Saturday 3 April 2021

JINGGA13 MELAKA SANTUNI DUA WANITA SEMPENA HARI WANITA 2021

Selasa 15  mac 2021 yang lalu , Sempena Hari Wanita baru-baru ini  Jingga 13 Melaka berkesempatan  meraikan 2 orang ibu tunggal yang memerlukan bantuan.

Keluarga pertama, Puan Magamayee A/p Mathavan @ Nisha yang menyewa di belakang Sekolah Kebangsaan Bukit Baru  . Dia merupakan seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak.2 orang anaknya masih bersekolah dan seorang lagi berumur 19 tahun dan sedang mencari pekerjaan.

 Ibu tunggal ini sekarang tidak bekerja kerana telah di berhentikan akibat PKP yang di laksanakan oleh kerajaan untuk membendung penularan Covid-19.

Puan Maga yang lebih mesra di panggil Nisa sebelum ini pernah menjadi anggota Pengawal keselamatan. Tanggungan sewa bulanan rumah yang mereka sewa ialah Rm250 sebulan. 

Penerima kedua pula, ialah Puan Fatimah Binti Deraoh. Warga emas berusia dalam lingkungan 80-an ini tinggal keseorangan di rumahnya di  Batu 3 3/4 Tambak Sebelong Alai,75460,Melaka . Puan Fatimah juga menghidap penyakit kencing manis yang memerlukan perhatian secukupnya apatah lagi tinggal keseorangan di rumahnya yang turut di biayai oleh kerajaan menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT)

Sumbangan dari Jingga 13 Melaka berupa bantuan makanan dan bantuan tunai di harapkan dapat meringankan beban 2 ibu tunggal ini..

Semoga 2  wanita ini tabah dalam mengharungi ranjau dan cabaran dalam meneruskan kesinambungan kehidupan.

Jika ada yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan boleh menghubungi terus kedua-dua  ibu tunggal ini menerusi info  alamat yang tertera seperti di atas tadi ataupun menghubungi (Ammar 0111-2281995 dan Puan Magamayee@nisha) untuk sebarang bantuan yang ingin di salurkan kepada mereka.

Friday 2 April 2021

MESYUARAT PENUBUHAN JINGGA13 HULU TERENGGANU SETUJU LANTIK SJN MEJAR (B) ABD MAJID SEBAGAI KOORDINATOR

Hari ini berlangsung di Kuala Telemong , Hulu Terengganu , buat kali pertama diadakan mesyuarat bagi membincangkan penubuhan Jingga13 Hulu Terengganu . 

Sdr Fariz Musa , Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia hadir bersama Sdr Shahrulnizam , Koordinator Jingga13 Negeri Terengganu dan AJK Jingga13 Negeri Terengganu Sdr Pak Awi atau Sulong Ali . .

Sdr Fariz Musa telah menerangkan sedikit sebanyak sejarah penubuhan Jingga13 Malaysia serta objektof penubuhannya dan mengalu-alukan penubuhan Jingga13 Hulu Terengganu yang boleh dikatakan disertai para otai atau oarag-orang lama yang berminat dalam menjalankan kerja-kerja amal kebajikan khususnya membantu golongan fakir miskin . 


Sjn Mejar (B) Abd Majid Idris telah dilantik sebagai Koordinator Jingga13 Hulu Terengganu dan akan menyusun sekretariat Jingga13  Hulu Terengganu serta aktiviti-aktiviti . 

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSIH & BAIKI RUMAH NENEK SIAH SUKSES - TERIMA KASIH INSAF MALAYSIA , YB ADUN MENGKIBOL , YB MP KLUANG & SEMUA PIHAK ATAS SUMBANGAN

Khamis , 1 April 2021 , Jingga13 Kluang bersama Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang , Pejabat Adun Mengkibol dan NGO telah menganjurkan satu program gotong-royong bagi membersih , membaiki dan mengecat rumah Pn Siah binti Kassim (Ibu) atau Nenek Siah berusia 85 Tahun dan anak beliau Cik Rokiah binti Hussien (Anak) 62 Tahun yang berkerja sebagai Pembantu Kedai Makan


Program bermula pada hari Ahad 28 Mac 2021 lalu , telah diadakan gotong-royong mengemas, membasuh, mengecat rumah Nenek Siah sepertimana dilaporkan sebelum ini oleh blog Jingga13 Malaysia bertarikh 29 Mac 2021 "JINGGA13 KLUANG , PKR KLUANG , PEJABAT ADUN MENGKIBOL , PEJABAT MP KLUANG DAN NGO BERKOLABORASI DALAM GOTONG-ROYONG BERSIH DAN BAIKI RUNAH WARGAEMAS" https://jingga13malaysia.blogspot.com/2021/03/jingga13-kluang-pkr-kluang-pejabat-adun.html?m=1

Antara aktiviti gotong-royong ialah merobohkan bahagian dapur yang telah rosak teruk .




Selasa, 30/3/2021

Kerja2 menyimen lantai bahagian dapur


Rabu/Khamis 31/3 dan 1/4/2021

Memasang kerangka bumbung dan dinding bahagian dapur

Memasang bumbung dan dinding dengan mengunakan zink kilang.







Membuat kerja pembaikkan dan penambahan pendawaian dalam rumah dan paip air.




Alhamdulilah, akhirnya program baik pulih rumah warga emas tersebut berjalan dengan lancar dan sangat mengembirakan warga emas tersebut.

Anggaran kos bagi program tersebut sebanyak RM6000 lebih , Jingga13 merakamkan jutaan terima kasih semua penyumbang bagi menjayakan program,

Jingga13 Malaysia mendapatkan dana dari Insaf Malaysia, RM3000

Pejabat Adun Mengkibol RM2000

Ahli Parlimen Kluang menanggung kerja2 pendawaian elektrik

Ahli Jawatankuasa Keadilan Kluang, RM640

Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat Kluang menyumbang air mineral 10 kotak

Individu yang menyumbang sarapan pagi (Roti Canai) dan yang lain2

Selain membina semula bahagian dapur, Keadilan Kluang juga membeli barangan perabut, tikar getah, dapur gas dan lain2

Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kluang yang menyediakan tong sampah yang besar dan anggota keselamatan yang menjaga keselamatan kami.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Baiki Rumah Warga Emas dari mula hingga sempurna


Hari ini Jingga13 Kluang bersama2 YB Chew Chong Sin (Pagi) dan YB Wong Shu Qi (Petang) beramah mesra dengan warga emas terbabit, turut hadir bersama2 Koordinator Jingga 13 Simpang Renggam, Sdr Sukri, Ketua Cabang Kluang, Sdr Kalytas dan ajk Cabang Kluang dan Jingga13 Kluang

Thursday 1 April 2021

SALAM TAKZIAH DARI JINGGA13 MALAYSIA KEPADA SDR HAMIZAN SEKELUARGA DI ATAS PEMERGIAN BONDA MERTUA KERAHMATULLAH

 Jingga13 Malaysia merakamkan salam takziah kepada Sdr Hamizan aka Black.  Ahli Sekretariat Jingga13 Kuala Langat dan keluarga di atas pemergian bonda mertua tercinta kerahmatullah semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh almarhumah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman serta dipermudahkan segala urusan . Amin 



Monday 29 March 2021

JINGGA13 KLUANG , PKR KLUANG , PEJABAT ADUN MENGKIBOL , PEJABAT MP KLUANG DAN NGO BERKOLABORASI DALAM PROGRAM GOTONG ROYONG BERSIH DAN BAIKI RUMAH WARGA EMAS.

Ahad, 28 Mac 2021 di Taman Desa, Kluang.  Keadilan Kluang bersama2 Jingga13 Kluang, Pejabat Adun Mengkibol, Pejabat Parlimen Kluang dan Persatuan Demi Masyarakat Kluang bergading bahu membersihkan dan membaiki kerosakan rumah warga emas, Pn Siah 86 tahun yang tinggal bersama anaknya Cik Rokiah , 61 tahun.




Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan berakhir sekitar jam 5.00 petang.

Selain mengemas dan membasuh rumah, kami juga mengecat dan membaiki kerosakan yang terdapat dalam rumah tersebut, turut membeli tikar getah, rak barang2 dan menukar tilam yang telah usang.




Bahagian belakang rumahnya telah dirobohkan dan menunggu masa yang sesuai untuk membina yang baru, juga akan membaiki pendawaian dalam rumah tersebut. 

Koordinator Jingga13 Kluang, Sdr Jaafar sedang berusaha untuk mendapatkan dana dengan dibantu oleh YB Chew Chong Sin bagi membaiki belakang rumahnya yang dianggarkan kos sebanyak RM4 ribu lebih.




Ucapan terima kasih kepada Anggota Keadilan Kluang yang menyumbang bagi menjayakan program, juga YB Wong Shu Qi, YB Chew Chong Sin dan juga Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat Kluang yang menyumbang air mineral dan semua yang terlibat.

Terima kasih juga kepada Majlis Perbandaran Kluang yang menyediakan tong besar bagi membuang sampah dan Anggota Keselamatan yang memantau keselamatan kami.

Hadir dalam gotong royong, Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang bersama ajk, Sdr Jaafar , Jingga13 Kluang bersama ajak, Sdr Nallatamby, Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat Kluang, Sukarelewan Pejabat Parlimen Kluang dan Sukarelawan Pejabat Adun Mengkibol.