Friday 11 June 2021

ISMAIL SABRI DAN ADHAM BABA WAJAR LETAK JAWATAN , NOOR HISHAM PERLU DIREHATKAN, TERNYATA GAGAL WALAUPUN PKP PENUH DILAKSANAKAN

Kenyataan Media 

Jingga13 Malaysia


12 Jun 2021


ISMAIL SABRI DAN ADHAM BABA WAJAR LETAK JAWATAN , NOOR HISHAM PERLU DIREHATKAN, TERNYATA GAGAL WALAUPUN PKP PENUH DILAKSANAKAN


Jingga13 Malaysia benar-benar kecewa dengan kenyataan yang di buat oleh YB Dr Adham Baba , Menteri Kesihatan yang membayangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh akan dilanjutkan selepas fasa pertama tamat 14 Jun ini.

Ini ekoran selepas lapan hari pelaksanaan PKP penuh, kes masih melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871 iaitu melebihi nilai ambang yang disasarkan iaitu purata 4,000 kes ke bawah dalam tempoh tujuh hari, ini membuktikan ianya adalah satu kegagalan yang jelas dan nyata. 

Justeru Jingga13 Malaysia mendesak agar Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba meletak jawatan dan diganti dengan yang lebih baik . Malah TS Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan juga perlu DIREHATKAN dan diganti dengan Ketua Pengarah Kesihatan baru yang lebih segar dan efisyen dalam menanganI pendemik Covid-19 ini . 

Banyak mana lagi penderitaan yang harus ditanggung oleh rakyat marhaen sekiranya PKP penuh terus disambung dan disambung dan disambung yang disebabkan oleh kegagalan mereka bertiga dan Kerajaan Perikatan Nasional dalam mengurus pencegahan penularan Pendemik Covid-19 ini? Walaupun banyak kompaun, saman serta pendakwaan di mahkamah dibuat terhadap perlanggaran SOP serta denda RM4000 dan lebih pun masih gagal memberikan impak terbaik menyedarkan rakyat daripada melanggar SOP yang telah ditetapkan . Setiap hari ada sahaja rakyat yang disaman kerana melanggar SOP sedangkan dalam masa sama ada sesetengah golongan dibiarkan begitu sahaja walaupun jelas SOP yg ditetapkan terus dilanggar dengan sengaja. Ini asas kegagalan kempen yang dibuat oleh MKN dan KKM yang diterajui oleh ketiga-tiga mereka. 

Berdasarkan prestasi ketiga-tiga tokoh yang dilihat gagal , maka wajar direhatkan dan diganti dengan mereka yang lebih berwibawa dan efektif serta mampu menyekat penularan pendemik Covid-19 berdasarkan meritdan kebolehan mereka, bukan berdasarkan 'orang kita'.

BERSAMA KITA SELAMATKAN RAKYAT DAN NEGARA INI!


MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


MOHD RUDEY BIN ABDUL RAHMAN

Koordinator Penerangan dan Komunikasi

Jingga13 Malaysia

SDR IBRAHIM MUSRA DILANTIK KOORDINATOR JINGGAA13 BEAUFORT

Koordinator jingga13 Negeri Sabah.  komrad Edzha Zaini telah mengumumkan perlantikan seorang yang mempunyai pengalaman sdr Ibrahim Musra memimpin Jingga13 Beaufort sebagai Koordinator Jingga13 Beaufort dalam melaksanakan aktiviti kebajikan di sana . .

Sdr Ibrahim Mursha , 54 tahun memiliki Diploma Pentadbiran Awam adalah seorang aktivis Parti Keadilan Rakyat yang aktif di Cabang Beaufort . 

Dengan pengalaman dan kepribadian beliau akan mampu memimpin Jingga13 Beaufort yang merupakan Jingga13 Parlimen yang pertama . In sha Allah dimaklum akan berkembang lagi ke parlimen-parlimen  yang lain di negeri Sabah . 

ISU PENCEROBOHAN 16 PESAWAT TENTERA CHINA : JINGGA13 DESAK PM DEDAHKAN ANGGOTA KABINET "PENGKHIANAT" YANG TIDAK SELESA DENGAN KETEGASAN TUDM

Kenyataan Media

Jingga13 Malaysia


11 Jun 2021

ISU PENCEROBOHAN 16 PESAWAT TENTERA CHINA : JINGGA13 DESAK PM DEDAHKAN ANGGOTA KABINET "PENGKHIANAT" YANG TIDAK SELESA DENGAN KETEGASAN TUDM!

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021. Walaupun Beijing mendakwa kemasukan 16 buah pesawat tentera tersebut adalah siri latihan dan tidak menyasarkan mana-mana negara, hakikatnya ia berlaku dalam ruang udara EEZ Malaysia dan juga ruang udara kawalan negara dan ini adalah merupakan satu pencerobohan seperti yang termaktub dalam Perkara 88 Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982 (Unclos)  

Tahniah dan syabas kepada TUDM yang telah bertindak tegas dalam isu pencerobohan 16 Pesawat tentera China  tersebut. TUDM tanpa ragu-ragu mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara seharusnya dipuji dan menerima "tabik hormat" daripada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara. 

Namun begitu, terdapat seorang anggota kabinet yang tidak selesa dengan ketegasan TUDM dalam mempertahankan kedaularan dan keselamatan negara. Ini satu tindakan "pengkhianatan" yang tidak boleh dimaafkan. Beginikah sikap seorang anggota kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tiada ada rasa cinta pada negara, sepatutnya beliau mempertahankan ketegasan TUDM tetapi sebaliknya? Adakah beliau merupakan balaci kerajaan China dalam negara ini? 

Kita juga sedar dan tidak lupa terhadap ungkapan "abang besar" yang pernah diberikan oleh seorang anggota kabinet negara ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari negara China. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan "abang besar" tersebut? 

TS Muhyidin Yassin selaku Perdana Menteri mesti mendedahkan dengan segera siapakah Anggota Kabinet yang kurang ajar dan biadab mempertikaikan tindakan TUDM, serta mengambil tindakan tegas dengan memecat menteri tersebut. Isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dikompromi sama sekali. TS Muhyidin Yassin jangan cuba menutup dan memyembunyikan Anggota Kabinet "pengkhianat" tersebut! 

Malah belum pun habis insiden 16 pesawat tentera China kita dikejutkan lagi dengan pencerobohan kapal peronda maritim China yang menceroboh berhampiran Beting Patinggi Ali yang terletak hanya 84 batu nautika di Pantai Miri. Tidak sampai sebulan kedaulatan negara terus-terusan diinjak oleh negara China.

Apakah mereka menjadi begitu berani dan "besar kepala" kerana pemimpin yang bertanggungjawab dalam hal ehwal luar negara ini amat lemah sehingga kedaulatan dan keselamatan negara tergugat dan dipermainkan?

Kerajaan PN seharusnya mendepani isu ini dengan betul demi mempamerkan kepada rakyat bahawa dalam hal kedaulatan dan keselamatan, kita tidak akan berganjak walaupun berhadapan kuasa besar seperti China.

Sedang pasukan keselamatan kita bermatian mempertahankan kedaulatan negara, ada pimpinan negara yang cuba mentafsirkan sendiri bahasa diplomasi sehingga kita dilihat lemah.


MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator

Jingga13 Malaysia

Thursday 10 June 2021

DYMM SULTAN SELANGOR TERKEJUT TERHADAP PEMBERIAN DOS VAKSIN DI NEGERI SELANGOR TIDAK SEPERTi DIJANJIKAN , JINGGA13 SELANGOR DESAK KERAJAAN PN HENTIKAN PERMAINAN POLITIK KOTOR

Kenyataan Media

Jingga13 Negeri Selangor


10 Jun 2021


DYMM SULTAN SELANGOR TERKEJUT TERHADAP PEMBERIAN DOS VAKSIN DI NEGERI SELANGOR TIDAK SEPERTi DIJANJIKAN , JINGGA13 SELANGOR DESAK KERAJAAN PN HENTIKAN PERMAINAN POLITIK KOTOR 

Jingga 13 Selangor hari ini menyokong dan bersetuju dengan titah DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menzahirkan rasa terkejut dan sangat mendukacitakan setelah mendapati hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada negeri Selangor dan tidak sejumlah 2.9 juta seperti yang dijanjikan. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajib menjawab kenapa ianya berlaku sedemikian rupa? 

Ekoran dari layanan yang langsung tidak memuaskan, jingga13 Selamgor ingin bertanya kemanakah perginya jumlah baki 2,284,790 dos vaksin Covid-19 tersebut serta bilakah rakyat Selangor akan mendapat vaksin seperti yang dijanjikan ??

Sepertimana yang diketahui umum, keseluruhan rakyat Selangor adalah seramai 6.5 juta penduduk, maka ia tidak boleh dinafikan bahawa peruntukan yang telah diberikan itu adalah jauh dan tidak seimbang dengan nisbah jumlah pemberian dos vaksin. 

Perlu diambil perhatian bahawa janganlah pula pada ketika ini, ada segelintir pihak yang bertanggungjawab mengambil peluang dan kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan berniaga vaksin ini dan akibatnya, rakyat akan terus menderita. 

Jingga13 Selangor tegaskan di sini pihak yang bertanggungjawab wajib mengambil berat isu ini kerana nyawa rakyat terancam dan berada dalam suasana yang sangat kritikal. Dos vaksin ini adalah sangat penting memandangkan peratusan virus Covid-19 ini meningkat hari demi hari, terutama sekali di Negeri Selangor. 

Tidak boleh dinafikan Rakyat Malaysia sedar  bahawa Selangor merupakan penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam Malaysia, maka keutamaan mesti diberi kepada rakyat Selangor demi menyelamatkan mala petaka yang dihadapi sekarang.

Jingga13 Selangor menyokong cadangan untuk menambahkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Selangor khususnya di kawasan luar bandar adalah satu tindakan yang bernas. Tambahan pula pandangan DYMM Baginda supaya pemberian vaksin secara pandu lalu atau klinik bergerak mampu mempercepatkan proses dan meluaskan liputan vaksinasi turut di junjung rakyat Selangor seperti mana yang di amalkan di negara asing seperti di United Kingdom, Kuwait dan Amerika Syarikat.

Jingga 13 Selangor amat berasa terharu dengan keperihatinan Baginda terhadap rakyat jelata Selangor dari segi kebajikkan dan keselamatan.

Jingga 13 Selangor berharap pihak bertanggungjawab mengambil serius teguran dari Baginda memandangkan kes keseluruhan Covid-19 di Selangor sejak bermulanya pada Mac tahun lalu (2020) telah kini mencecah sebanyak 204,613 kes dengan angka kematian pula sebanyak 979, tertinggi seluruh negara Malaysia, manakala kadar pecahan pada hari ini (Jun 9, 2021) pula sebanyak 2,898 kes dan kematian sebanyak 18 orang. 

Apabila seluruh pelusuk dunia sedang bertungkus-lumus memerangi Covid-19, kami berharap khususnya bagi ahli-ahli politik Malaysia, hentikanlah segala permainan politik demi menyelamatkan nyawa rakyat. Jangan asyik berpolitik, sebaliknya segerakan untuk mendapat dos vaksin secukupya demi Rakyat Selangor seperti seruan Baginda bahawa nyawa Rakyat Selangor diberi keutamaan berbanding agenda-agenda lain sangat tepat. Sekali 

Jelas ia adalah tanggungjawab pihak bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat selaras dengan perkataan “Ihsan”.

Jangan sekali-kali menganggap bahawa nyawa rakyat adalah satu unsur dagangan semata-mata untuk mengaut keuntungan. 

Perlu ditegaskan disini bahawa mana-mana pihak yang didapati mengabaikan tanggungjawab ini, hukuman yang tegas harus dikenakan kepada mereka. 

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


MIKHEAL ISKANDAR

Tinbalan Ketua Koordinator Pusat

Merangkap

Kordinator 

Jingga13 Negeri Selangor 


Tuesday 8 June 2021

JINGGA13 KANGAR ZIARAH PRIHATIN KELUARGA PN. ZARAZELAH , ANAK DERITA SAKIT SARAF MATA , IBU ALAMI STROK

Isnin | 7 Jun 2021.  Jingga 13 Malaysia Parlimen Kangar, adakan ziarah prihatin melawat keluarga zarazelah di Bintong.

Bantuan disalurkan ekoran daripada menerima sumber sahih bahawa keluarga Ini memerlukan bantuan.   

Aliesya Qaisarah anak kepada Zarazelah kini menghidap penyakit saraf mata membengkak dan jangkitan kuman diotak, yang menyebabkan beliau perlu berada dihospital dalam satu² masa. 

Ibu beliau pula mengalami strok dan hanya mampu melakukan pergerakkan ringan dlm umah sahaja.

Oleh yang demikian Jingga 13 Parlimen Kangar hari mengambil insiatif untuk membantu keluarga tersebut. Sumbangan berupa barangan keperluan harian dan sedikit sumbangan tunai yang disumbangkan oleh Pn. Tuan Marja Ketua Wanita Cabang Kangar bagi menampung perbelanjaan harian.

Hadir menyampaikan sumbangan Sdra.Maini Koordinator Jingga 13 Parlimen Kangar, Pn.Shiha Komrad Jingga 13 Parlimen Kangar bersama Koordinator Jingga 13 Perlis.

Semoga dengan sumbangan Ini dapat meringankan beban keluarga tersebut.

MAJLIS SOLAT HAJAT KHAS BUAT KOMRAD MK

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera.


Solat hajat khas buat Komrad MK @ Nourul Islam Ismat, Timbalan Setiausaha Agung 1 Jingga13 Malaysia .

Komrad MK sekarang dalam keadaan kritikal bertarung hayat melawan penyakitnya. Komrad MK sedang mengalami kanser hati tahap 4. Bersama-samalah kita melakukan solat hajat serentak di rumah masing-masing dan memohon agar Allah SWT memberikan kekuatan, ketabahan, ketenangan dan  kesembuhan kepada sahabat kita ini.

Tarikh : 8 Jun 2021
Tempat : Di rumah masing-masing
Masa : selepas solat Isyak jam 9 malam 

JINGGAWANIS JINGGA13 SEKIJANG BERSAMA YB HJ NATRAH MP SEKIJANG SUMBANG SAYURAN KEPADA WARGA REDONG YANG KUARANTIN COVIC-19

 07.06.2021 Isnin jam 11.30 pgi Program JINGGAWANIS JINGGA13 SEKIJANG BERSAMA YB HJ NATRAH PARLIMEN SEKIJANG Menyampaikan sumbangan barangan sayur sayuran seperti labu,kobis,kacang panjang,labu n cili padi krpada  warga Redong. Warga Redong ramai dijangkiti covid19 dan mereka telah diarahkan kuarantin duduk di rumah,.



Terima kasih  juga kepada Mrs Wong dari DAP menyumbangkan sayur labu dan ahli-ahli Amanah yang turut serta membantu dalam misi ini . Semoga dengan semangat muafakat antara parti dapat membentuk pasukan yang kuat dalam membantu rakyat yang dalam kesusahan.








Monday 7 June 2021

JINGGA13 PASIR GUDANG DAN BIRO KEBAJIKAN PARLIMEN PASIR GUDANG MEWAKILI YB HASSAN KARIM ZIARAH FAMILI EN AHMAD YANG SEDANG DI KUARANTIN

04/06/2021 Cerita pagi tadi Team Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang bersama JINGGA13 P.Gudang turun padang mewakili Yb Hassan Abdul Karim ke Taman Saujana Plentong.


Mengikut SOP yang sudah ditetapkan dan kini  lebih berhati-hati dalam menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan makanan dari Yb Hassan kepada keluarga En Ahmad yang kini sedang mendapatkan rawatan di pusat kuarantin di Stadium Tertutup MBPG.

En Ahmad yang masih didalam pusat kuarantin telah menghubungi kami untuk memohon bantuan untuk isteri dan anak-anaknya yang juga sedang berkuarantin dirumah.


Semoga dengan sedikit sumbangan keperluan asas dari Yb Hassan ini dapat meringankan  bebanan keluarga En Ahmad dikala ini dan semoga En Ahmad sekeluarga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik..

Aaminn.



Sunday 6 June 2021

JINGGAWANIS JINGGA13 SEKIJANG BERSAMA YB NATRAH MP SEKIJANG ZIARAH KASIH MEREKA YANG TERKESAN LOCKDOWN

 05.06.2021 Sabtu Jam 3.30 ptg. YB HJ NATRAH PARLIMEN SEKIJANG bersama JINGGAWANIS JINGGA13 SEKIJANG.. mengadakan program ziarah Kasih dan memberi sumbangan kepada warga Sekijang yang terjejas ketika lockdown kerana kes covid19 yg semakin  meningkat .

Semoga dengan ziarah dan sumbangn ini dapat menceria dan meringankan bebanan mereka  yang dalam kesusahan . Tidak lupa juga kawan-kawan dari Parti Amanah yang turut serta dlm mengikuti program ini bersama kami. 







BIRO KEBAJIKAN PASIR GUDANG BERSAMA JINGGA13 PASIR GUDANG MEWAKILI YB HASAAN KARIM ZIARAH KELUARGA TERKESAN PKP

05/06/2021 Team Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang bersama JINGGA13 P.Gudang turun padang mewakili Yb Hassan Abdul Karim ke Bandar Seri Alam dan Bandar Baru Permas Jaya.

Mengikut SOP yang sudah ditetapkan dan kini  lebih berhati-hati dalam menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan makanan dari Yb Hassan kepada beberapa keluarga yang terkesan dari PKP yang dilaksanakan kerajaan tika ini.


Semoga dengan sedikit sumbangan keperluan asas dari Yb Hassan ini dapat meringankan  bebanan mereka dikala ini dan didoakan semoga mereka lebih tabah dimasa hadapan..