Saturday 16 October 2021

JINGGA13 PAHANG SANTUNI 20 ASNAF DENGAN SUMBANAGN PEK MAKANAN DI PARLIMEN KUANTAN , INDERA NAHKOTA DAN PEKAN

Jingga13 Pahang terus bergerak aktif dalam memberikan bantuan kepada golongan asnaf . Justeru , Jingga 13 Pahang telah mengantar 20 pek makanan krlada asnaf yang memerlukan di sekitar kawasan Parlimen Kuantan , Indera Mahkota dan Pekan iaitu di Kg Baru , Bukit Sekilau , Kg Seri Damai , Taman TAS , Permatang Badak dan Kg Razali.



Menurut Komrad Ahmad Shahril Ismail , Koordinator Jingga13 Pahang , " Setelah mengenal pasti kesemua para asnaf tersebut . Jingga13 Pahang terus bergerak bagi menyampaikan sumbangan pek makanan kepada asnaf yang memerlukan ".

Semiga sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan seharian mereka 














Friday 15 October 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM DAN PKR SIMPANG RENGGAM BERKOLABORASI HULUR SUMBANGAN UNTUK 8 FAMILI YANG DIKUARANTIN

Serahan telah disempurnakan oleh koordinator jingga13 simpang Renggam Sdr Sukri Bin Zakaria dan ditemani sdr Mohd Soffian Abu seorang aktivis masyarakat setempat yang aktif disini bagi misi membantu 8 famili yang sedang kuarantin kerana Covid 19 di Perumahan Ladang Sembrong Layanh-Layang . 


Atas faktor keselamatan dan kesihatan,barang bantuan telah diletakkan di pondok pengawal (transit).

Kami mengharapkan sumbangan ini dapat memudahkan dan meringankan beban kepada keluarga yang dikuarantin serta berdoa supaya mereka dilindungi dan sihat selalu.

Sdr Aiman Asri yang mewakili seluruh keluarga yang dikuarantin berterima kasih atas sumbangan ini.







MUAFAKAT PRIHATIN BERANI


#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

#keadilancabangsimpangrenggam

Thursday 14 October 2021

JINGGA13 BEAUFORT BERSAMA PKR BEAUFORT ZIARAH PRIHATIN ANGGOTA KEADILAN MENDERITA STROKE DI DUN KUALA PENYU

Jiingga 13 Beaufort bersama PKR Cabang Beaufort pada 10/10/2021 telah mengadakan ziarah prihatin dengan mengunjungi seorang anggota Parti Keadilan Rakyat di Kg Kerukan ,DUN Kuala Penyu , Parliman Beaufort yang menderita stroke 


Kordinator JINGGA 13 Beaufort Komrad Ibrahim Musra telah  menyampaikan sumbangan keperluan seperti Bakul Makanan dan pampers keoada pesakit bernama En Luyat Iti Parawi,

Rombongan ziarah prihatin turut disertai bersama oleh Tuan Hj Rahman Yakop ( Penasihat PKR Cabng Beaufort ) , Sdr ibun Jueh ( Ketua Penerangan PKR Cabang Beufort ) dan Sdr Malik Ghani ( Timbalan Ketua AMK Cabang Beaufort ) .

Semoga sumbangan kecil tersebut dapat meringankan beban keluarga dan diharapkan En Lihat Itu Parawi akan segera sihat dan sembuh seta dapat berjalan semula seperti dahulu . Amin

Wednesday 13 October 2021

JINGGA13 MALAYSIA KECEWA DENGAN SIKAP YANG DI PERTUA DEWAN RAKYAT MENAFIKAN HAK PERBAHASAN ISU PANDORA PAPERS! JINGGA13 BERDIRI TEGUH BERSAMA KETUA PEMBANGKANG

Kenyataan Media 

Jingga13 Malaysia 


14 Oktober 2021

JINGGA13 MALAYSIA KECEWA DENGAN SIKAP YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT MENAFIKAN HAK PERBAHASAN ISU PANDORA PAPERS! JINGGA13 BERDIRI TEGUH BERSAMA KETUA PEMBANGKANG

Jingga13 Malaysia yakin rakyat mengikuti sidang Dewan Rakyat kali ini apabila isu Pandora Papers diutarakan oleh Ketua Pembangkang  DS Anwar Ibrahim untuk dibahaskan sepertimana yang diminta, telah dinafikan dan ditolak sementah-mentahnya sebanyak 3 kali oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Jingga13 Malaysia merasa amat musykil dan sangat kecewa dengan sikap Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dilihat bersikap bias kepada para penyangak, perompak dan penyamun serta pemimpin dan VVIP yang memunggah keluar wang rakyat untuk disimpan di luar negara. Transaksi ini melibatkan duit negara bernilai lebih RM 1.8 TRILLION! Yang Dipertua Dewan Rakyat yang mempertahankan mereka kenapa ????

Dalam saat rakyat kelaparan, pengangguran, jurang kemiskinan yang semakin melebar, hidup dalam kesusahan dan kepayahan sudah pasti merasa amat kecewa bahawa pemimpin-pemimpin dan VVIP di negara ini boleh memunggah dan menyimpan kekayaan luar biasa ke luar negara .  

Rakyat Malaysia kini hendak mengetahui kenapa wang tersebut boleh dikeluarkan daripada negara sebegitu banyak? Bagaimana seorang menteri, bekas menteri atau VVIP tersebut boleh memilki wang sebegitu banyak dan disembunyikan di luar negara sepertimana dalam dakwaan Pandora Papers? Para pengkhianat dan perompak ini wajar dibicarakan dan dihukum!

Usul pendedahan Pandora Papers wajar dibahaskan di dalam Dewan Rakyat yang mulia! Bukannya dinafikan dan ditolak mentah-mentah oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat atas pelbagai alasan. Ianya bukannya melibatkan RM100 ribu tetapi ianya melibatkan lebih RM1.8 Trillion wang negara yang dibawa keluar dari negara. Sekiranya Yang Dipertua Dewan Rakyat terus menerus memekakkan telinga dan gagal melaksanakan tugas serta menolak usul ini dari dibahaskan, adalah sebaik-baiknya Yang Dipertua Dewan Rakyat wajib LETAK JAWATAN dan digantikan dengan orang lain yang lebih profesional, berkecuali dan telus!

Jingga13 Malaysia mendesak YAB Perdana Menteri DS Ismail Sabri Yaakob agar segera mewujudkan Suruhanjaya Diraja atau membuka Kertas Putih bagi menyiasat isu ini, seandainya benar YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Keluarga Malaysia menentang  rasuah, penyelewengan, berintegriti dan ianya benar-benar telus atau ia hanyalah  sekadar retorik serta omongan kosong semata-mata dan meneruskan legasi kegagalan kerajaan PN yang lalu!

Jingga13 Malaysia berdiri teguh dibelakang Ketua Pembangkang YB DS Anwar Ibrahim bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat wajib membuka ruang untuk membicarakan dan membahas usul tersebut demi rakyat dan negara Malaysia tercinta. 

Jingga13 Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia terus mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Kerajaan Keluarga Malaysia agar isu Pandora Papers ini disiasat dan diambil tindakan agar pengkhianat dan perompak wang negara ini dihukum supaya wang negara yang hilang ini dapat dikembalikan! Selamatkan negara ini! 

Muafakat*Prihatin*Berani 


FARIZ MUSA 

Ketua Koordinator

JINGGA13 Malaysia

Tuesday 12 October 2021

Jingga 13 Arau sumbang bakul makanan kepada keluarga terjejas kuarantin COVID 19

Jingga 13 Arau melalui Koordinator Jingga 13 Komrad Siti Nur Atiqah meluangkan mangsa menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada keluarga En.Shaari yang sedang menjalani kuarantin COVID 19 di rumah beliau pada Khamis lepas.

Sumbangan bakul makanan tersebut merupakan sumbangan komrad Azzin Izzad yang merupakan sekretariat Jingga 13 Perlis . Inilah amalan yang dilakukan dalam Jingga13 ialah selain berusaha mendapatkan sumbangan atau sedekah daripada pelbagai pihak tetapi komrad sendiri dialu-alukan untuk bersedekah kerana amalan sedekah adalah tuntutan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW . 

Terima kasih diucapkan kepada komrad Azzin dan komrad Tikah atas sumbangan tersebut , semoga Allah SWT membalas jua . 

Monday 11 October 2021

JINGGA13 JOHOR DAN PENGERANG SAMPAIKAN CEK SUMBANGAN MEWAKILI DS PENGERUSI YAYASAN AMAN KEPADA ANAK YATIM DI FELDA LOK HENG BARAT

 Pada 9 Oktober 2021 , berlaku penyerahan cek sumbangan daripada Yayasan Aman kepada waris  keluarga yang kematian ayah/suami akibat Covid19.


Bersama Koordinator Jingga13 Johor Tuan Zabidie Abas, bersama komrad Jingga Pengerang dan Kota Tinggi,  mewakili Datin Seri Dr.  Wan Azizah Binti  Wan Ismail selaku Pengerusi Yayasan Aman, telah menyerahkan Cek  di atas nama Puan Asmah binti Jamil sebagai waris di kediaman beliau  di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi. 

Jingga13 Johor merakamkan ucapan Takziah  kepada keluarga arwah. Semoga dengan  sumbangan ini sedikit senbanyak  dapatlah kiranya membantu meringankan perbelanjaan harian mereka.




Terima kasih kepada Datin Seri Dr.  Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi YAYASAN AMAN atas keprihatinan  membantu keluarga ini. Semoga usaha murni ini diteruskn dan diperluaskan lagi kepada keluarga yang lain. 

#jingga13kotatinggi #jingga13pengerang #jingga13johor #jingga13malaysia 

#MuafakatPrihatinBerani #sayangsemua

YB ADUN BUKIT BATU DAN JINGGA13 JOHOR MEWAKILI DS DR WAN AZIZAH SAMPAIKAN CEK SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM MANGSA COVID19

Pada 10hb Oktober 2021 YB Jimmy Puah yang merupakan ADUN Bukit Batu telah turun padang di kawasan Taman Universiti bagi mewakili DS Wan Azizah Wan Ismail Pengerusi Yayasan Aman menyerahkan cek sumbangan Yayasan Aman kepada waris anak yatim dan keluarga yang kematian ayah/suami akibat Covid19.



Beliau yang juga Timbalan Pengerusi MPN Johor bersama Koordinator Jingga13 Johor, Saudara Zabidie Abas, Timbalan Koordinator, Saudara Murad Jailani dan juga Setiausaha Jingga13 Johor Saudara Mohd Affendi Abas serta  Sdr. Shafie Mohd Shah Koordinator Jingga13 Tebrau telah hadir bagi menyerahkan Cek kepada Puan Norisahwati binti Musa yang kematian suami  akibat pandermik Covid19.  Allahyarham Mohamad Nafi telah meninggalkan seorang anak Noorzulaikha  yang masih belajar Semester 1 di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak, Johor.



Keperitan dan kesedihan adalah masih dirasai oleh keluarga tersebut . Arwah pergi buat selama-lamanya . Semoga mereka kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan yang seterusnya terutama anak-anak arwah yang masih trauma dengan kehilangan ayah mereka . 

Jingga13 Johor merakamkan ucapan Takziah dan salam kedukaan kepada keluarga arwah. Semoga dengan sumbangan ini dapatlah meringankan perbelanjaan harian mereka.



Terima kasih yang setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Pengerusi YAYASAN AMAN dan juga saudara Mikael Iskandar Penyelaras Program ini yang juga Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia atas keprihatinan dan segera membantu keluara

Semoga beliau tabah dengan ujian ini dan dengan sumbangan ini dapatlah membantu beliau sekeluarga. Salam takziah dari kami di Jingga13 Johor.


JINGGA13 JOHOR BERSAMA JINGGA13 KOTA TINGGI MEWAKILI DS PENGERUSI YAYASAN AMAN SAMPAIKAN CEK SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM KEMATIAN BAPA KERANA PENDEMIK

Kordinator Jingga13 Johor Sdr Zabidie telah turun padang di kawasan Felda Bukit Besar bagi menyerahkan cek sumbangan Yayasan Aman kepada waris anak yatim dan keluarga yang kematian ayah/suami akibat Covid19.


Bersama Jingga13 Johor dan Kota Tinggi, Saudara Zabidie telah mewakili DS Wan Azizah Wan Ismail Pengerusi Yayasan Aman telah menyerahkan Cek kepada Puan Anis yang kematian suami akibat covid19 yang kini kembali hidup bersama kedua ibu bapanya dan dua anak beliau di Felda Bukit Besar, Kulai, Johor. Beliau yang kehilangan tempat bergantung kini berhadapan pula dengan masalah kewangan serta kini sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin.


Jingga13 Johor merakamkan ucapan Takziah dan salam kedukaan kepada keluarga arwah. Semoga dengan sumbangan ini dapatlah meringankan perbelanjaan harian mereka.

Terima kasih yang setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Pengerusi YAYASAN AMAN dan juga saudara Mikael Iskandar Penyelaras Program ini yang juga Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia atas keprihatinan dan segera membantu keluarga ini



Semoga beliau tabah dengan ujian ini dan dengan sumbangan ini dapatlah membantu beliau sekeluarga. Salam takziah dari kami di Jingga13 Johor.