Saturday 1 May 2021

JELAJAH PRIHATIN JINGGA13 KLUANG BERSAMA KEADILAN CABANG KLUANG SANTUNI 20 ASNAF DI DUN MENGKIBOL

 Sabtu, 1 Mei 2021 , Program Jelajah Prihatin Jingga 13 Kluang bersama Keadilan Kluang mensasarkan golongan keluarga asnaf dalam DUN Mengkibol.

20 keluargar asnaf menerima sumbangan berupa beras, gula, minyak masak, susu, ketupat segera, kuih raya, dodol dan lain2.

Jelajah bermula sekitar jam 4.30 petang dengan destinasi pertama Sri Lalang (6 Keluarga ), Ladang Coronation ( 4 keluarga), Kg Mengkibol (5 keluarga) dan Taman2 berhampiran.



Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang, Sdr Jaafar, Setiausaha Cabang Kluang merangkap Koordinator Jingga13 Kluang, dan barisan ajk Keadilan Kluang dan Jingga13 Kluang terlibat bersama2 dalam menjayakan Jelajah Prihatin.

Turut hadir bersama2 YB Chew Chong Sin, Adun Mengkibol, Jelajah berakhir dengan berbuka puasa bersama2 di Restoran Fahmy Tomyam dan di meriahkan dengan sambutan Hari Jadi Sdr Kalytas dan Sdr Johan Arif.



Terima kasih kepada YB Chew Chong Sin yang menyumbang bagi menjayakan Jelajah Prihatin, Sdr Kalytas atas juadah berbuka puasa dan rakan2 yang menyediakan kek Hari Jadi.







PROGRAM BUBUR LAMBUK ANJURAN YB NATRAH MP SEKIJANG BERSAMA JINGGAWANIS JINGGA13 SEKIJANG AGIH 670 MANGKUK BUBUR LAMBUK

 1 Mei 2021 , jam 8.30 pagi bertempat di Surau Taman Pelangi Paya Pulai , Sekijang telah diadakan Program membuat Bubur Lambuk anjuran YB Natrah , Ahki Parlimen Sekijang bersama JINGGAWANIS  Jingga 13 Sekijang.


Menurur Surya Syasharena Said , Koordinator Jinggawanis Jingga13 Sekijang , " sebanyak 670 mangkuk telah diedarkan kepada khususnya yang beragama islam di Pasaraya , kedai-kedai dan rumah-rumah  yang berdekatan surau serta Balai Bomba. Dengan ada nya Program ini , dapat lah kita mengeratkan silaturrahim antara rakan-rakan ahli JINGGAWANIS  bersama YB Agki Parlimen Sekijang ".

Tambah beliau lagi " Dalam program Bubur Lambuk ini kami  dapat bertemu masyarakat yang beragama Islam dengan  menyumbangkan bubur lambuk untuk mereka berbuka puasa " . 



Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan  kepada Pengerusi Surau En Hassan Jadi yang sudi mengizinkan Jinggawanis Jingga13 Sekijang menggunakan surau untuk membuat bibir lambuk , semiga Allah membalas jua .
















JINGGA13 KUANTAN DI PROGRAM BUBUR LAMBUK PARLIMEN KUANTAN

 Jingga 13 Kuantan turut sama dalam Program Bubur Lambuk Parlimem Kuantan bersama Ranting-Ranting Keadilan dan NGO-NGO . 


Menurut Sdr Shahril ,Koordinator Jingga13 Kuantan merangkap Koordinator Jibgga13 Pahang  berkata ," Jingga13 Kuantan diberikan tanggungjawab dengan  mengambil bahagian untuk membuat bubur lambuk satu kawah " .




Tambah beliau lagi , " Alhamdulillah sambutan program amat mengalakkan di mana ke tiga- tiga kaum utama dalam negara iaitu melayu , cina dan india turut mengambil bahagian membuat bubur lambuk " .