik Melaka ini. Kepada pihak yang terlalu inginkan PRN Melaka menjadi kenyataan, ingat pesanan ini - Terima keputusan rakyat dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya rakyat sudah muak dengan sikap angkuh pemimpin yang mengambil semborono janji mereka serta meremehkan perasaan rakyat. Ingat, ini negeri Hang Tuah, tiada tempat untuk Si Kitol di sini.

3. Jingga 13 Negeri Melaka juga berpendirian untuk menyeru rakyat Negeri Melaka untuk menggunakan kuasa atau peruntukkan undang-undang untuk menghukum/memecat Adun2 yang mengkhianati/engkar mandat dan amanah rakyat seperti yang di sarankan oleh Bersih 2.0. Di sini, lampiran syor-syor susulan Bersih2.0 disertakan bersama kenyataan media ini untuk tindakan Pengundi/Rakyat Negeri Melaka.


**MUAFAKAT** *PRIHATIN** *BERANI**


Shah Kesuma Jaya 

( Koordinator Jingga 13 Negeri Melaka)


Ammar Firdaus Bin Suboh

(Timbalan Koordinator Jingga 13 Negeri Melaka)


Md Ali Bin Mas'ud 

(Bendahari Jingga 13 Negeri Melaka)


Syor-syor oleh Bersih 2.0