Saturday 18 September 2021

IBU TUNGGAL BERSAMA 2 ANAK YATIM YANG KEMATIAN BAPA/SUAMI AKIBAT COVID19 DAPAT PERHATIAN JINGGA13 KOTA TINGGI

Kematian adalah satu kepastian, namun kematian disebabkan pendemik covid adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Kehilangannya begitu pantas dan terlalu cepat. Tidak dapat menjaga atau melawat sewaktu sakit dan tidak dapat mengadap sewaktu sakaratulmaut. Malah tidak dapat menatap wajah selepas meninggal. Inilah kesedihan yang dihadapi oleh keluarga yang ditinggalkan.

Hari ini Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol (Koordinator), Sdri Linda bte Hj Sanip (Jinggawanis)serta Ustaz Azahari Adam (Amil Baitulmal) hadir menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada pewaris arwah iaitu Puan Anis Saheerra bte Mohd Shah bersama 2 orang anak beliau yang masih kecil. Puan Anis juga sedang sarat mengandung anak yang ke 3.

Sebelum ini, Jingga13 Johor telah mendaftarkan permohonan beliau kepada Yayasan Aman untuk bantuan  anak-anak beliau yang menjadi yatim akibat Covid19. Permohonannya masih dalam proses lagi.

Selain sumbangan barang makanan dan barangan dapur, Jingga13 Kota Tinggi juga membantu mendaftarkan keluarga tersebut untuk bantuan Baitulmal. Ustaz Azahari (Amil Baitulmal) telah beri jaminan akan berusaha memastikan keluarga ini mendapat bantuan yang sepatutnya.

Terima kasih kepada Jingga13 Kota Tinggi dan Amil Baitulmal atas keprihatinan kalian. Moga  kesedihan yang dideritai oleh keluarga tersebut, terubat oleh usaha kalian.


#MuafakatPrihatinBerani

Friday 17 September 2021

JINGGA13 PENGERANG JALANI MISI PRIHATIN BANTU KOMRAD YG KUARANTIN KERANA KONTAK RAPAT

Pada 16 September 2021 , JINGGA 13 PENGERANG menyampaikan bantuan sumbangan barangan bakul makanan kepada Komrad Jingga Pengerang yang sedang menjalani kuarantin dirumah kerana kontak rapat dengan pesakit yang positif covid19.


Jingga 13 Pengerang diwakili oleh Koordinator Ahmad Zaid menyerahkan sumbangan barangan bakul makanan kepada keluarga komrad Zam Zack 

Semoga cepat sembuh dan bersabar atas ujian yang diberikan oleh Allah SWT. 


#jingga13pengerang 

#kamibantutakkirasiapa 

#MuafakatPrihatinBerani 

#kenakuarantinbukansatudosa

Selamat Hari Malaysia 2021






#MalaysiaPrihatin
#MuafakatPrihatinBerani


Tuesday 14 September 2021

JINGGA13 PENGERANG BANTU 12 ORANG PEKERJA DI ASRAMA PEKERJA DI FELDA TUNGGAL DI KUARNTIN KERANA KONTAK RAPAT

JINGGA 13 PENGERANG menyampaikan bantuan sumbangan barangan bakul makanan kepada 12 Orang Di asrama pekerja Di Felda tunggal yang terjejas kerana mereka semua sedang di kuarantin kerana kontak rapat dengan rakan mereka yang positif covid19.

Jingga 13 Pengerang diwakili oleh komrad Hasmadie Madi menyerahkan sumbangan barangan bakul makanan kepada mereka semua. 


Ucapan terima kasih kpd Dr. Zamil Najwah Arbain  yg telah memberikan sumbangan tersebut. Semoga dgn sumbangan ini sedikit sebanyak dpt membantu meringankn beban pekerja-pekerja  tersebut.


#jingga13pengerang 

#kamibantuseadanya 

#MuafakatPrihatinBerani 

#sayangsemua 

#kenakuarantinbukansatudosa 

#kamitakramaitapiada

JINGGA13 KLUANG BANTU KELUARGA YANG KUARANTIN KERANA COVID-19 DI SRI LALANG , KLUANG

Tanggal 13/9/2021 ,  Jingga 13 Kluang  telah menyampaikan sumbangan kepada satu keluarga di Sri Lalang yang dikenakan kuarantin .

Sumbangan diserahkan kepada jiran  mangsa yang telah menghubungi Jingga 13 Kluang yang memaklumkan pekara tersebut . Jiran yang prihatin dan wajar dipuji . 

Jingga13 Kluang merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Hassan Karim ( MP P.GUDANG) serta rakan-rakan yang sudi menyumbang untuk meringankan beban penerima.

Turut membantu Komrad Rosli , koordinator Jingga13 Kluang ialah komrad Johan Ariff .

"MUAFAKAT PERIHATIN BERANI" 

Sunday 12 September 2021

AL FATIHAH


Allaahummaghfir lahu Ashraf warham hu wa’aafi hu wa’fu anhu

Hari ini Jingga13 Malaysia dikejutkan dengan berita pulangnya lerahmatullah Allahyarham Komrad Ashraf , Setiausaha Jingga13 Selangor yang meninggal dunia kerana serangan jantung sewaktu memandu kerata sekitar Klang . 

Almarhum telah dibawa ke Hospital Tungku Rahimah Klang namun tidak dapat diselamatkan .Komrad Ashraf pergi buat selama-lamanya . beliau yang juga Editor Kenyataan Media Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia merupakan seorang komited kepada perjuangan Jingga13 . 

Semoga Almarhum Komrad Ashraf diampunkan segala dosa dan roh beliau ditempatkan bersama-sama kekasih Allah serta dipermudahkan segala urusan pengebumian almarhum yang dijangka diuruskan esok di Mont Kiara . 

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM HULUR SUMBANGAN KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS DAN ASNAF YANG DIKUANRANTIN KERANA COVID19

Serahan sumbangan bakul makanan yang disumbangkan daripada YB TUAN HASSAN ABD KARIM Ahli Parlimen Pasir Gudang telah diterima melalui Sdr Zabidie Abas Koordinator jingga13 Johor kepada Jibgga13 Simpang Renggam .

Barangan makanan tersebut telah di hantar oleh Sdr Sukri Bin Zakaria koordinator Jingga13 Simpang Renggam ke Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah yang sedang dalam proses kuarantin akibat kontak rapat Covid19 yang melibatkan seramai 8 penguni fan 4 pembantu,bagi langkah SOP barangan hanya diletakkan diluar pagar dan menghubungi En Saipul Anuar iaitu Pengerusi Pusat Jagaan itu.

Untuk pengetahuan Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah ini terletak di Kampung Chokro , Simpang Renggam . Para penghuni yang ditempatkan di sini terdiri daripada warga emas, asnaf tidak berwaris (sebatang Kara) yang tanpa penjagaan daripada mana-mana pihak 

Malah ada juga waris mahu ibubapa mereka mendapat penjagaan lebih baik di pusat ini berbanding tinggal seorang diri di rumah tetapi waris perlu membuat bayaran bulanan bagi tanggungan makanan harian dan lain-lain, 

Jika ada individu , NGO atau sesiapa yang hendak memberi sumbangan boleh terus menghubungi En Saipul Anuar , Pengerusi Pusat Jagaan Insan Emas ditalian 014 3077296.

En Saipul Anuar merakamkan  berterima kasih atas sumbangan dan berkirim salam kepada YB TUAN HASSAN KARIM Dan team jingga13 keseluruhannya.


*MUAFAKAT•PERIHATIN•BERANI*

#ybhassankarim

#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia





JINGGA13 KLUANG SANTUNI MANGSA-MANGSA COVID-19

Kordinator Jingga 13 Kluang komrad Rosli bersama komrad Johan Ariff turun menjalani misi prihatin dengan menyantuni mangsa-manhsa covid 19 . Jingga13 Kluang turut menyampaikan sumbangan  barangan makanan . 

Diharapkan sumbangan tersebut dapat  meringankan beban mangsa . Jingga13 Kluang juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Hasan Karim (MP P.Gudang) yang telah menyumbangkan barang makanan tersebut . Semoga Allah membalas jua .  .