Saturday 17 April 2021

JINGGA13 PADANG BESAR JEJAK ASNAF RAMADHAN KELUARGA ADIK HUZZA UMAR DERITA KERANA KESILAPAN DOKTOR KINI MASIH SETAHUN SETENGAH DI ICU

Dalam siri Jejak Asnaf Ramadhan jingga13 Padamg Besar , Perlis ,  Koordinator Jingga13 Padang Besar Sdr Abdul Rahman menjejaki asnaf di kawasan Padang Besar dengan mengadakan lawatan kepada keluarga En. Jurdzman bin Jaafar yang anak kepada beliau yang masih berada di dalam wad ICU Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis semenjak lahir selama setahun setengah sehingga sekarang . 


Keadaan ini berlaku kerana kesilapan doktor yang memasukkan wayar ke dalam saluran pernafasan adik Huzza Umar bin Jurdzman dimana wayar tersebut agak besar dan tidak sepadan dengan saiz bayi yang menyebabkan saluran pernafasan tersebut telah berlubang/ terkoyak. Keadaan menjadi rumit setelah saluran pernafasan yang terkoyak tersebut telah ditumbuhi dengan daging bayi tersebut yang semakin membesar dan menyebabkan koyakan tersebut menjadi semakin besar. 

Keluarga En. Jurdzman bin Jaafar yang sebelum ini bergantung pendapatan daripada En. Jurdzman yang bekerja sebagai pemandu bas. Namun sekarang beliau telah kehilangan sumber pendapatan akibat daripada syarikat bas tersebut telah gulung tikar tidak dapat meneruskan operasi peniagaan bas. 


#JejakAsnafRamadhan 
#Jingga13PadangBesar . 
#Jingga13Perlis

Friday 16 April 2021

JINGGA13 TERENGGANU BERSAMA ANAK CUCU & KELUARGA ALMARHUM HAJI MUSA MUDA SUMBANG RM1600 UNTUK WAKAF AL-QURAN KEPADA MADRASAH TARBIYYAH ISLAMIYYAH DARUL HIJRAH

Pada 16 April 2021 bersamaan 4 Ramadhan 1442 , Jingga13 Negeri Terengganu bersama Anak Cucu dan Keluarga Almarhum Hj Musa Muda telah menyampaikan sumbangan sejumlah RM1600 bagi tujuan mewakafkan 32 buah mushaf Al-Quran kepada Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah , Kompleks Anak Yatim dan Tahfiz Darul Hijrah bertempat di Kg Ketapang , Chendering , Kuala Terengganu .

Sdr Shahrulnizam , Koordinator Jingga13 Negeri Terengganu telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Y.Bhg Ustaz Sheikh Walid bagi mewakili Y.Bhg Pengerusi Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah .

Turut hadir bersama wakil keluarga Almarhum Hj Musa Muda , Sdr Mohd Hisamudin bin Hj Musa dan Sdr. Faizal , Setiausaha Jingga13 Negeri Terengganu .

Sumbangan tersebut telah berjaya dikumpulkan daripada sumbangan komrad Jingga13 Negeri Terengganu bersama Anak-Cucu dan Keluarga Almarhum Hj Musa Muda bagi tujuan mewakafkan Al-Quran kepada anak-anak tahfiz . 

Pihak Madrasah telah menetapkan mushaf Al-Quran khas yang digunapakai oleh anak-anak tahfiz berharga RM50 senaskah yang akan diuruskan oleh pihak Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah sendiri .

Semoga usaha mulia ini mendapat keberkatan dan kerahmatan oleh Allah SWT , lebih-lebih di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. 

Jingga13 Negeri Terengganu mengalu-alukn sumbangan kepada Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah Kompleks Anak Yatim dan Tahfiz Darul Hijrah dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 13017018294771, Maybank  563064141026, Bank Rakyat 110111001781, Bank Muamalat 13010005494717, Cimb Bank 8602738256  atas nama Tahfiz Darul Hijrah

Atau menyertai program KEMPEN INFAQ JARIAH HARI-HARI RAMADHAN seperti langkah berikut :




Thursday 15 April 2021

JINGGA13 HULU TERENGGGANU SANTUNI ASNAF SEMPENA JEJAK ASNAF RAMADHAN DI KG LUBUK BATU , TELEMONG

 Jingga 13 Hulu Terengganu terus bergerak aktif melaksanakan program  Jejak Asnaf Ramadhan yang telah dilancarkan oleh Jingga13 Malaysia . 

Menurut sdr Mohd Rosidi Ranun , Koordinator Jingga13 Hulu Terengganu , " kami  menyampaikan sumbangan kurma dan sedikit keperluan dapur kepada pada asnaf di kg.Lubuk Batu petang kelmarin " . 

Semoga usaha ini meringankan bebanan mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini . 


#JejakAsnafRamadhan

#Jingga13HuluTerengganu

Wednesday 14 April 2021

JINGGA13 HULU TERENGGANU LAKSANA JEJAK ASNAF RAMADHAN SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPERLUAN DAPUR KEPADA ASNAF DI KUALA TELEMONG

Jingga13 Hulu Terengganu hari ini telah melaksanakan program Jejak Asnaf Ramadhan dengam menyampaikan keperluan dapur kepada 5 orang asnaf di Kampung Kuala Telemong , Hulu Terengganu .

Semoga sedikit sumbagan itu meringankan bebanan mereka di bulan Ramadhan ini .





#JejakAsnadRamadhan

#Jingga13HuluTerenggnu

Tuesday 13 April 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM SAMPAI SUMBANGAN BUNGKUSAN MAKANAN SEMPENA SAMBUTAN RAMADHAN

 Jingga13 Simpang Renggam telah mengambil inisiatif menghulurkan bungkusan makanan kepada yang memerlukan di kawasan Renggam . 


Menurut Sdr Sukri Zakaria. Koordinator Jingga13 Simpang Rengam , " Ini adalah sumbangan kecil dari kami sempena menyambut bulan Ramadan al-Mubarak ". 

#jingga13malaysia

#jingga13simpangrenggam

#demirakyat

#kamuadalahkami

Monday 12 April 2021

JINGGA 13 MALAYSIA LANCAR JEJAK ASNAF RAMADHAN DAN PROGRAM BAJU RAYA.

Kenyataan Media

Jingga13 Malaysia


12 April 2021

 

JINGGA 13 MALAYSIA LANCAR JEJAK ASNAF RAMADHAN DAN PROGRAM BAJU RAYA.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sempena Ramadhan tahun ini, Jingga 13 Malaysia menggerakkan JEJAK ASNAF RAMADHAN dan PROGRAM BAJU RAYA yang akan dilaksanakan oleh cawangan-cawangan Jingga 13 di seluruh Malaysia. 

Pelbagai aktiviti yang dirancang oleh cawangan-cawangan Jingga 13 memfokuskan kepada golongan asnaf, golongan terpinggir, OKU, warga emas, ibu tunggal, anak-anak yatim termasuk orang yang menderita sakit.

Jingga13 Malaysia mengalu-alukan warga yang prihatin menyalurkan sumbangan untuk Jingga 13 sampaikan kepada golongan asnaf dan yang memerlukan dengan menghubungi/WhatsApp kepada Bendahari Agung Jingga 13 Malaysia ditalian 0164695343 atau terus ke akaun Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Malaysia (Bank Islam: 14041010093156). 

Sumbangan ini akan diagihkan kepada cawangan-cawangan Jingga 13 seluruh Malaysia untuk disampaikan kepada para asnaf dan golongan yang memerlukan sepertimana hajat dan niat pemberi. Semoga diberkati.

Sekian, Terima kaih


Muadakat * Prihatin * Berani


AFZAINIZAM  RAHMAN 

Setiausaha Agung,

Jingga 13 Malaysia





JINGGA13 KOTA TINGGI SAMPAIKAN SUMBANGAN PAKAIAN KEPADA ORANG ASAL KG. SAYONG PINANG , TENGGARA

Jingga13 Kota Tinggi menghulurkan sumbangan pakaian beraneka saiz kepada Warga Orang Asal do Kampong Sayong Pinang, Tenggara.

Diambang Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba beberapa Hari lagi, sumbangan pakaian ini amat bermakna bagi mereka sebagai langkah persediaan menjelang Raya Aidilfitri.

Pakaian-pakaian ini adalah hasil sumbangan Komrad Jingga13 Kota Tinggi dan individu2 yang prihatin dan ingin berkongsi mereih pahala.


Terimakasih diucapkan kepada para penyumbang dan seluruh sukarelawan yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini..



Sunday 11 April 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM BERSAMA WANITA PH & PEJABAT MP SIMPANG RENGGAM ANJUR KAUNTER BERGERAK DAFTAR VAKSIN , UNDI SPR , mySALAM & GKP 3.0

 Jingga13 Simpang Renggam bersama Wanita Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam serta Pejabat Ahli Parlimen P151 Smpang Renggam menganjurkan Kuanter Bergerak pendaftaran vaksin, kuanter mysalam, kuanter daftar pengundi SPR Dan kuanter GPK 3.0 bertarikh Sabtu 10 April 2021 bermula jam 8 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Laman Renggam , Simpang Renggam .

Jingga13 Simpang Renggam di wakili Koordinator Sukri Bin Zakaria dan Ahli Sekretariat Jingga13 Simpang Renggam komrad Md Hairon Bin Md Taib, komrad Faiz Bin Abu dan komrad Vijendran AL Nanasekaran .



Tetamu khas YB Dr Maszlee Malik , Ahli Parlimen Simpang Renggam turut hadir bagi memeriahkan dan meraikan program Kaunter Bergerak tersebut . Turut hadir Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Simpang Renggam Rn Wong Yun Chin, Setiausaha PKR Cabang En. Faizul Abd Ghani, Ketua Pengerak Komuniti DAP Simpang Renggam Puan Lee mei Lan dan Ketua Publisiti Wanita DAP Negeri Johor Puan Marina Ibrahim dan juga barisan pimpinan Pakatan Harapan Smpang Renggam .

Sdr Sukri Zakaria. Koordinator Jingga13 Simpang Renggam turut menyatakan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Kaunter Bergerak tersebut . 












#jingga13malaysia

#jingga13simpangrenggam

#muafakatperihatinberani