Saturday 17 July 2021

SUMBANGAN JINGGA13 KOTA TINGGI KEPADA 4 KELUARGA SUSAH DI DALAM PARLIMEN TENGGARA.

Jingga13 Kota Tinggi segera menyalurkan bantuan sebaik sahaja menerima aduan dari beberapa keluarga yang mengharapkan bantuan.

Penerima bantuan yang pertama, Sdr Mashurin yang menderita penyakit stroke sejak 3 tahun lepas hanya mengharapkan pendapatan isteri beliau. Pkp ini, isteri beliau tidak dapat bekerja dan hanya mengharapkan bantuan Baitulmal sebanyak rm250 sebulan. Jumlah ini tidak mencukupi untuk menyara kehidupan.

Penerima kedua, Sdri Siti Ainon yang tinggal bersama adiknya yang kedua2nya merupakan insan istimewa mentel. Mereka tidak bekerja sama sekali dan hanya memperolehi hasil kebun felda setelah kedua ibubapa mereka meninggal dunia.

Penerima ke 3, Puan Angah yang tidak dapat berniaga sepanjang pkp ini, sementara suami beliau yang bekerja sebagai tukang rumah juga kurang bekerja kerana projek terhenti akibat pkp. Puan Angah pula sedang sarat mengandung dijangka akan bersalin bulan hadapan.

Penerima ke4, Puan Mastura yang juga terputus bekalan makanan dan kehabisan duit berbelanja. Hanya mengharapkan bantuan adikberadik yang datang membantu.

Menurut Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Jingga13 Kota Tinggi, kesemua penerima tersebut telah menghubungi beliau memohon bantuan.  Sumbangan yang dihulurkan adalah barang makanan dan barangan dapur yang asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, kopi, teh, bihoon dan makanan kering.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan perbelanjaan keluarga. Dan sama-sama kita berdoa agar segera bebas dari pendemik covid19 ini.


#MuafakatPrihatinBerani

DIMANAKAH KEADILAN UNTUK ADIK BELLA???

Kenyataan Media

Jinggganis 

Jingga13 Negeri Johor 


17 Julai 2021 


DIMANAKAH KEADILAN UNTUK ADIK BELLA??? 

Jinggawanis Jingga 13 Negeri Johor memandang serius terhadap isu penderaan terhadap kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU)  sepertimana yang berlaku kepada Adik Bella .

Anak syurga ini yang sudah pasti suci dan tidak berdosa , tidak seharusnya menerima layanan yang sangat zalim. Kanak-kanak ini sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang bukannya didera dengan sedemikian rupa tanpa belas kasihan.  

Sifat kanak-kanak OKU yang pastinya banyak ragam itu adalah perkara normal dan sebagai penjaga perlulah mendidik dengan penuh sabar dan kasih sayang bukannya melakukan penderaan fizikal yang tidak berperikemanusiaan . 

Luluh hati apabila menonton video yang tular itu sehingga menitiskan airmata. Timbul persoalan di dalam hati "Ya Allah apa dosa adik Bella?? Kenapa adik Bella diperlkukan seperti itu??" .

Laporan berita Awani telah menyatakan bahawa pengasas rumah tersebut telah bebas dari tahanan reman. Apakah semudah itu dibebaskan ?? Di manakah keadilan untuk adik Bella?? Selonggar itukah undang-undang negara kita ?? 

Ini juga memaparkan Akta Kanak-Kanak 2001 ini seolah-olah tidak begitu kukuh dan tidak memberi jaminan bagi melindungi anak-anak yang telah menjadi mangsa penderaan. 

Justeru sebagai rakyat mahaen dengan rendah hatinya ingin merayu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memantau semua rumah-rumah kebajikan ini. Sentiasa mengambil berat terhadap anak-anak ini khususnya kanak-kanak OKU.  Mereka tiada daya untuk melawan jika didera. Mereka juga takut untuk mengadu dan mungkin kebarangkalian ada antara mereka yang diugut untuk tidak berkata benar. 

Jinggawanis Jingga13 Negeri Johor juga berharap agar pihak JKM, dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang setegas-tegasnya kepada PENGASAS RUMAH BONDA KUALA LUMPUR ini tanpa sebarang kompromi.

Walaupun isu ini masih dalam siasatan namun kami menuntut agar tindakan sekeras kerasnya kepada PENGASAS RUMAH BONDA KUALA LUMPUR yang seharusnya bertanggungjawab di atas insiden terhadap adik Bella.

"JUSTICE FOR ADIK BELLA" 

Muafakat*Prihatin*Berani 


NOR NAZURAH MOHAMAD NOR 

Koordinator Jinggawanis

 Jingga 13 Negeri Johor

Friday 16 July 2021

JINGGA13 KUALA SELANGOR BERSAMA YAYASAN AMAN DAN YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA SUMBANG BARANGAN MAKANAN KEPADA 120 FAMILI DI BESTARI JAYA

13 Julai 2021 , Yayasan Aman dan Yayasan Food Bank Malaysia telah mengamanahkan Jingga 13 Kuala Selangor menerima dan menyampaikan sumbangan barang makanan asas kepada penduduk Bestari Jaya.

Jingga13 Kuala Selangor di bawah Koordinatornya Komrad Gobu telah mengagihkan sumbangan barangan makanan tersebut kepada 120 famili yang tertekan dan terkesan PKP.

Terima kasih Yayasan Aman dan Yayasan Food Bank Malaysia yang prihatin terhadap kesengsaraan rakyat khususnya rakyat di Kuala Selangor.  

Thursday 15 July 2021

JINGGAWANIS DALAM MISI JEJAK BENDERA PUTIH DENGAN KERJASAMA PUSAT RAKYAT PARLIMEN PANDAN DAN AHLI MAJLIS JKP ZON 17 BANTU 3 KELUARGA TERKESAN PKP

RABU - 14 Julai, 2021 , Jinggawanis, Jingga13 Malaysia meneruskan MISI JEJAK BENDERA PUTIH melalui Koordinator Jinggawanis Pusat,  Komrad Liny Obliza dan Setiausaha Jinggawanis komrad Mazliwati dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan dan Ahli Majlis JKP ZON 17.


Kali ini Jinggawanis telah pegi ke 3 buah rumah yang telah mengangkat bendera putih bagi menyampaikan sumbangan barangan asas kepada penerima yang terputus bekalan makanan disebabkan PKP .

Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan mereka yang sudah atau hampir kehabisan dan terputus barangan makanan .





Tuesday 13 July 2021

𝐉𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀13 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐋𝐔𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐍𝐄𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀

𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐬𝐚𝐡, 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧. 𝐈𝐧𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐩𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢, 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 3 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐉𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚13 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧

𝐒𝐝𝐫 𝐊𝐚𝐦𝐚𝐥𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐌𝐝 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐨𝐥 𝐊𝐨𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐭𝐨𝐫 𝐉𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚13  𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐮𝐚𝐢 𝐦𝐢𝐬𝐢 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐝𝐫 𝐒𝐡𝐚𝐝𝐝𝐢𝐪 𝐓𝐢𝐦𝐛 𝐉𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫, 𝐒𝐝𝐫 𝐒𝐚𝐥𝐢𝐦 𝐌𝐚𝐬𝐫𝐮𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧, 𝐒𝐝𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐢𝐳𝐚 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐝𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐢𝐝𝐢𝐧 𝐀𝐉𝐊 𝐉𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚13𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢.

𝐑𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐢𝐬𝐢 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐰𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐩𝐮𝐭𝐢𝐡. 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚-𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚. 𝐍𝐚𝐦𝐮𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧, 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐣𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚13.

𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐉𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚13 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐮𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧.

𝐉𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚13𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐮𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐢𝐧𝐢. 𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐩𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧. 𝐃𝐚𝐧 𝐉𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚13 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚, 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐬𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧.










#𝐌𝐮𝐚𝐟𝐚𝐤𝐚𝐭𝐏𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐧𝐁𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢

Monday 12 July 2021

JINGGA13 KELANTAN ZIARAH KASIH 3 KELUARGA TERKESAN PKP DI MULONG, KOTA BHARU

Kesengsaraan rakyat khususnya yang bekerja sendiri atau beketja dengan gaji harian benar-benar terkesan kerana tidak dapat bekerja.  Sudah pasti keperitan tersebut benar-benar dirasai oleh mereka.  

Justeru Jingga13 Kelantan telah turun kelapangan dengan mengadakan ziarah kasih kepada 3 keluarga yang terkesan dengan PKP di Mulong,  Kota Bharu .. 

Komrad Riezal Abdul Rahim,  Koordinator Jingga13 Kelantan bersama Komrad Syuzyelawati Shafii , Setiausaha Jingga13 Kelantan telah menghulurkan sumbangan barangan makanan kepada 3 keluarga tersebut dengan harapan dapat meringankan bebenan yang ditanggung oleh mereka. 




𝙅𝙄𝙉𝙂𝙂𝘼13 𝙆𝙊𝙏𝘼 𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄 𝙈𝙀𝙈𝘽𝙀𝙍𝙄 𝘽𝘼𝙉𝙏𝙐𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙆𝙀𝙇𝙐𝘼𝙍𝙂𝘼 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝘿𝙄𝙃𝙄𝙈𝙋𝙄𝙏 𝙆𝙀𝙎𝙐𝙎𝘼𝙃𝘼𝙉 𝘿𝙄 𝙏𝘼𝙉𝙅𝙐𝙉𝙂 𝙎𝙀𝘿𝙀𝙇𝙄

Koordinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Kamaluddin Md Simpol menerima panggilan talipon dari satu keluarga yang terputus bekalan makanan dan memohon bantuan.

Dengan segera Sdr Salim bin Masrun Timb Koordinator Jingga13 Kota Tinggi bersama Sdr Ibrahim dan Sdr Safiee mewakili Jingga13 Kota Tinggi pergi ke alamat yang diberikan untuk  menyalurkan sedikit sumbangan/bntuan kpd Mohd Haidir (Suami kpd Siti Khadijah) yang terputus bekalan makanan di Kampong Seri Gading Laut, Tg Sedili Kota Tinggi..

Barangan sumbangan  yang dihulurkan berupa barangan makanan/dapur, pampers, susu baby dan sumbangan tunai telah diserahkan kepada En Haidir. Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan perbelanjaan keluarga.

En Haidir tidak dapat bekerja sepanjang pkp ini dan mengakibatkan beliau hilang punca pendapatan. Anak-anak beliau masih kecil dan menyusu lagi. Beliau tidak pernah mendapat sebarang bantuan sebelum ini.

Terima kasih kepada Jingga13 Kota Tinggi atas keprihatinan dan tindakan pantas membantu mereka. Moga Allah membalas kebaikkan kalian..


#MuafakatPrihatinBerani