Saturday 14 August 2021

JINGGA13 KELANTAN ZIARAH PRIHATIN 3 WARGA PESAKIT KRONIK DI KOTA BHARU

jingga13 Kelantan telah mengambil tindakan positif dengan melaksanakan Ziarah Prihatin 3 warga yang sedang bergelut dengan penyakit di sekitar Kota Bharu.  

Timbalan Koordinator Jingga13 Kelantan Komrad  Mat Lazim Nawang , bersama Setiausaha Jingga13 Kelantan Komrad Syuzyelawati Safii  , Bendahari Komrad Norrulaini Safii dan Jinggawanis Komrad Rosmielia Syahemi telah turun padang menyampaikan sedikit sumbangan barangan makanan agar dapat meringabkan bebanan mereka sekeluarga.  

Ziarah Prihatin Pertama ialah Pak Cik Yusof bin Ibrahim atau lebih dikenali dengan Pak Su Win yang berunaur umur 74 tahun  di Kg Kubur Kuda.  Kota Bharu . Sudah setahun Pak Su Win mengalami stroke tahap 3 . Dengan keadaan keuzuran tersebut Pak Su Win hanya mengharapkan bantuan daripada anak-anaknya sahaja. 



Ziarah Prihatin ke 2 ialah En.  Amir bin Mustapha yang menghadapi sakit bisul kronik dan athma.  Beliau menpunyai 5 orang anak dan tinggal di  Kg Kubor Kuda , Kota Bharu 


Dan Ziarah Ptihatin Ke 3 ialah En. Mohd Azrulnizal bin Mohd Zainol berumur 43 tahun di Kg Jalan Sungai Keladi , Kota Bharu . Beliau masih belum berkahwin . telah menderita stroke sudah 11 tahun 


Friday 13 August 2021

PARA PENENTANG TS MAHIADDIN DAN KERAJAAN PN, MUAFAKATLAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Kenyataan Media

JINGGA13 Malaysia 


13 Ogos 2021 

PARA PENENTANG TS MAHIADDIN DAN KERAJAAN PN, MUAFAKATLAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA 

Jingga13 Malaysia merayu dan memohon kepada semua 120 Ahli Parlimen yang menentang TS Mahiaddin Md Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar bermuafakat sewaktu membuat keputusan yang paling terbaik untuk rakyat Malaysia.  

Seperti kita ketahui,  kegagalan Kerajaan PN dalam menangani pendemik Covid-19 meletakkan negara dan rakyat dalam keadaan yang sangat tertekan, ekonomi yang semakin merudum dan jumlah jangkitan Covic19 yang sentiasa meningkat, di mana kes baharu adalah sebanyak 21,668 orang.

Jingga13 Malaysia merayu dan memohon agar isu perlantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan baharu janganlah dipolemik dan dipolitikkan. Di mana  akhirnya rakyat dan negara yang menjadi korban. Isu utama negara hari ini dahagakan perhatian yang hanya boleh diperolehi melalui permuafakatan dan kesepakatan Ahli-Ahli Parlimen. 

Jingga13 Malaysia berdiri teguh menyokong cadangan Pakatan Harapan mencalonkan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau sekarang ini, adalah merupakan calon yang paling terbaik untuk memimpin negara ini agar kembali ke landasan yang sewajarnya dengan sokongan semua Ahli Parlimen .

Tolonglah, kami merayu kepada semua Ahli Parlimen yang menentang TS Mahaiddin Md Yassin dan Kerajaan PN, lunaskanlah tanggunjawab anda demi negara dan rakyat Malaysia MUAFAKATLAH.  


Muafakat*Prihatin*Berani 


FARIZ MUSA 

Ketua Kootdinator 

JINGGA13 Malaysia

šš„š‘šŠšŽšš†š’šˆš€š š’š”šŒšš€šš†š€š šš€šŠš”š‹ šŒš€šŠš€šš€š šƒš€š‘šˆ š˜š š†šŽšš€š‹š€šŠš‘šˆš’šš€š (š€šƒš”š š“šˆš‘š€šŒ) šŠš„šš€šƒš€ š‰šˆšš†š†š€13 šŠšŽš“š€ š“šˆšš†š†šˆ UNTUK DIAGIHKAN .

Jš—‚š—‡š—€š—€š–ŗ13 š–Ŗš—ˆš—š–ŗ š–³š—‚š—‡š—€š—€š—‚ š–ŗš—†š–ŗš— š–»š–¾š—‹š–»š–¾š—Œš–ŗš—‹ š—š–ŗš—š—‚ š—†š–¾š—‡š–¾š—‹š—‚š—†š–ŗ š–²š—Žš—†š–»š–ŗš—‡š—€š–ŗš—‡ š–”š–ŗš—„š—Žš—… š–¬š–ŗš—„š–ŗš—‡š–ŗš—‡ š–½š–ŗš—‹š—‚ š–øš–» š–¦š—ˆš—‰š–ŗš—…š–ŗš—„š—‹š—‚š—Œš—‡š–ŗš—‡ š– /š–« š–²š—Žš–»š—‹š–ŗš—†š–ŗš—‡š—‚š–ŗš—† š—Œš–¾š—…š–ŗš—„š—Ž š– š–£š–“š–­ š–³š—‚š—‹š–ŗš—†. š–²š–¾š–»š–ŗš—‡š—’š–ŗš—„ 20 š—Œš–¾š— š–»š–ŗš—„š—Žš—… š—š–¾š—…š–ŗš— š—„š–ŗš—†š—‚ š—š–¾š—‹š—‚š—†š–ŗ š—’š–ŗš—‡š—€ š–»š–¾š—‹š—Žš—‰š–ŗ š–»š–ŗš—‹š–ŗš—‡š—€ š—†š–ŗš—„š–ŗš—‡š–ŗš—‡ š–½š–ŗš—‡ š–»š–ŗš—‹š–ŗš—‡š—€ š–½š–ŗš—‰š—Žš—‹.

š–øš–» š–¦š—ˆš—‰š–ŗš—… š—Œš–¾š—†š—‰š–ŗš— š–»š–¾š—‹š—‰š–¾š—Œš–ŗš—‡ š–ŗš—€š–ŗš—‹ š–»š–ŗš—‹š–ŗš—‡š—€š–ŗš—‡ š—š–¾š—‹š—Œš–¾š–»š—Žš— š–½š—‚š—†š–ŗš—‡š–暝–ŗš–ŗš—š—„š–ŗš—‡ š–½š–ŗš—‡ š–½š—‚š—Œš—Žš—†š–»š–ŗš—‡š—€š—„š–ŗš—‡ š—„š–¾š—‰š–ŗš–½š–ŗ š—€š—ˆš—…š—ˆš—‡š—€š–ŗš—‡ š—†š—‚š—Œš—„š—‚š—‡ š—’š–ŗš—‡š—€ š—†š–¾š—†š–¾š—‹š—…š—Žš—„š–ŗš—‡ š—š–ŗš—‡š—‰š–ŗ š—†š–¾š—‡š—€š—‚š—‹š–ŗ š—„š–ŗš—Žš—† š–ŗš—š–ŗš—Ž š–ŗš—€š–ŗš—†š–ŗ.

š–²š–½š—‹ š–Ŗš–ŗš—†š–ŗš—…š—Žš–½š–½š—‚š—‡ š–¬š–½ š–²š—‚š—†š—‰š—ˆš—… š–Ŗš—ˆš—ˆš—‹š–½š—‚š—‡š–ŗš—š—ˆš—‹ š–©š—‚š—‡š—€š—€š–ŗ13 š–Ŗš—ˆš—š–ŗ š–³š—‚š—‡š—€š—€š—‚ š–»š–¾š—‹š—Œš–ŗš—†š–ŗ š–²š–½š—‹ š–µš–ŗš—Œš—Žš–½š–¾š—‹š–ŗš—‡ š–Ŗš—ˆš—†š—‹š–ŗš–½ š–©š—‚š—‡š—€š—€š–ŗ13 š—†š–¾š—‹š–ŗš—‡š—€š—„š–ŗš—‰ š–­š–ŗš—‚š–» š–Ŗš–¾š—š—Žš–ŗ š–¢š–ŗš–»š–ŗš—‡š—€ š–³š–¾š—‡š—€š—€š–ŗš—‹š–ŗ š—š–¾š—…š–ŗš— š—†š–¾š—†š—Žš—…š–ŗš—„š–ŗš—‡ š–ŗš—€š—‚š—š–ŗš—‡ š—Œš—Žš—†š–»š–ŗš—‡š—€š–ŗš—‡ š—š–¾š—‹š—Œš–¾š–»š—Žš—.


š–¬š–¾š—‡š—Žš—‹š—Žš— š–²š–½š—‹ š–µš–ŗš—Œš—Žš–½š–¾š—‹š–ŗš—‡, š—Œš–¾š—†š—Žš–ŗ š–Æš–¾š—‡š–¾š—‹š—‚š—†š–ŗ š–»š–ŗš—‡š—š—Žš–ŗš—‡ š—š–¾š—‹š—Œš–¾š–»š—Žš— š–ŗš–½š–ŗš—…š–ŗš— š–½š–ŗš—‹š—‚ š—„š–¾š—…š—Žš–ŗš—‹š—€š–ŗ  š—’š–ŗš—‡š—€ š–»š–¾š—‡š–ŗš—‹-š–»š–¾š—‡š–ŗš—‹ š—Œš—Žš—Œš–ŗš— š–½š–ŗš—‡ š–ŗš—†š–ŗš— š—†š–¾š—†š–¾š—‹š—…š—Žš—„š–ŗš—‡ š–»š–ŗš—‡š—š—Žš–ŗš—‡. š–©š–¾š—…š–ŗš—Œ š—š–¾š—‹š—€š–ŗš—†š–»š–ŗš—‹ š–½š—‚ š—‹š–ŗš—Žš— š—š–ŗš—ƒš–ŗš— š—†š–¾š—‹š–¾š—„š–ŗ š—’š–ŗš—‡š—€ š—†š–¾š—‹š–¾š—„š–ŗ š—†š–¾š—‡š—€š—š–ŗš—‹š–ŗš—‰š—„š–ŗš—‡ š–ŗš—€š–ŗš—‹ š–½š—‚š–»š–ŗš—‡š—š—Ž.

š–Æš–¾š—‡š–¾š—‹š—‚š—†š–ŗ š—Œš—Žš—†š–»š–ŗš—‡š—€š–ŗš—‡ š—š–¾š—‹š–½š—‚š—‹š—‚ š–½š–ŗš—‹š—‚ š–¦š—ˆš—…š—ˆš—‡š—€š–ŗš—‡ š–®š–Ŗš–“, š–¶š–ŗš—‹š—€š–ŗ š–¤š—†š–ŗš—Œ š—’š–ŗš—‡š—€ š—š–¾š—…š–ŗš— š—Žš—“š—Žš—‹ š–½š–ŗš—‡ š—š—‚š–ŗš–½š–ŗ š—‰š–¾š—„š–¾š—‹š—ƒš–ŗš–ŗš—‡, š–Øš–»š—Ž š–³š—Žš—‡š—€š—€š–ŗš—… š—’š–ŗš—‡š—€ š—š—‚š—…š–ŗš—‡š—€ š—‰š—Žš—‡š–¼š–ŗ š—‰š–¾š—‡š–½š–ŗš—‰š–ŗš—š–ŗš—‡ š–½š–ŗš—‡ š—Œš–¾š—‰š–ŗš—Œš–ŗš—‡š—€ š—Œš—Žš–ŗš—†š—‚ š—‚š—Œš—š–¾š—‹š—‚ š—’š–ŗš—‡š—€ š—š—‚š—…š–ŗš—‡š—€ š—‰š–¾š—„š–¾š—‹š—ƒš–ŗš–ŗš—‡ š–ŗš—„š—‚š–»š–ŗš— š–Æš–Ŗš–Æ.


š–©š—‚š—‡š—€š—€š–ŗ13 š–Ŗš—ˆš—š–ŗ š–³š—‚š—‡š—€š—€š—‚ š—†š–¾š—‹š–ŗš—„š–ŗš—†š—„š–ŗš—‡ š—Žš–¼š–ŗš—‰š–ŗš—‡ š—š–¾š—‹š—‚š—†š–ŗ š—„š–ŗš—Œš—‚š— š—„š–¾š—‰š–ŗš–½š–ŗ š–øš–» š–¦š—ˆš—‰š–ŗš—…š–ŗš—„š—‹š—‚š—Œš—‡š–ŗš—‡ š– š–£š–“š–­ š–³š—‚š—‹š–ŗš—† š—„š–¾š—‹š–ŗš—‡š–ŗ š—Œš—Žš–½š—‚ š—†š–¾š—†š–»š–ŗš—‡š—š—Ž š—„š–ŗš—†š—‚ š–½š–ŗš—…š–ŗš—† š—Žš—Œš–ŗš—š–ŗ-š—Žš–ŗš–ŗš—š–ŗ š—†š–¾š—‡š–½š–¾š—„š–ŗš—š—‚ š—‹š–ŗš—„š—’š–ŗš—. š–²š—Žš—†š–»š–ŗš—‡š—€š–ŗš—‡ š—š–¾š—‹š—Œš–¾š–»š—Žš— š–ŗš—„š–ŗš—‡ š—„š–ŗš—†š—‚ š—š—Žš—…š—Žš—‹š—„š–ŗš—‡ š—„š–¾š—‰š–ŗš–½š–ŗ š—€š—ˆš—…š—ˆš—‡š—€š–ŗš—‡ š—Œš–ŗš—Œš–ŗš—‹ š–½š–¾š—‡š—€š–ŗš—‡ š—Œš–¾š–»š–ŗš—‚š—„-š–»š–ŗš—‚š—„š—‡š—’š–ŗ.


#š–¬š—Žš–ŗš–暝–ŗš—„š–ŗš—š–Æš—‹š—‚š—š–ŗš—š—‚š—‡š–”š–¾š—‹š–ŗš—‡š—‚

Thursday 12 August 2021

JINGGA13 MALAYSIA BERSAMA GBMRM SERAH MEMORANDUM KEPADA KDYMM YDP AGONG RAYU DIADAKAN SIDANG PARLIMEN SEGERA

Jingga13 Malaysia turut bersama dalam Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia ( GBMRM ) hadir ke Istana Negara bagai menyampaikan memorandum ke KDYMM Yang DiPertuan Agong agar sidang patlimen diadakan dengan segera jika tidak akan mengibarkan bendera putih . 


Komrad Afzainizam Abdul Rahman,  Setiausaha Agung hadir bagi mewakili Jingga13 Malaysia. Koordinator GBMRM Sdr Mustaffa Mansur mengetuai penyrrahan memorandum tersebut.  Turut hadir ialah Dr Mai , Sdr Iswardy Morni dan beberapa rakan NGO yang lain.









Laporan penuh :

Buat sidang Parlimen atau rakyat kibar bendera putih – GBMRM


By
 Kumara Sabapatty
 11 August 2021

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN)  didesak supaya segera ‘membuka’ Dewan Rakyat bagi memberi ruang kepada 222 ahli Parlimen bersidang.

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) hari ini telah memberikan masa sehingga 13 Ogos ini kepada kerajaan untuk berbuat demikian, kata kordinatornya, Mustafa Mansor.

“Kami hari ini hadir di hadapan Istana Negara untuk mempersembahkan memorandum yang mengandungi tiga tuntutan rakyat untuk perhatian dan tindakan Yang di-Pertuan Agong (YDPA),  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pertama kita memberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk kerajaan PN mengadakan sidang Parlimen serta-merta.

“Kalau sehingga 13 Ogos ini (PN) tidak membuka Parlimen, maka kita akan minta rakyat di seluruh negara untuk mengangkat bendera putih dan hitam sebagai tanda protes bermula 14 Ogos ini (Sabtu),” katanya di hadapan Pintu 3, Istana Negara hari ini.

Tambah Mustafa, bendera putih bermakna pihaknya ingin negara yang bersih dan memerlukan sokongan pihak istana, YDPA dan Raja-Raja Melayu agar campur tangan segera terhadap apa yang sedang berlaku.

Malah katanya, bendera berwarna hitam pula bermakna gerakan melawan dengan mereka yang merampas kuasa rakyat.

“Kita lawan kepada mereka yang mengkhianat kepada mandat rakyat dan kita melawan mereka yang tidak mahu membela nasib rakyat.

“Sekiranya mereka (PN) tidak mahu membuka Parlimen sehingga Jumaat ini, kita akan memulakan protes bukan hanya secara fizikal juga menaik motosikal, basikal dan kereta dengan membawa bendera putih dan hitam bersama,” katanya.

Tuntutan kedua mereka pula berkenaan keabsahan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudah dilihat hilang majoriti.

“Mana-mana kerajaan yang hilang sokongan majoriti mestilah mengundurkan diri secara terhormat,” ujarnya.

Tegas Mustafa, mereka seharusnya menghormati demokrasi berparlimen dan sistem Raja Berperlembagaan sambil menegaskan fungsi Raja-Raja Melayu hanya menjadi istilah semakin terhakis gara-gara krisis politik yang semakin serius.

“Tuntutan ketiga kami adalah supaya menghentikan segera politik wang yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu (membeli ahli Parlimen).

“Tawaran ‘durian’ dengan wang berjumlah RM32 juta  adalah jumlah besar di saat rakyat derita dan kami berharap agar YDPA ambil serius dan ambil peduli nasib rakyat dengan kadar segera.

“Ramai tanya kenapa keadaan jadi begini dan sebenarnya ia disebabkan hasil sebuah pengkhianatan dan penderhakaan kerajaan semasa,” ujarnya.-MalaysiaGazette




Wednesday 11 August 2021

JINGGA13 SELAYANG TERIMA BARANGAN PEMBERSIHAN OLEH YAYASAN AMAN BERKERJSAMA MUHIBAH MALAYSIA GOOD BANK SOCIETYDAN AUTOCHEM

Pada 9 Ogos 2021 , Yayasan Aman berkerjasama dengan Muhibbah Malaysia Good Bank Society Dan Autochem mengamanahkan Jingga13 Selayang bagi membuat pengagihan.  



Jingga 13 Selayang yang di wakili Komrad Tom Lee menerima sumbangan berupa barang pembersihan sebanyak 127 tong (1 tong = 25 liter) seperti berikut :

1. Detergent pencuci lantai Floor and washroom

2. Hand soap shampoo

3. Detergent multiple purpose

Barangan tersebut akan dipack semula dan akan diagihkan ke rumah-rumah sekitar Selayang. 

Tuesday 10 August 2021

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 74 BUAT DS ANWAR IBRAHIM


 JINGGA13 MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 74 BUAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM,  PENAUNG JINGGA13 MALAYSIA.  

SEMOGA PANJANG UMUR.  MURAH REZEKI DAN TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA.  

#ANWAR4PM9

Selamat Menyambut Awal Muharram daripada Jingga13 Malaysia

 


Sunday 8 August 2021

Pemakluman pulangnya kerahmatullah Bonda Komrad Shamsul Koordinator Negeri Perak

Asslaamuakikum semua komrad 

Dukacita Cip ingin maklumkan bahawa bonda tercinta Komrad Shamsul Koordinator Jingga13 Perak telah pulang rahmatullah . Semoga almarhumah ditempatkan bersama Kekasih Allah. 

Semoga Komrad Shamsul dan famili sabar dan tabah hadapi ujian Allah ini.  

Ų§َŁ„Ł„َّŁ‡ُŁ…َّ Ų§ŲŗْŁِŲ±ْŁ„َŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ§Ų±ْŲ­َŁ…ْŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ¹َŲ§ŁِŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ§Ų¹ْŁُ Ų¹َŁ†ْŁ‡َŲ§

Allaahummaghfir laha warham ha wa’aafi ha wa’fu anha

Artinya, "Ya Allah! Ampunilah almarhumah (jenazah),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."

Al fatihah.


Cip Comey