Saturday 7 August 2021

SUDAHLAH ABAH! ANDA SUDAH HILANG MAJORITI !

Kenyataan Media 

JINGGA13 MALAYSIA 


7 Ogos 2021 


SUDAHLAH ABAH!  ANDA SUDAH HILANG MAJORITI !

Jingga13 Malaysia meminta TS Mahiaddin bin Md. Yasin , Perdana Menteri agar menghentikan konflik dan polemik yang sedang berlaku sekarang dengan bersikap jujur kepada KDYMM Yang DiPertuan Agong dan terutamanaya rakyat Malaysia bahawa anda sudah hilang majoriti.  

Kedudkan terkini menunjukan sokongan anda dan kerajaan anda hanya di angka 102 manakala yang tidak menyokong anda dan kerajaan anda ialah 118 orang Ahli Parlimen. . 

Sudahlah Abah , usah menegakkan benang yang basah lagi dengan terus menyatakan bahawa anda mempunyai majoriti. Berpijaklah di bumi yang nyata. Rakyat sudah muak dengan permainan politik sebegini, apa lagi dalam suasana sekarang yang bertambah kelam. 

Apa pun kiraannya,  walaupun DS Ismail Sabri Yaacob ,  Timbalan Perdana Menteri menyatakan sokongan 31 orang Ahli-Ahli Parlimen BN kepada anda dan Kerajaan PN,  akhirnya pendedahan Ahli Parlimrn Bera itu secara langsung mengesahkan bahawa anda sudah hilang sokongan majoriti.

Malah dari senarai yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri itu pun dinafi dan disanggah oleh beberapa Ahli Parlimen bahawa mereka tidak lagi menyokong kerajaan PN dan anda sebagai Perdana Menteri. Majoriti "celah" mana yang anda pertahankan? Anak sekolah rendah pun boleh mengira dengan mudah bahawa anda sudah hilang majoriti. 

Untuk apa lagi anda hendak dipertahankan, adakah anda langsung tidak mempunyai rasa malu dan harga diri ? Seperti sudah seseorang yang telah hilang akal,  mabuk kuasa sehinggakan tidak mampu bertindak rasional dan benar.  Bermimpi di siang hari dengan lamunan bahawa anda mempunyai sokongan yang majoriti.  Sedarlah wahai TS Mahiaddin bin Md. Yasin

Kalau anda tidak percaya bahawa anda sufah hilang majoriti, buatlah Sidang Parlimen Khas dengan satu agenda sahaja iaitu Undi Percaya kepada PM dan Kerajaan PN secepat mungkin dan tidak perlu tunggu sehingga September untuk membuktikan keabsahan. 

Kalau abah anak jantan,  sila lakukan!  


Muafakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA 

Ketua Koordinator

Jingga13 Malaysia

Friday 6 August 2021

JINGGA13 BANGI BERSAMA NGO NUSA PROGRESIF KOLABORASI SANTUNI 2 KELUARGA KETURUNAN INDIA

Tanggal 6 Ogos 2021 , Jingga13 Bangi bersama NGO Nusa Progresif telah berkolaborasi menyantyni 2 keluarga berketurunan india yang kehabisan barangan makanan bertempat di Seksyen 5 , Bandar Baru Bangi .  

Koordinator Jingga13 Bangi Komrad Razi bersama Dr Wan Khusairi,  Pengerusi Nusa Progresif telah menghukurkan sumbangn barangn makanan kepada 2 keluarga tersebut. 

Semoga sumbangan tersebut dapat melegakan hati mereka buat seketika yang sudah pasti terkesan oleh PKP.  


JINGGA13 PAHANG AGIH BARANGAN MAKANAN KEPADA 10 KELUARGA DI BUKIT SEKILAU, KUANTAN

Jingga 13 Pahang telah mengedarkan 10 pek makanan untuk 10 keluarga yang memerlukan di Bukit Sekilau , Kuantan.  


Salah sorang penerima adalah adik Azizan yang berusia 10 tahun terpakda bekerja menjual pisang goreng untuk membantu keluarganya yang susah. ayahnya hanya seorang buruh kontrak yang sudah kehilangan pekerjaan kerana PKP dan ibunya terpaksa membuat kuih bagi menampung perbelanjaan keluarga selain Adik Azizan yang turut bekerja.   

Selain Adik Azizan ada seorang warga emas yang juga menjaga anak OKU,  benar-benar tertekan kerana PKP ini. Semoga sumbangan barangan makanan tersebut dapat meringankan bebanan yang mereka tanggung.








Thursday 5 August 2021

BUKTIKAN KEABSAHAN JAWATAN PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN PN , JANGAN BERTANGGGUH

 KENYATAAN MEDIA

 JINGGA 13 SABAH


5 Ogos 2021


BUKTIKAN KEABSAHAN JAWATAN PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN PN , JANGAN BERTANGGGUH

Kami mengambil maklum kenyataan Media Yab Perdana Menteri TS Mahiaddin yang menyatakan bahawa Kerajaan PN masih mempunyai majoriti yang cukup untuk terus kekal menerajui Kerajaan Malaysia,

Pada masa yang sama,kami juga mengambil maklum kenyataan Presiden UMNO Yb Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 3/8/2021 yang menyatakan bahawa UMNO telah menarik balik sokongan terhadap Kerajaan PN,

Dengan mengambil kira kehadiran 107 Ahli Ahli Parlimen Pembangkang di Dataran Merdeka yang mendesak perletakan jawatan TS Mahiaddin sebagai Perdana Menteri bersama dengan .ahli ahli Kabinetnya, dan ditambah dengan 8 Ahli Parlimen dari UMNO yang sudah menanda tangani Surat Akuan Bersumpah,adalah mustahil untuk Kerajaan PN masih mempunyai majoriti seperti yg diperkatakan,

Jestru,JIINGGA 13 Sabah menyokong sepenuhnya desakan semua Ahli Parlimen pembangkang Malaysia agar keabsahan majoriti Kerajaan PN segera dibuktikan di Parlimen dengan sebeberapa segera,Isu asas ini wajar diselesaikan segera tanpa bertangguh dan dilengahkan. 

JINGGA 13 Sabah juga ingin menyeru kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang agar menunjukkan solidariti di dalam menghadapi taktik licik berlengah yg dipraktikkan oleh Kerajaan PN,


Perahu berlabuh di bawah jambatan,

Mudik ke hulu di sungai Pagoh,

Kerajaan PN wajar jantan,

Buktikan keabsahan tanpa bertanggoh, 


Muafakat*Prihatin *Berani


IBRAHIM MUSRA

Setiausaha

 JINGGA 13 Sabah

Wednesday 4 August 2021

JINGGA13 BANGI BERSAMA NGO NUSA PROGRESIF HULUR SUMBANGAN KEPADA 5 KELUARGA PEKERJA KONTRAKTOR BINAAN TERKESAN PKP

jingga13 Bangi bersama NGO Nusa progresif telah menghulur sedikit bantuan kepada 5 keluarga pekerja kontraktor binaan yang terjejas bekalan makanan di Bandar Teknologi Kajang , Selangor Darul Ehsan.  

Menurut Koordinatornya Komrad Khairuzi ," Semoga sedikit sumbangan tersebut dapat meringakan bebanan mereka yang sudah kekurangan wang untuk membeli barangan makanan dalan tempoh PKP yang panjang ini ". 



Tuesday 3 August 2021

LAGU LAWAN TERAP LAWAN ( DEDIKASI KHAS BUAT DS ANWAR IBRAHIM)

Semalam Jingga13 Malaysia lancar sebuah video lagu berjudul Lawan Tetap Lawan khusus untuk media sosial seperti TikTok , Instagram,  Facebook kerana hanya berdurasi 1.11 minit sahaja .

Lawan Tetap Lawan ini didedikasikan khas buat DS Anwar Ibrahim dengan #Anwar4PM9. Semoga doa kita ini di makbulkan oleh Allah.  

Duku kita seri ng busking lagu ini di hadapan penjara Sungai buloh.  

Lagunya oleh MiloSuam ( Naib Ketua Koordinator Pusat)  dan manakala liriknya oleh Farix Musa. ( Koordinaror Pusat ) .

Lagu ini dinyanyikan oleh Liny Obliza (Koordinator Jinggawanis Pusat )  dan Milosuam.  



JINGGA13 PENGERANG AGIH SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN KEPADA ASNAF DI KG TERSUSUN PUNGAI

Tanggal 1 Ogos 2021 lalu, Koordinator  Jingga 13 Pengerang komrad Ahmad Zaid an team Jingga13 Pengerang terdiri daripada komrad Ahmad Kamal , Komrad Hasmadie , Komrad Madi. Konrad Lan , Komrad Attan , Komrad Zam  Komrad Zack , komrad Shmbro dan Komrad Brosham yang  sentiasa membantu masyarakat di kawasan Keadilan Ranting Gugusan Adela. 



Untuk penyerahan kali ini serahan dibuat Balai Raya Kg Tersusun Punggai. Terima kasih kepada semua para dermawan yang telah menyumbang dan membantu dari segi bantuan kewangan maupun sumbangan barangan keperluan.semoga dengan sedikit bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat yang terkesan covid-19.


Di kesempatan ini  ingin dizahirkan ucapan terima kasih kepada YB Tuan Md Ysahrudin Kusni ADUN Bukit Naning, Ketua Ccabang Kradilan Oengerang Tuan Chun Yet Chong , Puan Rohaya Abdullah serta sumbangan yang diterima dari ahli Jingga13 Pengerang dan  sumbangan dari individu di luar sana. Semoga apa yang dilakukan ini diberkati dan diredhai Allah SWT,  Insyallah,  Amin.