Saturday 31 July 2021

ZIARAH BANTUAN SUMBANGAN JINGGA13 KOTA TINGGI SEKITAR PARLIMEN TENGGARA

 Jingga13 Kota Tinggi meneruskan lagi amalan bersedekah dan hari ini misi mereka adalah di sekitar Parlimen Tenggara.

Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Jingga13 Kota Tinggi bersama Sdr Salim Masrun Timb Koordinator, Ustaz Azahari Adam Amil Baitulmal, Cik Haliza Mohamad dan Puan Kamisah Pidin telah hadir melengkapi program ziarah teesebut.

Sebanyak 3 buah keluarga telah dikunjungi dan sumbangan juga telah dihulurkan yang berupa barang keperluan makanan dan barangan dapur serta sumbangan tunai.


Penerima Pertama

Sdr Zainal Md Dom, seorang anak peneroka yang tinggal diFelda Sungai Sibol. Beliau tidak bekerja dan menjaga kedua-dua orang tuanya yang sakit dan telah uzur.


Penerima ke 2

Sdr Elias Dolah, mangsa rumah terbakar yang tinggal di Felda Sungai Sibol. 50% Rumahnya terbakar namun tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Punca kebakaran adalah berpunca dari litar pintas. Pihak Amil Baitulmal telah mengambil maklum dan membantu segala yang perlu.


Penerima ke 3

Adik Mohd Thaqif bin Azlan seorang Kelainan Upaya ( OKU ) yang tinggal di Taman Anggerik, Bandar Tengggara. Beliau berusia 11 tahun, kecacatan fizikal dan sering kena sawan. Beliau tidak boleh ditinggalkan sendirian kerana dikhuatiri sawannya datang secara tiba tiba.


Tahniah diucapkan kepada semua yang terbabit terutamaJingga13 Kota Tinggi atas keprihatinan dan sudi membantu golongan yang memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan kos perberbelanjaan keluarga.

Kepada para penyumbang juga diucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan pertolongan kalian. Moga Allah jua yang membalas kebaikkan kalian dengan kwbaikkan disisiNya.





#MuafakatPrihatinBerani

KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL PENIPU DAN SANGGUP MENGELIRUKAN PARLIMEN DAN RAKYAT SERTA MENDERHAKA KEPADA KDYMM YANG DIPERRTUAN AGONG

 KENYATAAN MEDIA

 JINGGA 13 SABAH


31 Julai 2021


KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL PENIPU DAN SANGGUP MENGELIRUKAN PARLIMEN DAN RAKYAT SERTA MENDERHAKA KEPADA KDYMM YANG DIPERRTUAN AGONG 


Kami merujuk kepada perkembangan yg berlaku di Sidang khas Parlimen 26 julai 2021 , di mana negara telah digemparkan dengan pengumuman YB Menteri Undang Undang berhubung kait dengan Ordinan Darurat yang dikatakan telah terbatal pada 21 Julai 2021.

Istana Negara pada 29 Julai 2021 menzahirkan rasa dukacita lantaran pengumuman YB Menteri Undang Undang itu dibuat tanpa perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong,

Kenyataan balas dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) terhadap titah diraja selepas itu pula dilihat amat tidak wajar,biadab dan bersifat penderhakaan 

Jibgga 13 Sabah berpandangan bahawa Kerajaan PN telah cuba menipu dan mengelirukan parlimen dan rakyat serta MENDERHAKA kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong berkenaan isu Ordinan Darurat tersebu .

Jingga 13 Sabah juga memandang serius akan peningkatan kes kes jangkitan Covid 19 yang agak tinggi dan ini secara langsung mencerminkan kegagalan Kerajaan PN dalam menguruskan isu kronik ini . 

Jestru , dengan kegagalan dan penderhakaan yang jelas ini Kami turut sekata dengan pendirian barisan pembangkang , Parti-Parti politik,  NGO dan pelbagai pihak dalam menuntut agar Perdana Menteri TS Mahiadin Yassin dan seluruh kabinetnya MELETAKKAN JAWATAN dengan kadar SEGERA sebagai pertanggungjawaban secara kolektif,

Sebuah Kerajaan baharu mestilah dibentuk dengan memilih Perdana Menteri baharu yang lebih dinamik,progresif dan lebih berwibawa serta mampu membawa Malaysia keluar dari kemelut politik,ekonomi ,sosial dan Kesihatan dalam masa singkat,

Pisang Sabah Pisang Melaka

Manis rasanya buah Rambutan

Kerajaan gagal,kerajaan derhaka

Mohon segera letak jawatan !


MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI* 


IBRAHIM MUSA

Setiausaha 

Jingga13 Negeri Sabah

Friday 30 July 2021

JINGGA13 KELANTAN ZIARAH KASIH DAN HULUR SUMBANGAN KEPADA SEORANG BALU BARU KEMATIAN SUAMI PUAN ZURAINI YANG DERITA STROKE

Jingga 13 Negeri Kelantan yang diwakili Koordinatornya Komrad Riezal Abdul Rahim ,Timbalan Koordinatornya Komrad Mat Lajin Nawang dan Setiausha Komrad Stuzyrlawati Safii melawat seorang balu yang sakit stroke iaitu Puan Zuraini yang kematian suami 3 hari lepas di Kg Tepus, Gunong, Bachok , Kelantan. 

Beliau mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah dari umur 19 hingga 9 tahun.  Beliau sekeluarga benar-benar merasakan lesukaran kerana tulang puggung keluarga iaitu arwah suaminya telah pulang kerahmatullah sedangkan beliau pula tidak boleh berbuat apa-apa kerana menderitai sakit stroke.  

Semoga sedikit sumbangan barangan makanan tersebut dapat meringankan bebanan mereka sekeluarga.  


JINGGA13 SIMPANG RENGGAM BANTU PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN SIMPANG RENGGAM AGIH BAKUL MAKANAN KEPADA 29 KELUARGA DI BANDAR RENGGAM.

Sebelum serahan kami sempat singgah Di pejabat Parlimen untuk membantu kakitangan pejabat Parlimen yang bertungkus lumus menyediakan barangan bagi serahan kepada keluarga Yang terjejas akibat pandemik Covid19 semoga kerjasama ini lebih bermanfaat kepada semua.


Komrad jingga13 Simpang Renggam yang di wakili oleh koordinatornya Komrad Sukri Bin Zakaria, komrad Vijendran al Nanasekaran dan turut dibantu serta menjalankan tanggungjawab adalah Encik G.Ravi Al Ganesan dab Puan Lee Mei Lan . Keduanya sudah lama dalam kerja - kerja sukarewan dan mewakili pihak Pejabat Parlimen Simpang Renggam untuk nemudahkan agihan Di Renggam . Yang paling harmoni Kami bergerak Dalam jaluran berbilang bangsa .


Sebanyak 29 keluarga telah menerima sumbangan ini yang terdiri dari masyarakat cina,India dan melayu menerima sumbangan tersebut , mereka adalah terdiri darioada yang terkesan oleh PKP.  

 Semoga sumbangan dari Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam (YB DR MASZLEE MALIK) dapat menggurangkan sedikit permasalahan yang mereka hadapi kesan dari pandemik Covid19







#ybdrmaszleemalik

#parlimensimpangrenggam

#renggamsejalur

#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

#muafakatprihatinberani

JINGGA13 KELANTAN ZIARAH PRIHATIN MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI BACHOK, KELANTAN

Jingga 13 Negeri Kelantan telah melawat rumah kediaman Abg Yie Pak Mat yang terbakar minggu lepas di Kg. Pasir Puteh, Tepus, Lorong Kubur  Gunong, Bachok, Kelantan. 

Seluruh ahlii keluarga Abg Yie Pak Mat seramai 8 org telah kehilangan barangan dan dokumen penting kerana tidak dapat diselamatkan malah nereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggan . Dianggarkan kerugian hampir RM50.0000 dan sehingga sekarang masih belum dapat mengetahui punca kebakaran tersebut.  

Komrad Riezal Abdul Rahim ,  Koordinator Jingga13 Negeri Kelantan , Komrad Mat Lazin Nawang , Timbalan Koordintor Jingga13 Negeri Kelantan dan Komrad Syuzyelawati Shafii , Setiausaha Jingga13 Kelantan turut menyampaikan sedikit sumbangan barangan makanan bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga.  

Wednesday 28 July 2021

JINGGA13 BEAUFORT TERUS PTIHATIN BANTU 4 ANGGOTA SEKRETARIAT JINGGA13 BEAUFORT YANG TERKESAN PKPD

Pada hari Selasa 27/7/2021 , Jingga13 Beaufort telah melaksanakan ziarah prihatin dengan menghulurkan sumbangan kepada 4 orang anggota Sekretariat Jingga13 Beaufort yang terkesan oleh PKPD. Jingga13 Beaufort sentiasa prihatin dan memberikan keutamaan terhadap kebajikan komrad-komradnya yang menghadapi kesusahan.   

Sumbangan/bantuan JINGGA 13 Beaufort telah disampaikan oleh Setiausaha JINGGA 13 Beaufort Komrad Nurnilam Sari Ridwan . Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan mereka dan ahli keluarga mereka.  Dihaeapkan merrka semua sabar dan tabah menghadapi ujian daripada Allah ini .




Monday 26 July 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM BERSAMA PUSAT KHIDMAT PARLIMEN SIMPANG RENGGAM AGIH BAKUL MAKANAN KEPADA ENAM KELUARGA DI BANDAR RENGGAM

Komrad - komrad Jingga13 Simpang Renggam di wakili oleh koordinator komrad Sukri Bin Zakaria, Komrad Vijendran A/L Nanasekaran,komrad Zaini Binti Morad Dan komrad Chong Wee Cheng trlahbkr Bandar Renggam dalam misi membantu 6 keluarga yang terkesan PKP. 

Sumbangan makanan telah disampaikan kepada Puan Rita A/P Gengitar seorang balu yang kematian suami serta mempunyai seorang anak,  En.Ahmad Yusri Bin Mohd Jani seorang pekerja yang sudah terjejas pendapatan bulanannya, En Mohd Azli Bin Abd Hair seorang peniaga kecil yang tiada pendapatan akibat dari pelanggan yang berkurangan, Puan Haidaheria Binti Yussof seorang Suri rumah, En Ishak Bin Mohd Salleh seorang peniaga kedai makan yang terpaksa menutup sementera perniagaannya kerana kekurangan pelanggan dan En Salleh Bin Hamid seorang warga emas yang tinggal bersama seorang anak OKU.


Semoga sumbangan dari Ahli Parlimen Simpang Renggam (YB DR MASZLEE MALIK) dapat menggurangankan sedikit permasalahan yang mereka hadapi kesan dari pandemik Covid19.



#ybdrmaszleemalik

#parlimensimpangrenggam

#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

#muafakatprihatinberani