Friday, 14 May 2021

JINGGA 13 SABAH BERSAMA SYARIKAT AIR EMPIRE SERTA AMK CABANG PUTATAN AGIH PEK RAYA DI SEKITAR KOTA KINABALU

12 Mei 2021 lalu , Jingga 13 Negeri Sabah, bersama Air Empire Malaysia Serta Angkatan Muda Keadilan Cabang  Putatan,  meluangkan masa bersama untuk mengagihkan Pek Raya sempena sambutan Aidilfitri . 

Sebanyak lebih kurang 200 Pek berjaya diagihkan yang mengandungi Biskut raya, kurma serta Face Mask telah berjaya diagihkan.



Komrad Edzha Zaini , Koordinator Jingga13 Sabah berkata ," Diharap dengan pemberian ini dapat memberikan rasa dan juga nikmat Aidilfitri bersama penduduk di sekitar kota Kinabalu ".






























Prihatin * Muafakat * Be









rani

Isytihar Segera Israel Negara Pengganas - Jingga 13

SEMASA DIKEMASKINI 4 JAM YANG LALU · DITERBITKAN PADA 13 MAY 2021 10:23PM

Mikhael Iskhandaar

KONGSI ARTIKEL INI

KUALA LUMPUR - Malaysia didesak segera mengisyiharkan Israel sebagai sebuah negara pengganas, serentak dengan kezaliman yang dilakukan rejim Zionis itu ke atas Palestin.

Ketua Koordinator Jingga 13, Mikhael Iskhandaar berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus mempunyai keberanian untuk menyatakan pendirian ini tanpa gentar untuk melawan segala kekejaman berkenaan.

Menurut beliau, mana-mana negara yang memiliki hubungan bersama Israel, baik dari aspek diplomatik atau perdagangan wajar dipinggirkan dan dikecam, kerana secara tidak langsung mereka turut menyokong semua tindakan dilakukan rejim berkenaan.

"Kerajaan Malaysia pada hari ini harus menghentikan sebarang perniagaan dengan mana-mana negara yang memiliki hubungan bersama Israel.

"Rakyat Malaysia teguh bersama dalam bersolidariti dengan rakyat Palestin yang diserang dengan kejam sejak awal minggu ini ketika mengerjakan solat di Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadhan," katanya.

Serangan tersebut tegas Mikhael, tidak dapat dinafikan adalah satu tindakan biadab oleh rejim Zionis kerana mereka sedar dan memahami bahawa umat Islam mengerjakan ibadah pada bulan yang mulia ini, memandangkan ia merupakan tradisi sejak beberapa abad.

"Satu peringatan ringkas buat semua rejim Zionis ini, kamu telah diusir dari Mesir oleh Firaun dan juga, kamu hampir dihapuskan dengan cara pembersihan etnik oleh Hitler suatu ketika dahulu dengan cara yang kejam, berpunca oleh sikap kamu sendiri. 

"Jadi, adalah tidak adil dan tidak masuk akal bagi kamu untuk melakukan perkara yang sama terhadap bangsa lain di dunia yang bertamadun ini," katanya, marah.

Beliau berkata, rampasan tanah oleh rejim Zionis itu amat tidak berperikemanusiaan dan jelas bahawa rejim tersebut telah melanggar hak asasi manusia yang biasanya tidak diamalkan oleh negara yang bertamadun. 

"Menyerang rakyat Palestin dengan menembak peluru getah, bom tangan terpegun dan gas pemedih mata, khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak adalah satu tindakan pengecut terutama sekali apabila mereka tidak memiliki sebarang senjata.

"Zionis dengan jelas sengaja mempromosikan keganasan melampau yang tidak berperikemanusiaan," katanya. - Getaran, 13 Mei 2021

 https://www.getaran.my/artikel/semasa/4679/isytihar-segera-israel-negara-pengganas-jingga-13



Thursday, 13 May 2021

UCAPAN DS ANWAR IBRAHIM PENAUNG JINGGA13 MALAYSIA SEMPENA ULANGTAHUN KE 10 JINGGA13 MALAYSIA

 


JINGGA13 MALAYSIA DEMAND PRIME MINISTER MUHYIDDDIN TO DECLARE ISREAL AS A TERRORIST STATE

Media Statement

Jingga13 Malaysia 


13th May 2021

JINGGA13 MALAYSIA DEMAND PRIME MINISTER MUHYIDDDIN TO DECLARE ISREAL AS A TERRORIST STATE

Malaysians stand together in solidarity with the Palestinian people that was brutally attacked early this week while performing salat (solat) in the Al-Aqsa Mosque during the holy month of Ramadhan 2021.

It cannot be denied that this is a barbaric act by the Zionist regime as they fully understand the Moslem devotees would be performing their rituals during this holy month as it has been a tradition for decades.

Just a quick reminder to all these Zionist regimes, you had been expelled from Egypt by Firaun –Pharaoh and that you were nearly wiped-out – brutally ethnic cleansing by Hitler due to your own laws. It is unfair and ridiculous for you to do the same towards other nations in this civilised world.

Land-grabbing by your regime is uncalled for as you are the unwanted sect of community since before and, it is evident that your regime had violated the basic human rights which normally would not be practised by a civilised nation. Viz;

•http://itisapartheid.org/Documents_pdf_etc/IsraelViolationsInternationalLaw.pdf

• https://www.state.gov/wp-content/uploads/2020/03/ISRAEL-2019-HUMAN-RIGHTS-REPORT.pdf

Attacking Palestinian protestors by enforcing weapon on them with rubber bullets, stun grenades and tear gas, particularly on female and adolescents is a cowardly act especially when they do not own the same level of weapons. The Zionist is clearly promoting terror and extreme violence which is uncalled for and inhumane.

It appears that every business they earn, it is used to enhance their military weapons and technology with very clear intention to bully innocent victims such as the Palestinians, Middle East, Asia, Iran and many more.

Based on the inhuman incident by the Zionists, we demand that the Prime Minister of Malaysia declares Israel as a Terrorist State. It is undeniable that any nations that have ties or dealings with Zionists should also be condemned and marginalised.

Consequently, the current government of Malaysia should immediately stop having business and not allowing their citizens into our country. Make it clear that; Malaysians are against terrorism, Israel is a Terrorist and Prime Minister Muhyiddin Yassin must have the courage to declare this and not to do away with these heinous acts.


Mikhael Iskhandaar 

Deputy Cheif Coodinator 

Jingga13 Malaysia 


+6012 9155 336

alambentara@gmail.com


__________________________________________


Kenyataan Media 

Jingga13 Malaysia 


17 Mei 2021 


JINGGA13 MALAYSIA DESAK PERDANA MENTERI MUHYIDDIN  MENGISTIHARKAN ISREAL NEGARA PENGANAS

Rakyat Malaysia teguh bersama dalam bersolidariti dengan rakyat Palestin yang diserang dengan kejam sejak awal minggu ini ketika mengerjakan solat di Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadhan 2021 yang suci ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah satu tindakan biadab oleh rejim Zionis kerana mereka sedar dan memahami bahawa umat Islam mengerjakan ibadah pada bulan yang mulia ini dan ia merupakan satu amalan tradisi sejak beberapa abad.

Satu peringatan ringkas buat semua rejim Zionis ini; kamu telah diusir dari Mesir oleh Firaun dan juga, kamu hampir dihapuskan dengan cara pembersihan etnik oleh Hitler suatu ketika dahulu dengan cara yang kejam, berpunca oleh sikap kamu sendiri. Jadi, adalah tidak adil dan tidak masuk akal bagi kamu untuk melakukan perkara yang sama terhadap bangsa lain di dunia yang bertamadun ini.

Rampasan tanah oleh rejim Zionis tidak berperikemanusiaan dan jelas bahawa rejim Zionis telah melanggar hak asasi manusia yang biasanya tidak diamalkan oleh negara yang bertamadun. Iaitu;

•http://itisapartheid.org/Documents_pdf_etc/IsraelViolationsInternationalLaw.pdf

• https://www.state.gov/wp-content/uploads/2020/03/ISRAEL-2019-HUMAN-RIGHTTS-REPORT.pdf

Menyerang rakyat Palestin dengan menembak peluru getah, bom tangan terpegun dan gas pemedih mata, khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak adalah satu tindakan pengecut terutama sekali apabila mereka tidak memiliki sebarang senjata.

Zionis dengan jelas sengaja mempromosikan keganasan melampau yang tidak berperikemanusiaan.

Jelas sekali bahawa setiap perniagaan yang diperolehi, digunakan untuk meningkatkan teknologi senjata ketenteraan mereka dengan niat yang jelas untuk membuli mangsa-mangsa yang tidak bersalah seperti negara Palestin, Timur Tengah, Asia, Iran dan banyak lagi.

Disebabkan dengan kejadian melampau dan tidak berperikemanusiaan oleh Zionis ini, kami menuntut agar Perdana Menteri Malaysia mengisytiharkan Israel sebagai sebuah Negara Pengganas.Selain itu, sesiapa dalam negara yang mempunyai hubungan dengan Zionis juga harus dikutuk sekeras-kerasnya dan dipinggirkan.

Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia pada hari ini harus hentikan sebarang perniagaan, serta tidak membenarkan warga ini masuk ke negara kita.

Dengan ini, kami ingin menegaskan kembali bahawa; Rakyat Malaysia menentang keganasan. Israel adalah Pengganas dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus mempunyai keberanian untuk menyatakan pendirian ini dan bertegas untuk melawantindakan keji ini.


Mikhael Iskhandaar 

Timbalan Ketua Koordinaror

Jingga13 Malaysia


+6012 9155 336

alambentara@gmail.com


Puan Halimatun Sukarelawan Jingga 13 Perlis edar sumbangan Aidilfitri kepada asnaf di Padang Keria Perlis

Pada malam terakhir Ramadhan , sukarelawan Jingga 13 Perlis Puan Halimaton telah berjaya menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 5 orang asnaf di kawasan beliau. Dalam keadaan beliau dan suami yang uzur dan hujan sejak petang tadi tidak mematahkan semangat beliau untuk turut sama membantu. 

Terima kasih diucapkan kepada beliau