Saturday 21 August 2021

JINGGA13 BANGI BERSAMA NGO MUALLAF SELANGOR LAKSANA KERJA AMAL SANITASI SURAU DAN MASJID CEGAH COVID-19

Pada 20/8/2021 (Jumaat)  , Jingga 13 Bangi bersama Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Muallaf Selangor melakukan kerja-kerja amal dengan mrlakukan sanitasi di masjid dan surau di sekitar Bandar Baru Bangi bagi memastikan surau dan masjid bebas daripada virus covid-19 .

Surau dan masjid tersebut ialah :

1. Surau Ukuhwah Sek8 Bandar Baru Bangi

2. Surau Muhajirin Taman Surada

3. Masjid AlFalah Sungai Ramal

4. Surau Al Kausar Sek 4 Bandar Baru Bangi.









Friday 20 August 2021

JINGGA13 HADIR KEPENYERAHAN MEMORANDUM GBMRM KEPADA KDYMM YDP AGONG AGAR MELANTIK DS ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM9

Haru ini , Jumaat, 20 Ogos 2021 , 11.30 pagi.   bertempat di Istana Negara , Jingga13 Malaysia yang diwakiki Komrad Afzainjzam Abdul Rahman , Setiausaha Agung Jingga13 Malaysia turut hadir dalam majlis prnyerahan memorandum rakyat oleh Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia bagi mewakiki 99 NGO yang bergabung menyampaikan rayuan kepada KDYMM Yang DiPertuan Agong  agar dilantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 9 .

Berikut adalah mrmorandum tersebut :

GABUNGAN BERTINDAK MEMORANDUM RAKYAT MALAYSIA 

Rujukan: Memo

Tarikh : 20 Ogos 2021

Merafak sembah penyerahan Memorandum Rakyat kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, 

Ampun Tuanku beribu ampun,

Patik sekalian dengan rendah hati merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ke Bawah Duli Tuanku atas perkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perΔΊetakan jawatan Tan Sri Mahaidin Yassin sebagai Perdana Menteri. 

Kami mewakili rakyat Malaysia berdoa agar Kebawah Duli Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan dan dilindungi Allah s.w.t .

Dirgahayu Tuanku.

Daulat Tuanku.

Ampun Tuanku,

Politik tanah air terus menjadi polemik perbincangan dan perdebatan hangat menjelang perlantikan Perdana Menteri yang baru. Apa yang menjadi kegusaran rakyat adalah soal siapakah Perdana Menteri yang bakal dilantik dalam masa terdekat yang bakal mencorakkan masa depan rakyat dan negara.

Malaysia yang dahulunya terkenal dan dihormati dunia sebagai sebuah negara yang maju dan berjaya dalam ekonomi, politik dan sosial masyarakat berbilang kaum yang harmoni, pada hari ini terus dilanda pelbagai krisis kepimpinan akibat pencabulan sistem Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Dan krisis ini hampir memusnahkan impian dan aspirasi rakyat untuk hidup bernegara yang dipimpin oleh sistem tadbirurus yang cekap dan bertanggungjawab berdasarkan rukun negara.

Kami yang mewakili rakyat Malaysia sentiasa meletakkan Institusi Raja sebaga entiti pentadbiran negara yang mulia dan berperanan penting dalam mempastikan pentadbiran negara sentiasa tidak tersasar dari landasan rukun negara.

Ampun Tuanku,

Kegagalan barisan kerajaan PN telah meninggalkan pelbagai titik hitam dalam sejarah dan tradisi demokrasi di negara ini. Terkini, sokongan seramai 114 orang yang dibawa oleh Tan Sri Mahaidin Yassin dengan beberapa syarat sudah pasti mengundang pelbagai kontroversi dan ketidakyakinan rakyat terhadap kemampuannya menstabilkan politik negara, seterusnya tidak mampu menyelesaikan masalah pendemik dan ekonomi yang semakin meruncing. Dan satu tindakan penjajaran baru dalam pentadbiran negara perlu dipertimbangkan dengan hikmah agar kegagalan tidak berulang.

Ampun Tuanku,

Negara amat memerlukan pemimpin yang berketrampilan serba serbi, berwibawa, karismatik, berfikiran strategik, istiqomah dan berjiwa negarawan yang sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.

Bagi tujuan ini, sosok yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah insan ibarat sebutir mutiara berharga, mampu berada dimana- mana keadaan untuk memberi cahaya kemakmuran rakyat dan negara. Nilai -nilai seorang negarawan yang dimiliki beliau telah terbukti dalam pelbagai fasa kepimpinannya bermula sebagai seorang pemimpin pelajar, pengasas persatuan gerakan kemanusiaan, seterusnya seorang menteri dan timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah membawa Malaysia memperolehi gelaran " Harimau Asia" ketika beliau menjadi menteri kewangan.

Kegigihan dan kecekalan Datuk Seri Anwar dalam memperjuangkan keadilan sehingga sanggup dihukum penjara adalah satu pengorbanan mulia yang tiada tolok bandingnya di negara ini. Maka kami merasakan bahawa keperibadian dan kebolehan beliau telah cukup melayakkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia kali ini. 

Kami percaya bahawa ketika ini, rakyat jelata diluar sana sudah menunggu sekian lama dengan penuh keyakinan dan kesabaran untuk melihat seorang tokoh negarawan bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin dan membawa negara ini keluar dari kemelut politik, ekonomi, sosial dan kesihatan dengan jayanya. Dunia telah meyakini sumbangan dan potensi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam peranan mengolah pembaharuan geo-politik Nusantara dan dunia.

Patek sekalian berkeyakinan penuh bahawa hanya Ke Bawah Duli Tuanku dapat memahami dan mempertimbang bagi memperkenan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9. Patek sekalian yakin bahawa ke bawah Duli Tuanku akan merasakan pilihan kali ini tidak akan mengecewakan Ke Bawah Duli Tuanku untuk mempastikan Malaysia kembali mendapat pengikhtirafan murni dalam dan luar negara.

Ampun Tuanku,

Moga Allah s.w.t menganugerahi rahmat kepada Ke Bawah Duli Tuanku dan seluruh keluarga . .

Ampun Tuanku .

Senarai nama NGO bersama:

Gabungan 

Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM)


xxxxxxxxxxxxx


1. Masssa

( Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia).

2. MEMO (Majlis Gabungan Media Digital Malaysia).

3. Otai Reformis 1998.

4. GMPN (Veteran Tentera).

5. .Jingga13 Malaysia

6. Suara Prihatin Rakyat Malaysia.

7. Pertubuhan Pelancongan Muslim Perak.

8.Jaringan Maufakat Ngos Islam Perak.

9. Pertubuhan Jalinan Amal Rakyat Taiping.      

 10. Pertubuhan Komuniti Sejahtera Aman Perak. 

 11.Persatuan Integrasi Kebajikan Kinta Perak.

12. Pertubuhan Harapan  Sejahtera Larut Matang Dan Selama Perak. 

13.Pertubuhan Jalinan Mesra Rakyat Larut.

14. Persatuan RAPAT Rakyat.

 15 .PERTUBUHAN SUARA RAKYAT SIPITANG.

16. Sekretariat Muafakat.

17. Persatuan Menyumpit Murut Dayak Sabah.

18. PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH. 

19. Persatuan Penduduk Kampung Buang Sayang. 

20. Pertubuhan Peneraju dan Pemerkasaan Wanita Sabah. 

21. Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS). 

22. Pertubuhan Sinar Qaseh Labuan.

23. Persatuan Anak Sabah di Perantauan.

24. Persatuan Penduduk Asli Sabah (PEPAS).

25.PERSATUAN KEBAJIKAN & KEBUDAYAAN MURUT MALAYSIA .

26.Persatuan Insan Prihatin Sabah.

28. Persatuan Prihatin Kuala Lumpur.

28. MJMM.

29. GRVATM. 

30.Pertubuhan Sukarelawan Komuniti Harapan Malaysia (Harap Malaysia).

31. Persatuan kebajikan Orang Orang Miskin SeMalaysia.

32.Pertubuhan Gerak Aktif Sosioekonomi & Amal Kebajikan (GASAK)

33. Persatuan Kebajikan Komuniti Murni Ipoh Perak.

34. Gerakan Martabat Pejuang Negara.

35.PERSATUAN AMAL KASIH SAYANG KOMUNITI MANJUNG PERAK.

 36.IMAN (Interactive Muslimah Association). 

37. Wanita Sepakat NGO.

38. Pertubuhan Kebajikan Skuad Peduli Batu Pahat.

39.  Pertubuhan Pembangunan Dan Kebajikan Rakyat Negeri Johor.

40.  Pertubuhan Kebajikan Dan Pembangunan Ekonomi Anak Rengit.

41.  Persatuan Solidariti Ekonomi Malaysia (PSE).

42.  PEDULI MALAYSIA

(Pertubuhan kepedulian dan keperhatinan Rakyat Malaysia).

43. PERSATUAN PEMERKASAAN KITAR SEMULA MALAYSIA.

44. Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

45.PERSATUAN KEBAJIKAN KOMUNiTI SEPADU KEMAMAN TERENGGANU. 

46.PERSATUAN WANITA MURUN BELAGA SARAWAK. 

47.Pertubuhan Kebajikan Cahaya Kasih PPM-022-13-13012020 Miri, Sarawak. 

48.Persatuan Kebajikan Wanita Hulu Terengganu (PKWHT). 

49.Sahabat Perihatin Malaysia. 

50.Persatuan Bekas Penduduk Ladang Bidor Tahan, Bidor, Perak. 

51.Persatuan Sukarelawan Medsos Malaysia. 

52.Persatuan Kesejahteraan dan Masyarakat Segambut Kuala Lumpur (PKKSKL).

53.Pertubuhan Kebajikan Penggerak Amanah Simpang Renggam.

54.Persatuan Penduduk Puncak Borneo. 

55.Gerak Merah Selempang Merah. 

56.Persatuan Penduduk Taman Kluang Barat. 

57.Persatuan Jawa       Ponorogo Johor. 

58.Persatuan Muafakat  Dun Mahkota. 

59.Kelab #Team Johor .

60.Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM).

61.Pertubuhan Komuniti Harapan Orang Ulu (PKHOUK).

62.Merbok Bangkit. 

63.Forum Sungai Sejahtera. 

64.Gerakan Gagasan  Darul Aman. 

65.Ikatan Remaja Murni. 

66.Rise Of Sarawakian (ROS).

67.Teguh Prihatin Pulau Pinang. 

68.Pertubuhan Pemerkasaan Wanita dan Keluarga Petra Jaya. 

69.Muslim Saujana Damansara. 

70.Pertubuhan Amanah Prihatin Tangga Batu Melaka

71.Pertubuhan Jiwa Baru Melaka.

72. Warisan Perpaduan Serkam (Melaka)

73. Kelab Komuniti Bemban (Melaka)

74.Persatuan Nilai Murni Melaka.

75. Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor (DPIM Selangor)

76. Persatuan Kontraktor Pembersihan & Senggaraan Selangor (KiPS).

77. Pertubuhan Ikatan Jawa Selangor (iJawa)

78. Persatuan Usahawan Mikro Sepang (MIKROS).

79.Persatuan Pengusaha Kebun Laman Sepang (LAMANS).

80.Pertubuhan Jaringan Pendukung Reformasi Negeri Selangor (JPRNS).

81.Pertubuhan Anak Muda Inspirasi Rakyat (AMIR).

82.Pertubuhan Selangkah Yang Cemerlang Malaysia (SAYANG).

83.Pertubuhan Sekretariat Amal & Latih Masyarakat Selangor (SALAM).

84.Pertubuhan Akademi Usahawan Binaan Malaysia (PEMBINA).

85.Pertubuhan Khidmat Islah Malaysia (ISLAH MALAYSIA).

86.Pertubuhan Ekonomi Digital Malaysia (DIGITAL MALAYSIA).

87. Pertubuhan Pusat Khidmat Kerohanian (KEROHANIAN).

88.Persatuan Pusat Khidmat Islah (ISLAH).

89.Persatuan Pengguna Murni Selangor (PENGGUNA MURNI).

90.Pertubuhan Ekonomi Halal Malaysia (HALAL MALAYSIA).

91. Pertubuhan Giat Seni Warisan Budaya Malaysia (GIATSENI).

92. Pertubuhan Pemberdayaan Wanita Tanjong Karang (BERDAYA WANITA).

93. Persatuan Anak Bendang Tanjong Karang (ANAK BENDANG).

94. Wadah

95.Pro Reformis 98

96.Bakun Hidro Belaga Asap Murum.

97.Wanita murum Belaga.

98. Persatuan Ibu Tunggal Murum /Belaga.

99.Pertubuhan Gagasan Keadilan Melaka









JINGGA13 DESAK BEBASKAN SEGERA 31 ORANG ANAK MUDA YANG BERHIMPUN KERANA MEMPERINGATI KORBAN COVIC-19 SEJUMLAH 13,480 ORANG

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia 

20 Ogos 2021

JINGGA13 DESAK BEBASKAN SEGERA 31 ORANG ANAK MUDA YANG BERHIMPUN KERANA MEMPERINGATI KORBAN COVIC-19 SEJUMLAH 13,480 ORANG 

Jingga13 Malaysia mendesak agar 31 anak muda daripada Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang ditahan di Dataran Merdeka oleh pihak polis kerana memperingati korban Covic-19 dibebaskan dengan segera.  


Tindakan brutaliti pihak polis yang mengheret secara kasar anak-anak muda ke black maria seolah-olah mereka melakukan jenayah yang amat berat adalah sangat dikesali,  sedangkan mereka hanya berkumpul secara aman serta mematuhi SOP . 

Mereka berhimpun kerana memperingati korban kematian disebabkan oleh Covic-19 yang kini  sejumlah 13,480 orang. Satu jumlah yang sangat tinggi yang membuktikan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional yang lalu dalam menangani pendemik Covic-19. 

Pihak polis sewajarnya memberikan ruang sebaiknya kepada anak-anak muda ini yang ingin memberikan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia disebabkan pendemik Covic-19 dan bukannya menangkap mereka dengan secara kasar. Bebaskan anak-anak muda ini dengan segera !.

Muafakat*Prihatin*Berani 

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator 
Jingga13 Malaysia 









Wednesday 18 August 2021

JINGGA13 PAHANG BANTU 12 KELUARGA DI KG PERMATANG BADAK FAN KG CHEBDRING. KUANTAN

Agenda membantu mereka yang memerlukan di teruskan olrh Jingga 13 Pahang . Kali ini Jingga13 Pahang membantu 12 keluarga yang terkesan kerana pandemik Covid 19 dan hiduo miskin di Kampung Permatang Badak dan Kampung Chendering , Kuantan.


Salah sorang dari penerima sumbangan ialah Pak Hartono pemegang Kad Pengenalan Merah yang terlantar kerana strok dan di jaga olh anaknya yang merupakan seorang OKU . Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringan bebanan semua keluarga mereka . Amin. 















Tuesday 17 August 2021

JINGGA13 BANGI BERSAMA NGO NUSA PROGRESIF HULUR SUMBANGAN KEPADA KELUARGA TERKESAN PKP

Jingga13 Bnagi bersama NGO Nusa Progresif telaj mengambil inisiafif membantu 3 keluarga yang terkedan kerana PKP. Umpama " jatuh tangga ditimpa tangga " , sudahlah berdepan dengam pendemik Covic19 , kerana PKP mereka tidak dapat beketja mencari rezeki.



Semoga sedikit sumbangan tersebut dapat meringankan pendetitaan mereka.  Amin.  

Monday 16 August 2021

JINGGA13 KELANTAN ZIARAH PRIHATIN ASNAF DAN WARGA EMAS DI PASIR MAS, KELANTAN

Jlingga13 Kelantan telah mengadakan program Ziarah Prihatin di Guchil Bayam , Tanah Merah. Kelantan.  Program Ziarah Prihatin Jingga13 Kelantan menyantuni asnaf dan warga emas . 

Komrad Syuzyelawati Safii, Setiausaha Jingga13 Kelantan bersama Bendahari Jingga13 Kelantan Komrad Norrulaini  dan Jinggawanis Rosmielia turun menyampaikan sumbangan barangan makanan bagi meringankan bebanan mereka. 

Rumah pertama yang mereka ziarah ialah Pakcik Zakaria bin Abdullah berumur 60 tahun . Mempuntai 6 orang anak.  Bekerja sebagai tukang urut , namun sejak PKP tidak dapat melakukan perkerjaannya . 

Rymah ke 2 ialah Pak cik Nor dan Mak cik Gayah , mereka berdua adalah warga emas dengan memperolehi pendapatan dengan berjual daun pisang . Mereka berdua juga mempuntai anak OKU berumur 34thn. 

Ziarah Prihatin ke 3 ialah En Syahemi bin Mahmood umur 49 tahun. Isteri beliau Pn Romeeyah bin Yuusoh. Mereka mempunayai 2 orang anak. En Syahemj bekerja sebagai buruh. PKP ini beliau kehilangan kerja dan terpaksa bekerja apa sahaja untuk menyara keluarga. 



Sunday 15 August 2021

π‰πˆππ†π†π€13 πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ πŒπ„ππ„π‘π”π’πŠπ€π 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πŠπ„ππ€πƒπ€ π†πŽπ‹πŽππ†π€π π“π„π‘πŠπ„π’π€π π€πŠπˆππ€π“ π‚πŽπ•πˆπƒ19

Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Jingga13 Kota Tinggi telah menyantuni 2 keluarga yang terkesan akibat pendemik covid19 di Felda Bukit Besar, Kota Tinggi, Johor.

Penerima pertama, Sdr Zulkifli yang diarahkan kuarintin dirumah akibat kontek rapat. Tidak dapat bekerja. Isteri beliau yang bekerja sebagai pembantu Tukang Masak di kedai makan pula terpaksa dicutikan buat sementara waktu. Anak-anak beliau kini duduk berasingan didaerah yang lain dan tidak dapat pulang.

Penerima kedua pula Sdr Daud, seorang pengusaha van sekolah. Disebabkan PKP dan sekolah ditutup, beliau telah kehilangan punca pendapatan sejak beberapa bulan yang lalu. Van beliau juga terpaksa direhatkan kerana kos penyelenggaraannya juga tinggi.


Jingga13 Kota Tinggi telah menghulurkan sumbangan barang dapur dan barang makanan bagi meringankan perbelanjaan keluarga. Semoga mereka tabah dengan ujian ini dan ada jalan keluar dari kemelut ini serta dilindungi dari wabak covid19.

#MuafakatPrihatinBerani