Saturday, 26 June 2021

JINGGA 13 BEAUFORT AGIH BAKUL MAKANAN KEPADA 4 FAMILI TERKESAN PKP/PKPD

Tanggal 25/6/2021 , jingga13 Beaufort telah menyahut seruan motto Jingga13 iaitu PRIHATIN dengan melaksanakan satu program kecil sebagai program sulong Jingga13 Beufort.

Setiausaha Jingga 13 Beufirt Komrad Nur Nilam Sari menyerah sampai Bakul Makanan kpda 2 famili di Kg Kelabu , Dun Klias , Parlimen Beufort .

Program Agihan Bakul Makanan telah diserahkan kepada 4 famili yang terkesan dengan PKP/PKPD di Dun Klias.

Menurut Komrad Ibrahim Musra , Koordinator Jingga13 Beufort , " Adalah diharapkan sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan famili yang terjejas disebabkan oleh PKP . Dan sudah tentulah Jingga13 Beaufort akan terus berusaha untk membantu rakyat Parlimen Beufort sedaya yang termampu ".


Komrad Ruzitah Tasip AJK Jingga13 Bfort dan Julianah Chieu Bendahari Jingga 13 menyerahkan sumbangan Bakul Makanan di Kg Rancangan Klias ( Dun Klias,Parlimen Bfort)...

Ikan Sembilang Ikan Patin
Ikan Emas Ikan karapu
JINGGA 13 Beufort jiwa prihatin
Turut menyumbang sedaya mampu 


Friday, 25 June 2021

KHAIRUZI HALED DILANTIK KOORDINATOR JINGGA13 BANGI

Sdr Khairuzi Bin Haled atau lebih mesra dipanggil Razi telah dilantik sebagai Koordinator Jingga13 Bangi oleh Koordinator Negeri Selangor Komrad Mikheal Iskandaar Abdullah . 

Sdr Razi yang berasal daripada Kedah telah bermastautin di Bandar Baru Bangi , Selangor . Sudah beristeri dan menpunyai 4 orang anak . Beliau yang merupakan seorang perniaga , juga adalah seorang anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Bangi dan kerja-amal.

Pengalaman dan kebiasaan melakukan kerja-kerja amal kebajikan akan dapat membantu beliau memimpin Jingga13 Bangi . Semoga Jingga13 Bangi akan bergerak aktif dalam mrmbantu fakir miskin dan mereka yang terjejas kerana PKP . 

ALVIKSON MAJALI DILANTIK KOORDINATOR JINGGA13 KOTA KINABALU DAN BARISAN SEKRETARIAT JINGGA13 KOTA KINABALU

Alvickson Bin Majali, berumur 26 tahun , berasal dari Kota Marudu , Sabah telah dilantik sebagai Koordinator Jingga13 Kota Kinabalu oleh Jingga13 Sabah .

Berikut adalah senarai Anggota Sekretariat Jingga13 Kota Kinabalu 

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Koordinator.   

ALVICKSON MAJILIS


Timb Koordinator

MOHD NORIKRAM AKIM


Setiausaha

SITI HASNAH


Bendahari

ALICE PAULINA


Jinggawan

MOHD NASIR 


Jinggawanis

SALMAH GOMES


Ahli,Ahli Jawatankuasa,,,,

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

EDZHA ZAINI

NHASIR

NIA ARISHA

ZAINI SAPUAN

AKMAL ASYARI


Muafakat,,Prihatin,Berani,


JINGGA13 KLUANG BERSAMA PEJABAT ADUN MAHKOTA ZIARAH PRIHATIN 14 KELUARGA TERKESAN PKP

Tanggal 25/6/2021 ,  Jingga 13 Kluang bersama Pejabat Adun Mahkota ziarah prihatin 14 keluarga yang terkesan akibat PKP. Sumbangan berupa barangan makanan dihulurkan bagi meringankan bebanan mereka .



Selain Komrad Rosli Safie , Koordinator Jingga13 Kluang , turut membantu ialah Saudara Johan Ariff Bin Md Yusof Komrad Jingga13 Kluang dan Saudara Zakaria Naib Ketua PKR Cabang Kluang.

Terima kasih kepada Adun Mahkota yang memberi keparcayaan kepada Jingga 13 Kluang. Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh penerima.








"MUAFAKAT PERIHATIN BERANI"

JINGGA13 SELANGOR SERAH BARANG MAKANAN SUMBANGAN YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA DAN YAYASAN AMAN KEPADA RUMAH ANAK YATIM QASEH IBU

Selepas menerima barang-barang makanan daripda Yayasan Food Bank Malaysia dan Yayasan Aman. Tanggal 22 Jun 2021 , jingga13 Selangor telah menyerahkan sebahagian sumbangan tersebut kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Asnaf Qaseh Ibu , Ampang , Selangor .

Simbolik penyerahan kepada wakil Rumah Anak Yatim Qaseh Ibu oleh Komrad Mikheal Iskandaar , Koordinator Jingga13 Selangor 

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak 

Yatim Dan Asnaf Qaseh Ibu menerima :

1-Sayuran  12pkt

2-yogurt 12 kotak

3-emborg U’GO

4-Air asam jawa 24 x 5 pack =72 botol

5-susu dugro kotak 2 kotak

Semoga barang-barang makanan tersebut dapat digunakan untuk tambahan barangan memasak untuk anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Qaseh Ibu . 

Terima kasih Yayasan Food Bank Malaysia dan Yayasan Aman , se.oga Allah membalas jua . 





Thursday, 24 June 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI BANTU PESAKIT KANSER YANG MERAYU BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DAN WANG TUNAI

Jingga13 Kota Tinggi telah menerima permohonan rayuan bantuan dari seorang pesakit kanser payu dara tahap 4 yang sangat mengharapkan bantuan segera.

Maklumat beliau adalah:

Nama:Puan Siti Fatimah bte Khali

Alamat: Jalan Cenderawasih 6, Kg Sayang, Tg Sedeli, Kota Tinggi.

Nama Suami: Mohd Ali bin A Hamid

Kerja: Pemandu Kereta Sewa

Beliau tidak dapat bekerja sejak PKP Dan perintah lockdown dikuatkuasakan.

Koordinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Kamaluddin Md Simpol terus bertindak pantas sebaik sahaja menerima aduan ini. Dan beliau telah mengenalpasti bentuk bantuan yang diperlukan.

Beliau telah membawa perkara ini kepada pilhak Baitulmal melalui En Azahari bin Adam. 

Alhamdulillah selang sehari selepas aduan dibuat, Pihak Baitulmal telah membuat lawatan Dan menghulurkan bantuan segera. Sumbangan berupa pampers, susu untuk sakit kencing manis, barangan2 dapur Dan juga Wang tunai.

Selanjutnya Pihak Baitulmal mengucapkan terimakasih kepada Jingga13 Kota Tinggi kerana membantu memudahkan kerja2 Baitulmal. Dan akan membantu segala urusan yang berkaitan keluarga beliau.

Semoga bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan keluarga beliau dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa 


#MuafakatPrihatinBerani

JINGGA13 PASIR GUDANG BERSAMA BIRO KEBAJIKAN PARLIMEN PASIR GUDANG MEWAKILI YB HASSAN KARIM SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA RAKYAT YANG TERKESAN PKP

Pada 23 Jun 2021 Darurat dan PKP yang diumumkan oleh kerajaan membuat semakin ramai rakyat yang terkesan, permohonan demi permohonan setiap hari Pejabat Ahli Parlimen Pasir Gudang terima dari mereka yang sangat-sangat memerlukan.

Walau kini kekurangan dana Yb Hassan Abdul Karim tetap cuba berusaha untuk membantu pada rakyat pasir gudang yang mengadu kepadanya.

Pagi ini Team Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang bersama JINGGA 13  Pasir Gydang turun padang mewakili Yb Hassan  Ahli Parlimen Pasir Gudang ke beberapa kawasan di dalam.kawasan Parlimen Pasir Gudang.

SOP yang ditetapkan tetap kami patuhi dan kami ke Perumahan Taman Perumahan Desa Rakyat, Taman Perumahan Sciantex, Taman Plentong, Taman Perumahan Air Biru, Kampung Sepakat dan rumah kedai di sekitar Bandar Masai untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan asas dari Yb Hasan kepada beberapa keluarga yang terkesan dari PKP yang dilaksanakan tika ini.

Selain sumbangan barangan asas kami juga mengedarkan Goodies Bag Kempen Daftar Vaksin kepada penerima tersebut.



Semoga dengan sedikit sumbangan dari Yb Hassan ini dapat meringankan  bebanan mereka dikala ini dan didoakan semoga mereka lebih tabah.

Aaminn..

AMMAR FIRDAUS DILANTIK KOORDINATOR JINGGA13 JASIN. MELAKA

Koordinator Jingga13 Melaka Komrad Shah Kesuma Jaya telah melantik Komrad Ammar Firdays bin Suboh sebagai Koordinator Jingga13 Jasin .

Komrad Ammar Firdaus yang juga merupakan Setiausaha Kerja AMK Negeri Melaka , memiliki Ijazah Sarjana  Muda  Pengurusan Pembangunan dari Universiti Utara Malaysia . Beliau telah pun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak . 

Beliau juga bergerak aktif di peringkat Parti Keadilan Rakyat Cabang Jasin sebagai Ahli Jawatankuasa Keadilan Cabang Jasin dan juga Setiausaha AMk Cabang Jasin sudah pasti mempunyai daya kepimpinan terbaik untuk memimpin  jingga13 Jasin .

Komrad Shah Kesuma Jaya , Koordinator Jingga13 Melaka berkata ,"  Semoga Komrad Ammar Firdaus akan membentuk anggota Sekretariat jingga13 Jasin dengan segera bagi menjalankan kerja-kerja amal kebajikan di Parlimen jasin " . 


Tuesday, 22 June 2021

JINGGA13 KLUANG MEWAKILI ADUN MAHKOTA HULURKAN BANTUAN UNTUK 3 KELUARGA TERKESAN PKP

Pada 22/6/2021, ingga 13 Kluang bagi mewakili ADUN Mahkota menyampaikan sumbangan barangan harian pada 3 keluarga yang terkesan akibat PKP . 

Komrad Rosli Safie , Koordinator Jingga13 Kluang bersama Komrad Johan Ariff Md.Yusof telah turun bavi menyampaikan sumbangan tersebut .

Terima kasih kepada YB Adun Mahkota yg memberi kepercayaan kepada Jingga 13 untuk menyampaikan sumbaangan tersebut, semoga sumbangan tersebut dapat meringankan kesusahan mereka .




JINGGA13 SELANGOR TERIMA BARANGAN BARANGAN MAKANAN DAN SAYURAN OLEH YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA DAN YAYASAN AMAN

Tanggal 22 Jun 2021 - Jingga13 Selangor telah diberikan kepercayaan menerima barangan makanan dan sayuran oleh Yayasan Food Bank Malaysia berkolaberasi bersama Yayasan Aman .


Yayasan Food Bank Malaysia dan Yayasan Aman menyampaikan bantuan sumbangan makanan asas seperti sayur karot, kacang panjang, yogurt kotak besar, yogurt strawbery, air minuman botol asam jawa dan susu kotak Dugro kepada beberapa wakil NGO . 

 Selain Jingga 13 Selangor beberapa NGO lain turut menerima barangan dan sayuran yang sama ialah Persatuan Kebajikan & Pendidikan Muallaf Selangor dan Pertubuhan Kebajikan Amal Sirih (PEKASIH) .

Koordinator Jingga13 Selangor , Komrad Mikheal Iskandaar Abdullah menyatakan ,  " Jingga13 Selangor mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Yayasan Food Bank Malaysia dan Yayasan Aman yang telah memberikan kepercayaan kepada Jingga13 Selangor untuk menerima barangan makanan dan sayuran tersebut serta mengagihkan kepada para asnaf khususnya yang terjejas dengan PKP ". 

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban golongan yang lebih memerlukan.


#YayasanFoodBankMalaysia #FoodBankRuncit #YayasanAman 

#Jingga13Selangor

#PKPMS #J13

#Covid_19 #Malaysia

JINGGA13 KOTA TINGGI HULURKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA POSITIF COVID-19

Koordinator Jingga13 Kota Tinggi, Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Jingga13 Kota Tinggi telah menerima permohonan bantuan dari beberapa orang mangsa positif covid 19 yang di kuarintin dirumah.

Hari ini, beliau telah turun ke lapangan menghulurkan sumbangan barangan makanan dan barangan dapur kepada seorang  mangsa positif covid 19 di Felda Bukit Besar, Kota Tinggi. Beliau yang hanya  untuk membantu meringankan perbelanjaan makan minum.

Menurut Sdr Kamaluddin, beliau telah menghulurkan sumbangan berupa beras, gula, tepung, minyak masak, kopi, Teh, meehoon Dan beberapa barangan dapur bagi meringankan perbelanjaan keluarga.



Beliau tidak dapat bersemuka dengan Sdr Zam atas faktor keselamatan. Namun beliau sempat berbual Dan bertanya khabar dari jarak jauh saja. Semoga beliau sekeluarga kembali sihat dan tabah diatas Ujian ini

Jingga13 Johor mengucapkan tahniah Dan syabas diatas keprihatinan membantu Sdr Zam 💖


#MuafakatPrihatinBerani

Monday, 21 June 2021

JINGGA13 MELAKA DENGAN KERJASAMA RANTING KEADILAN TAMAN RUMPUN BAHGIA SANTUNI 3 KAUM YANG TERJEJAS KERANA LOCKDOWN

 Ahad 20hb Jun 2021. Hari ini Jingga13 Negeri Melaka berkesempatan menghulurkan bantuan barang runcitan asas kepada 3 keluarga/penerima sekitar Bandar Melaka yang terjejas akibat Pandemik dan Lockdown Covid-19.

Ketua Koordinator Jingga13 Melaka, komrad Shah Kesuma Jaya dan komrad Stanley Hafiz dgn kerjasama Cikgu Tamil Salvan, Ketua Ranting Taman Rumpun Bahagia menziarahi dan menyerahkan sumbangan.

Penerima En. Villaya Alagiri di Jalan Gajah Berang merupakan tukang kebun sekolah(sandaran), namun kini penganggur. Anak lelakinya V. Vekneswaran(33tahun) adalah seorang OKU.

Penerima En. Set Too Nam di Taman Rumpun Bahagia merupakan seorang Pesakit Kanser Perut. Dia memerlukan bekalan Susu Tepung Khas sebagai khasiat wajib  setiap hari. Dia juga seorang penganggur bujang.

Penerima Puan Rokiah binti Baba di Taman Rumpun Bahagia, seorang Ibu Tunggal berumur 78tahun mengalami masalah pergerakan/berjalan. Dia menggunakan Tongkat dan kerusi rods utk bergerak.

Untuk Insan2 atau Dermawan yg ingin bantu ringankan beban mereka, bolehlah menghubungi:

1. Villaya Alagiri: 016-3173590

2. Set Too Nam: 011-10556167

3. Rokiah bte Baba: 017-6853929 

Secara terus atau menghubungi/WhatsApp saudara Shah Kesuma Jayan, Koordinafor Jingga13 Melaka di 012-9727392 atau Bendahari Jingga13 Melaka, komrad Md. Ali Mas'ud di 016-4471262 untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka2 yg memerlukan bantuan seperti diatas.

JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA 16 KELUARGA YANG TERJEJAS PKP MEWAKILI PH KLUANG

20/6/2021 , Alhamdulillah Jingga 13 Kluang mewakili PH Kluang menyampaikan bantuan barangan harian kepada 16 Keluarga disekitar Kluang yang terjejas akibat PKP .



Komrad Rosli Safie , Koordinator Jingga13 Kluang bersama komrad Johan B.Md Ariff dan Saudara Zakaria Naib Ketua Keadilan Cabang Kluang telah turun menya laikan sunbangan tersebut.  

Terima kasih kepada PH Kluang yang memberi keparcayaan kepada Jingga 13 Kluang menjalankan tugasan ini .