Saturday 2 October 2021

Jingga 13 Perlis sampaikan 20 kampit beras sumbangan Satu Creative kepada pengurusan Masjid Ali Imran Ulu Pauh

Pada hari ahad yang lepas Koordinator Jingga 13 Perlis saudara Hasparizal bersama Ahli Penasihat Jingga 13 Perlis uncle Cheam telah menyampaikan 20 kampit beras sumbangan Satu Creative kepada Imam Azhar mewakili pengurusan  Masjid Ali Imran Ulu Pauh untuk diedarkan kepada asnaf yang terkesan akibat Covid 19.

Terima kasih diucapkan kepada Satu Creative yang sentiasa menyokong aktiviti Jingga 13 Perlis . Dan tak lupa juga  kepada pengurusan Masjid Ali Imran atas kesudian menerima sumbangan tersebut

Thursday 30 September 2021

Jingga 13 Perlis sampaikan 20 kampit beras sumbangan Satu Creative kepada pengurusan Masjid Ali Imran Ulu Pauh

Pada hari Ahad yang lepas Koordinator Jingga 13 Perlis saudara Hasparizal bersama Ahli Penasihat Jingga 13 Perlis uncle Cheam telah menyampaikan 20 kampit beras sumbangan Satu Creative kepada Imam Azhar mewakili pengurusan  Masjid Ali Imran Ulu Pauh untuk diedarkan kepada asnaf yang terkesan akibat Covid 19.

Terima kasih diucapkan kepada Satu Creative yang sentiasa menyokong aktiviti Jingga 13 Perlis . Dan tak lupa juga  kepada pengurusan Masjid Ali Imran atas kesudian menerima sumbangan tersebut

Jingga 13 Parlimen Kangar bersama AJK Masjid Al Ariffin sampaikan sumbangan beras daripada Satu Creative

Pada hari Ahad yang lepas Koordinator Jingga 13 Parlimen Kangar bersama-sama AJK Masjid Al Ariffin Padang Katong telah meluangkan masa menyampaikan sumbangan beras mewakili Satu Creative kepada asnaf yang menjadi kariah masjid tersebut.


Terima kasih diucapkan kepada Satu Creative yang menyumbangkan 10 kampit beras untuk program ini dan tak lupa juga terima kasih kepada En.Jasabidin AJK Masjid Al Ariffin yang sudi meluangkan masa bersama Koordinator Parlimen Kangar saudara Rosmaini membuat edaran tersebut







Wednesday 29 September 2021

JINGGA13 KLUANG HULUR SUMBANGAN KOTAK MAKANAN 2 FAMILI YANG TERKESAN PENDAMIK

Tanggal 29 /9/2021  Alhamdulillah hasil keprihatinan dan saling bantu membantu jiran tetangga yang memberikan informasi kepada Jingga13 Kluang , maka hari ini Jingga 13 Kluang menghulurkan bantuan kotak makanan kepada 2 keluarga yang terkesan akibat pendemik covid 19 .

Sikap jiran tetangga yqng sebeginilah perlu ada dan dicontohi kepada setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum , bangsa dan agama . Jingga13 Kluang menyampaikan kotak makanan tersebut kepada jiran tetangga bagi mewakili 2 kuqrgq yqngg menjadi mangsa pendamik tersebut .

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban keluarga tersebut . Diharapkan juga 2 keluarga tersebut bebas daripada Covid19 . Terima kasih kepada semua yang perihatin  dalam membantu rakyat yang terkesan dengan Pendamik Covid 19 ini....


"MUAFAKAT PERIHATIN BERANI" 


ZAIDI KOORDINATOR BARU NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 Jngga13 Malaysia mengumumkan perlantikan Komrad Mohd Zaidi bin Hj Othman sebagai koordinator baru Jingga13 Kedah berkuatkuasa hari ini . Beliau mengantikan Komrad Hamizan yang tidak dapat memberikan komitmen kerana faktor pekerjaan beliau yang pulang lewat petang membataskan pergerakan beliau . 

Komrad Zaidi sebenarnya tidak asing kepada Jingga13 kerana beliau pernah menjadi Koordinator Jingga13 Kedah pada tahun 2013 . Komrad Zaidi yang pernah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian daripada DYMM Sultan Kedah  

Berikut adalah biodata Komrad Zaidi :

Nama: Mohd Zaidi Bin Hj Othman,PJK.

Asal:Sungai Petani Kedah

Umur: 48 tahun

Status : Berkahwin

Bil. Anak : 5 orang


Pengalam kepimpinan :

1-AJK Cabang Sg.Petani

2-AJK AMK Bahagian/ Cabang.Timbalan AMK Cabang Sg. Petani.

3-Ketua Penerangan AMK dan Exco AMK Negeri Kedah.

4-Ketua Pengarah PRU Dun Sidam

5-Ejen Pilihanraya P15 (Wakil Calon)

6-Pengarah Pemilihan Parti Cabang Sg.Petani(Dato Johari Abdul)

7- AJK PR Cabang


Lantikan Politik Pernah Di Amanah : 

1- Ahli Majlis MPSPK

2- Penyelaras KPDNHEP Parlimen Sg. Petani

3- Pengurus Politik YB Ahli Parlimen Sungai Petani Dato Johari Abdul



Dengan pengalaman Komrad Zaidi diharap dapat memimpin dan mengajtifkan Jingga13 Kedah terutama dalam membantu golongan fakir miskin , asnaf dan mereka yang berada dalam kesusahan serta prihatin terhadap isu rakyat di negeri Kedah Darul Aman .

JINGGA13 PAHANG SAMPAIKAN KATIL , TILAM DAN PAMPERS PADA MAK TEH DI KG JAYA GADING , PARLIMEN PEKAN

Jingga13 Pahang yang dipimpin Koordinatornya Komrad Shahril Ahmad dan Tim Jingga13 Pahang telah ke Kg Jaya Gading dalam Parlimen Pekan untuk menyampaikan sumbangan berupa katil , tilam dan pampers kepada sepasang suami isteri warga emas iaitu Pak Teh dan Mak Teh yang uzur .

Sebum ini mereka suami isteri tidur di atas tilam usang di lantai sahaja . Apa lagi kondisi Mak Teh yang sangat keuzuran tidak mampu berjalan lagi hanya baring di tilam usang tersebut . 


Dalam kesempatan tersebut Tim Jingga13 Pahang turut sampaikan salam dari cheif Fariz Musa ( Beliau pernah bertanding di Parlimen Pekan sewaktu PRU 13 ) dan Penaung Jjngga13 Malaysia YB Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Semoga sumbangan tersebut dapat memberikan keselesaan dan me gembirakan Pak Teh dan Mak Teh sekeluarga . 





Tuesday 28 September 2021

Salam Takziah kepada Komrad Asuwadi Ismail dan keluarga

Jingga13 Malaysia merakamkan rasa dukacita dan sedih di atas pulangnya ke rahmatullah ayananda tercinta komrad Asuwadi Ismail, Ahli Sekretariat Jingga13 Malaysia. 

Allaahummaghfir lahu Ismailwarham hu wa’aafi hu wa’fu anhu

Semoga Allah mengampunkan dosa arwah dan ditempatkan bersama kekasih-kekasih Allah SWT , Amin .

Salam takziah daripada Jingga13 Malaysia kepada komrad Asuwadi dan seluruh ahli keluarga beliau . 


Sunday 26 September 2021

JINGGA13 KELANTAN SERTAI BENGKEL PENGENALAN PRAB DAN KARIB SECARA ZOOM ANJURAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

26 September 2021 , Jingga13 Kelantan diwakili Setiausaha Jingga13 Kelantan , Komrad Syuzyelawati binti Shafii telah menyertai BENGKEL PENGENALAN PRAB DAN KARIB , secara atas talian melalui aplikasi zoom . 


Kursus tersebut dianjurkan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) Malaysia sebagai persiapan awal musim banjir di negeri Pantai Timur iaitu melibatkan Kelantan , Terengganu dan Pahang dari jam 9.00 pagi hingga13 30 tengahari . 





ADIK NUR SYAFINAZ PERLU DANA BIAYAI KOS RAWATAN JANTUNG DI HKL , JINGGA13 PAHANG RAYU WARGA PRIHATIN HULURKAN SUMBANGAN

Adik Nur Syafinaz bt Abdullah berumur 10 tahun 10 bulan telah disahkan mengidap sakit jantung dan memerlukan rawatan di Hospital Kuala Lumpur .

Beliau adalah merupakan anak kepada seorang ibu tunggal Pn Nur Junaidah Jamaluddin yang sekarang tinggal di Lorong Seri , Kuantan 5 dengan menyewa bilik sebagai tempat berteduh beliau dan 4 orang anaknya . 

Pn Junaidah yang tidak bekerja kerana baru sahaja selesai menjalani kuarantin covid 19 , mempunyai 4 orang anak , sudah pasti tidak mempunyai kemampuan terutama daripada segi kewangan untuk berulang alik ke Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan anaknya itu . 

Jingga13 Pahang telah mengadakan ziarah prihatin ke rumah Adik Nur Syafinaz dan menyumbangkan sedikit barang makanan , susu tepung dan Pampers bagi tujuan meringankan bebanan Pn Junaidah yang tiada pendapatan itu. 

Jingga13 Pahang merayu kepada warga yang prihatin agar dapat membantu adik Nur Syafinaz dengan menghubungi Sdr Shahril Ahmad , Koordinator Jingga13 Pahang di talian/whatsup 019-922 4822 untuk sebarang pertanyaan . ( Nanti diberkan akuan Pn Junaidah - sedang menunggu makluman daripada beliau )