Saturday 3 July 2021

JINGGA13 SELAYANG BANTU 2 FAMILI YANG KIBAR BENDERA PUTIH , KEHABISAN BARANG MAKANAN , SUSU DAN PAMPERS ANAK

Hari ini , Jingga13 Selayang yang diketuai Koordinatornya Komrad Ibrahim Muhammad telah membuat rondaan sekitar Rawang untuk membuat pemantauan jika ada sesiapa yang menaikkan BENDERA PUITIH . 


Komrad Ibrahim tela menjunpai rumah yang menaikkan BENDERA PUTIH . Selepas membuat siasatan didapati keluarga india bernama  Pn Gunasunthari telah keputusan barangan makanan . Beliau sekeluarga tinggal  Jalan Desa Ria , Country Homes.  Rawang , Selangor .


Komrad Ibrahim telah menghulurkan barangan makanan seperti beras , bawang , minyak masak , susu krim , susu tepung Fenelte Kari Babas (ayan dan ikan ) . 

Rumah ke 2 pula ialah keluarga Melayu . En Zulkifli Ab Hakim seorang pemandu Grab yang sufah kehilangan mata pencaarian disebabkan PKP , memiliki 6 orang anak di Casaria Apartment Jalan Desa 10/2 , Bandar Country Homes,  Rawang, Selangor . 

Beliau memerlukan susu dutchbaby 0-1 bulan, dan pampers saiz XL untuk abak beliau . 

Komrad Ibrahim telah menyampaikan susu , pampers dan barangan makanan bagi meringankan mereka sekeluarga . 

Semoga sumbangan ikhlas tersebut dapat meringankan bebanan mereka.  Amin

SEMARAKKAN KEMPEN BENDERA PUTIH DI SELURUH MALAYSIA ,BUKTI KERAJAAN GAGAL

Kenyataan Media 

Jinggawan 

Jingga13 Malaysia


3 Julai 2021


SEMARAKKAN KEMPEN BENDERA PUTIH DI SELURUH MALAYSIA ,BUKTI KERAJAAN GAGAL 


*LET'S RAISE WHITE FLAG* 🏳️

*MARI KIBARKAN BENDERA PUTIH* 🏳️

Jingga 13 Malaysia Menyeru Rakyat Malaysia  yang sekarang ini sedang getir dalam melangsungkan kehidupan untuk mengibarkan bendera Putih dihadapan rumah.

Kita sedar bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan waktu ini adalah sangat membebankan rakyat lagi-lagi dalam era perintah kawalan pergerakan yang tiada penghujungnya. Rakyat sudah muak dengan kerahan kerajaan yang mengadakan Perintah kawalan Pergerakan yang begitu lama daripada PKP 1.0 sehinggalah PKP 3.0 yang langsung tidak mendatangkan hasil apa bila kes jangkitan harian kekal di bawah paras 6 ribu harian. Hal ini tidak memberikan jaminan bahawa sekatan serta kerahan ini akan berakhir dalam tempoh yang terdekat, malah menambahkan lagi beban kepada rakyat.

Rakyat sedar bahawa kerajaan waktu ini telah gagal dalam menjaga kebajikan rakyat sehingga ramai yang terjejas di dalam era pendemik ini. Justeru dengan mengibarkan bendera putih bagi mereka yang sedang getir ketika ini adalah langkah terbaik untuk memberitahu sekeliling bahawa mereka sedang terputus bekalan. 

Kita sedar bahawa rakyat Malaysia sangatlah prihatin, dengan adanya simbolik mengibarkan bendera putih ini masyarakat akan sedar akan kesusahan yang  menimpa dikalangan sekitar seterusnya akan sama- sama menghulurkan bantuan.

Jingga 13 Malaysia juga akan terus komited untuk bersama sama membantu dalam menghadapi situasi ini.


Muafakat* Prihatin* Berani


EDZHA ZAINI

Timbalan Koordinator Jinggawan

 Jingga 13 Malaysia.


Koordinator 

Jingga 13 Negeri Sabah.

Friday 2 July 2021

JINGGA13 BANGI AGIH SUSU KOTAK DUGRO DAN BARANG KEPERLUAN KEPADA 10 KELUARGA DI SEKSYEN 4 BANGI

Jingga13 Bangi telah mengagihkan susu kotak Dugro kepada anak-anak serta barangan makanan kepada 10 keluarga yang terkesan pendapatan disebabkan oleh PKP bertempat di Seksyrn 4 , Bangi , Selangor , hasil sumbangan Yayasan Food Bank Malaysia dan Yayasan Aman .



Semoga sumbangan tersebut mengembirakan hati mereka yang terkesan daripada PKP . 

( gambar sumbangan akan menyusul , ada masalah kerosakan pada phone )

JINGGA13 PAHANG BANTU 10 KELUARGA YANG TERPUTUS BEKALAN MAKANAN DI KAWASAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN PN

Komrad Ahmad Dzulhisham  , Timbalan Koordinator Pahang telah mendapat makkunat bertempat di Kampung Permatang Badak , iaitu di kawasan Timbalan Menteri Kewangan , Kerajaan PN dan di kawasan ADUN PAS bahawa terdapat 10 keluarga yang memerlukan bantuan makanan yang terkesan oleh PKP. Penderitaan mereka langsung tidak dihiraukan oleh wakil rakyat mereka . 




Menurut Komrad Ahmad Shahril Ismail , Koordinator Jingga13 Pahang , " Jingga13 Pahang telah membentuk 2 Tim  iaitu Tim 1 di ketuai Komrad Ahmad Dzulhisyam sendiri dan Tim 2 diketuai oleh Ketua Jinggawanis Pahang Komrad Amelia telah turun ke Kg. Permatang Badak bagi mengada misi membantu 10 keluarga tersebut ".

Semoga dengan sedikit sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan mereka. Terima kasih dan penghargaan kepada para penyumbang yang menghulur sumbangan secara segera dalam membantu 10 keluarga tersebut yang difahamkan inilah kali pertama NGO turun membantu mereka , sebelum ini tidak pernah 








MUAFAKAT,PRIHATIN,BERANI...


FITNAH TERHADAP KETUA KOORDINATOR JINGGA13 MALAYSIA

 

Jingga13 Malaysia kecewa dengan fitnah yang dikenakan kepada Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia Cheif Fariz Musa . 

"Wallahi , Wabillahi , Wattalhi saya tidak pernah menerima sumbangan daripada mana-mana YB atas nama Jingga13 masuk ke akuan personal saya sepertimana yang dituduh . Kalau betul sila kemukakan bukti !"ujar beliau .

" Mana-mana sumbangam termasuk YB , akan saya berikan akaun Jingga13 Malaysia . Saya ada bukti . Kenapa nak berikan akaun personal . Saya tahu pahala dan dosa . Ini satu tudunan kotor dan jijik dan tak ada akal yang cuba merosakkan integriti dan reputasi saya di kalangan anggota Jingga13 " , tambah beliau lagi . 

Beliau tidak mahu membuat laporan polis dan menyerahkan kepada Allah SWT sahaja yang membalasnya.

Thursday 1 July 2021

JINGGA13 KUALA TERENGGANU HULUR SUMBANGAN RINGANKAN BEBANAN 5 KELUARGA ASNAF

Jingga13 Kuala Tetengganu diwakili Komrad Pak Awi dan Komrad Pak Mang sampaikan sumbangan kepad 5 keluarga asnaf . 

Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan mereka yang sudah pasti terkesan oleh sambungan PKP ini . 





Wednesday 30 June 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM BANTU SDR ROSLI DERITAI SAKIT BUAH PINGGANG SELAMA 15 TAHUN

 Jingga13 Simpang Renggam yang di wakil oleh koordinatornya Komrad Sukri bin Zakaria Dan komrad Vijendran a/l Nanasekaran melaksanakan tanggungjawab memberi sumbangan kepada saudara Rosli bin Salleh . 

Beliau sebelum ini dikejarkan ke hospital kluang akibat masalah penafasan serta mendapat rawatan selama lima hari di hospital . Alhamdulilah sekarang beliau dalam keadaan baik, Beliau juga pesakit  buah pinggang dan menjalani rawatan hemodialysis selama lebih 15 tahun ,

Team jingga13 Simpang Renggam juga turut membantu beliau untuk urusan permohonan MySalam . 



#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

#maufakatperihatinberani

#malaysiaharmoni


JINGGA13 KOTA TINGGI DENGAN KERJASAMA BAUTULMAL KOTA TINGGI BANTU PESAKIT KANSER PAYUDARA

 Jingga13 Kota Tinggi menerima aduan terdapat seorang pesakit kanser yang memerlukan bantuan. Sdr Kamaluddin Md Simpol selaku Koordinator Jingga13 Kota Tinggi telah hadir menyiasat perkara ini.

Menurut Sdr Kamaluddin, dia telah menemui pesakit tersebut yang hanya mahu dipanggil sebagai Puan Nora. Beliau mengidap sakit kanser payudara sejak 2011. Beliau tinggal di Taman Kotajaya Dan bekerja di firma Persuruhjaya Sumpah.

Jingga13 Kota Tinggi telah menghulurkan sumbangan barangan makanan dan barangan dapur tetapi beliau menolak Dan menyarankan kepada kami agar menghulurkan bantuan tersebut kepada keluarga lain yang lebih memerlukan. Beliau hanya memerlukan bantuan ubat ubatan sahaja 

Perkara tersebut telah dibawa kepada Pihak Baitulmal untuk tindakan selanjutnya. Dan Alhamdulillah, Hari ini, kami dimaklumkan dari Utz Azahari bin Adam, Amil Baitulmal Kota Tinggi bahawa bantuan perubatan untuk Puan Nora telah diluluskan Dan telah diserahkan kepada beliau.

Jingga13 Kota Tinggi mengucapkan terimakasih kepada Pihak Baitulmal kerana segera membantu mereka yang memerlukan bantuan. Dan Pihak Kami turut mendoakan agar Puan Nora segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala..


#MuafakatPrihatinBerani

Tuesday 29 June 2021

JINGGA13 PASIR GUDANG BERSAMA AMK PASIR GUDANG SANTUNI MASYARAKAT KG BUKIT DAGANG YANG TERKESAN OLEH PKP

 Tanggal 29/06/2021 , Jingga 13 Pasir Gudang bersama Angkatan Muda Keadilan Cabang Pasir Gudang ke Kampung Bukit Dagang.



Kampung Bukit Dagang terletak di Ulu Tiram di dalam parlimen Tebrau yang penduduk asalnya dari Kampung Baru Plentong Tengah ,  Pasir Gudang dan difahamkan masih ramai penduduknya  yang masih mengundi di dalam parlimen Pasit Gudang . .

Kami menyantuni masyarakat kampung yang turut terkesan dari arahan PKP dengan menghulurkan sedikit sumbangan keperluan asas harian bagi meringankan bebanan mereka . 

























#JINGGA13

#PARTIKEADILANRAKYAT

#DEMIRAKYAT