Saturday 23 October 2021

JINGGA13 TEBRAU BERSAMA GENERASI KEADILAN JOHOR BANTU IBU TUNGGAL DAN ANAK SEDANG KUARANTIN HASIL MAKLUMAT INSAN PRIHATIN

Pada 22 Okt 2021 , setelah mendapat maklumat daripada insan prihatin daripada Puchong , Selangor , bahawa terdapat satu keluarga memerlukan bantuan segera akibat kuarintin di rumah angajara pendamik Covid19 . 


Beliau adalah seorang ibu tunggal bernama Pn Zainizan binti Ab Rahman yang tinggal bersama seorang anak di Kangkar , Tebrau , Johor Darul Takzim sudah hampir kehabisan barangan makanan dan ubatan 

Jingga13 Tebrau yang diketuai oleh Koordinatornya Komrad Shafie telah bersama Generasi Keadilan Johor diwakili Sdr Rosman Tahir dan Sdr Ismael telah menjejaki ibu tunggal tersebut untik menghulurkan sumbangan berupa barangan dapur, manakala  Jingga13 Tebrau menyumbang sedikit sayur sayuran, buah buahan segar, sanitizer, vitamin C dan ubat ubatan. 



Penerima telah menzahirkan dengan penuh kesyukuran merakam ribuan terima kasih atas sumbangan ini. 


#Muafakat-Berani-Perihatin.

#Jingga13Tebrau

Friday 22 October 2021

JINGGA13 HULU TERENGGANU SANTUNI MANGSA COVID 19 DI KG GEDONG DAN KG TERIS , HULU TERENGGANU

Pada 19/10/2021 Koordinator Jingga13 Hulu Terengganu komrad Rosidi Ranun dan Setiausaha Jingga133 Hulu Terengganu Komrad Pak Majid telah menyantuni mangsa-mangsa COVID-19 dengan menghulurkan bantuan barangan makanan di Kampung Gedong dan Kampung Teris, Hulu Terengganu.


Menyedari bahawa mereka tidak dapat keluar daripada rumah kerana sedang menjalani kuarantin , sudah pasti mereka menghadapi kekurangan barangan makanan . 

Diharapkan sumbangan barangan makanan tersebut dapat meringankan beban mereka dan ahli keluarga . 

Thursday 21 October 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM HULUR SUMBANGAN BUAT DUA FAMILI TERJEJAS KERANA VIRUS CORONA

Hasil dari maklumat dari Aktivis Masyarakat setempat Koordinator Jingga13 Simpang Renggam Sdr Sukri bin Zakaria bergegas ke Kampung Kuari Paya Mas , Simpang Renggam.


Sumbangan telah diserahkan kepada sdr Mohamad Sulaiman Bin Mohd Jemain yang hidup dalam kekurangan bersama ibu dan abang beliau, difahamkan ibu beliau juga tidak begitu sihat.


Sumbangan kedua pula diserahkan kepada sdr Abdul Rahim Bin Mohd Shah seorang anak muda yang mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan tangan dan kaki beliau patah,kami akan cuba membantu untuk uruskan bantuan MySalam serta akan membincangkan dengan pihak tertentu bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya dan yang perlu.

Kami mengharapkan kedua-dua keluarga ini tabah menghadapi ujian dari Allah SWT dan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban serta mendoakan supaya dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik.

Penerima bantuan berterima kasih kepada jingga13 Malaysia atas sumbangan yang diberikan.


MUAFAKAT PRIHATIN BERANI


#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

JINGGA13 SELANGOR WAKILI DS DR WAN AZIZAH SAMPAKAN CEK SUMBANGAN KEPADA 5 WARIS ANAK-ANAK YATIM MANGSA CORONA VIRUS

Tanggal 20 hb oktober 2021 , Jingga13 Selangor mewakili Pengerusi YAYASAN AMAN , YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan sumbangan cek kepada anak-anak yatim yang kematian bapa atau ibu atau kedua-duanya di bawah 18 tahun disebabkan oleh pendemik COVID 19 . 


Jingga13 Selangor yang diwakili En. Hanafiah dan Dato Dr Rahmah Ariff diberi amanah dan tanggungjawab menyampaikan sumbangan cek tersebut bagi pihak DS Dr Wan Azizah Wan Ismail  Pengerusi Yayasan Aman kepada 5 waris anak-anak yatim tersebut bertempat di Pejabat ADUN Sentosa , Parlimen Kota Raja  . 


Terima kasih juga diucapkan kepada Saudara Mikhael Iskandaar dan Pegawai ejabat Adun Sentosa YB Tuan Gunarajah George yang memudahkan urusan 5 keluarga tersebut .

Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan mereka . 

Monday 18 October 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI MENYANTUNI SDR MINHAD DAN SDR HAMID DIKEDIAMAN MEREKA DI FELDA BUKIT BESAR.

Sebelum ini komrad Jingga13 Kota tinggi yang juga merupakan Amil Baitulmal Ustaz Azahari Adam telah menziarahi Sdr Minhad Awab dan memohonkan bantuan Baitulmal untuk beliau dan alhamdulillah permohonan beliau telah diluluskan.


Hari ini, koordinator nya Sdr Kamaludin Md Simpol bersama Sdr Salim Masron dan Sdr Razak Aziz telah sekali lagi menziarahi beliau dan menghulurkan sumbangan barangan dapur. Beliau yang baru ditimpa sakit stroke kini dijaga sepenuhnya oleh keluarganya dan masih menggunakan tiup untuk makan dan minum.


lawatan kedua, ke rumah Sdr Hamid Aziz yang telah ditimpa kemalangan ditempat kerja. Beliau mengalami kecederaan di kepala dan bahagian belakang. Sekarang ini beliau hanya mampu bergerak sedikit sedikit sahaja. Sedikit bantuan dan sumbangan barangan dapur telah dihulurkan kepada beliau.

Pihak kami Jingga13 Kota Tinggi mendoakan agar Sdr Minhad dan Sdr Hamid diberikan kesembuhan dengan segera dan sihat seperti biasa. Semoga sumbangan dari Jingga13 Kota Tinggi ini dapatlah meringankan perbelanjaan mereka sekeluarga.

#MuafakatPrihatinBerani


Sunday 17 October 2021

JINGGA13 SANGKAL ZURAIDAH BAHAWA RAKYAT TEMPATAN TIDAK MINAT BEKERJA DALAM SEKTOR PERLADANGAN TETAPI LEBIH UTAMAKAN PEKERJA ASING

Kenyataan Media 

Jingga13 Malaysia


17 Oktober 2021


JINGGA13 SANGKAL ZURAIDAH BAHAWA RAKYAT TEMPATAN TIDAK MINAT BEKERJA DALAM SEKTOR PERLADANGAN TETAPI LEBIH UTAMAKAN PEKERJA ASING

JIngga13 Malaysia menolak dan menyanggah dakwaan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin yang mendakwa rakyat tempatan tidak minat bekerja di ladang walaupun gaji lumayan. Dan adakah dianggap lumayan dengan pendapatan RM2000 sebulan sekarang ini ??? 

Dakwaan ini sebenarnya hanyalah sekadar retorik dan dakwaan palsu semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan Keluarga Malaysia dalam menangani masalah kekurangan pekerja sektor perladangan di mana tawaran RM 2000 itu sebenarnya hanyalah satu helah bagi menghalalkan tindakan beliau untuk membenarkan kemasukkan pekerja asing ke Malaysia.

Banyak lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan menerusi Kementerian beliau termasuklah memberi kursus dan skim bantuan dan insentif yang menarik kepada pengusaha ladang bagi menarik minat anak-anak muda untuk bekerja di sektor perladangan.

Selain dari itu tindakan Menteri ini lebih kepada langkah terdesak dan tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab sebenar Menteri adalah untuk menjadikan sektor perladangan ini maju dan berkembang selaras dengan Rancangan Malaysia ke 12 dan Dasar Sumber Manusia Negara dibawah Pelan Strategik Kementerian Sumber Manusia 2020-2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat iaitu MENGUTAMAKAN PEKERJAAN KEPADA WARGANEGARA !

Jingga13 Malaysia mendesak Zuraida Kamaruddin supaya menaikkan gaji pokok pekerja ladang tempatan kepada RM 1500 sebulan serta pelbagai insentif dan rangsangan yang terbaik bagi menaikkan minat pekerja tempatan. Selain itu disediakan elaun perumahan dan kerja lebih masa bagi membela nasib mereka.

Zuraidah usah sibuk mahu menundingkan jari kepada rakyat semata-mata tetapi adalah menjadi tanggungjawab beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab agar menjadikan sektor perladangan ini menerik minat terutama anak-anak muda untuk bekerja dalam sektor perladangan bukannya melambakkan pekerja asing . Kalau tidak mampu LETAK JAWATAN ! 

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


MOHD AFFENDI HAJI ABAS

Timbalan Setiausaha Agung 2 i

Jingga13 Malaysia